Friday, May 23, 2008

Kebetulan @ sememangnya ditakdirkan...

Entah apa angin yang menyapa, tetiba terasa nak menguliti buku koleksi ucapan Tuan Guru Menteri Besar milik chena7732 tapi malangnya dia telah bawa pulang ke rumah. Erm... frust la pulok, tengah bersemangat nak membaca ni padam begitu sahaja...

Namun ia tak lama, kebetulan aku ada urusan dengan pejabat MB, lalu kucuba tanyakan adakah masih ada buku koleksi ucapan TGNA. Terus Ustaz Saiba (S/U Akhbar TGNA) meminta aku datang ke pejabatnya pada masa itu juga... mulanya aku mau minta PAR yang pergi mengambil tapi memandangkan beliau sudah keluar untuk urusan lain maka terpaksalah aku sendiri yang pergi mengambilnya.

Alhamdulillah akhirnya aku mendapat buku koleksi tersebut dengan percuma... hehehe dan baru dihantar ke pejabat ustaz semalam. Kiranya aku antara yang terawal mendapat koleksi tersebut. Terima kasih Ustaz. Berbaloi berjalan jauh di tengahari yang panas untuk mendapatkan Koleksi Ke 3 Ucapan Tuan Guru MB. Kalau diikutkan memang payah nak dapatkan koleksi ni dan harganya ehem..ehem... mahal.

Bila baca koleksi ini, macam baca buku tafsir pulak kerana umumnya diketahui TGNA akan memulakan ucapan dengan membaca petikan ayat Al Quran yang berkaitan tentang program yang dihadiri beliau. Memang menyeronokan bagi mereka yang inginkan kelainan dalam mengetahui pentafsiran ayat-ayat AL Quran. Aku sempat membaca beberapa ucapan antaranya ucapan-ucapan TGNA dalam program Nisa'.

Ringkasan dari ucapan Tok Guru semasa Majlis Perasmian & Pelancaran “ Imej baru Nisa’ dengan memetik ayat 71, Surah at Taubah.

"Nisa’ yang berwajah @ berimej baru ini, diharap janganlah berubah secara kosmetik @ luaran semata-mata. Tetapi biarlah penjenamaan semula ini membawa erti yang lebih menyeluruh. Islam yang kita perjuangkan selama ini sebenarnya sudah cantik. Apa yang perlu difikirkan bersama ialah, bagaimana pendekatan dan package yang perlu digunakan , dalam memproses dan melariskan penghayatan hidup Islam, agar ia lebih mudah diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja, muda-mudi dan masyarakat non muslim di tanah air kita yang tercinta"


"
Apa yang saya mahu ialah, Nisa’ menumpukan kerja-kerja berbentuk service oriented kepada masyarakat umum, khususnya kepada anak-anak muda. Dalam kita melakukan kerja-kerja kebajikan tersebut, kita perlu menonjolkan keperibadian muslim yang unggul, agar keindahan Islam itu terselah dan terpancar, serta menjadi daya tarikan kepada anak-anak muda untuk mendekati, dan seterusnya memahami serta menghayati Islam"

"Justeru, kita tidak boleh menjadikan Nisa’ sebagai sebuah kelab eksklusif. Kita perlu membuka ruang seluas-luasnya untuk setiap anak muda, tanpa mengira latar belakang dan cara penampilan. Ahli-ahli Nisa’ perlu lebih mesra, ceria, mudah didekati dan mengunakan pendekatan yang sering saya sebutkan, iaitu menerang bukan menyerang"

"Oleh itu anggaplah Nisa’ sebagai jambatan kepada Dewan Muslimat. Nisa’ tidak perlu berperanan dan berwajah sama seperti Dewan Muslimat. Biarlah Nisa’ dengan cara dan imejnya yang tersendiri, iaitu imej menjalankan kerja-kerja kebajikan dan sukarela.

"Saya yakin, pendekatan ini akan berjaya menarik perhatian dan sokongan masyarakat secara meluas. Pendekatan ini sebenarnya menuntut keikhlasan yang tinggi serta sifat mujahadah yang mendalam, daripada setiap ahli yang menyertainya"

Kata-kata yang sungguh bermakna ini aku bacakan semula semasa sesi tazkirah dalam suatu mesyuarat Nisa' (kebetulan lagi, kena jadi bidan terjun). Jadi jikalau sesiapa yang tak berpeluang untuk pergi ke program tersebut seperti aku ini, bolehlah mengutip mutiara hikmah yang ingin TGNA sampaikan kepada semua ahli Nisa'. Jika tak dapat semua, jangan tinggal semua =)


No comments:

Post a Comment