Sunday, September 30, 2007

Majlis Berbuka Puasa Sambil Menderma

Start:     Oct 6, '07 5:00p
End:     Oct 6, '07 9:30p
Location:     Dewan Besar, Balai Islam Lundang
Salam Ramadhan

Apa khabar semua ?Harap makin bertambah iman dan amal dalam bulan yg mulia ni.


Majlis Berbuka Puasa Sambil Menderma
Bersama Anak-anak Yatim, Orang Miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan Saudara Baru


Tarikh: 6 OKT 2007(24 Ramadhan 1428 H)
Masa: 5 Petang-9.30 malam
Tempat: Dewan Besar, Balai Islam Lundang

Justeru, pihak PUPUK ingin menjemput anak-anak yatim atau sesiapa yang mengenali anak yatim untuk dibawa ke program ini. Beramai-ramailah untuk menderma bagi membantu meringankan beban mereka. Sebarang urusan dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi pengarah program (saudara Anas-0173290150)

Keja kosong lagi...

farihahmahmood (9/12/2007 4:26:03 PM): Position for IT Security Auditor based in Saudi Arabia.

Wants to know details? Drop me an email to fsbhm@yahoo.com or ring me at 012-474 8820. Thanks.

Salam Ramadhan... farihahmahmood: Nak balik keje kat Penang? Berminat ngan Software Engineer atau Planner? Email me your latest resume to fsalwa_mahmood@yahoo.com farihahmahmood:

Position for PROJECT MANAGER (automotive mechanical parts) based in China. Interested? Contact me at fsalwa_mahmood@yahoo.com @ 012-474 8820

farihahmahmood: Peluang pekerjaan di China as a SENIOR ENGINEER, PREVENTIVE MAINTENANCE... contact me at fsalwa_mahmood@yahoo.com @ 012-474 8820

Ada apa di Sabah ?

Dalam banyak2 tugasan yang menyerabutkan aku adalah mencari maklumat mengenai negeri Sabah...

Sebenarnya bukan payah untuk mencarinya tapi jika tugasan ini sudah menjadi keutamaan ke-20 masakan mudah bagi aku mencarinya lagi...? apatah lagi pelbagai perkara kecil2 yang menjadi pertanyaan...

oh Tuhan, aku tak pernah ke sana tapi bagaimana mahu digambarkan tentang Sabah

Friday, September 28, 2007

Mutiara hati

Rating:★★★★★
Category:Other
Kadang2 kan, kita tak ada option, banyak hal dalam hidup kita di luar kawalan kita. Kadang2 bagus jugak kalau kita berasa kita takde option, agar yang depan mata itu kena kita hadapi dan kita pelajari agar tetap redho. Ayat 31 Ali Imran indah jika dizikirkan di celahan kesibukan

selepas Majlis makan malam penghargaan Ibu Mithali Kelantan 2007




Majlis ini telah berlangsung pada 11 September yang lepas... alhamdulillah ramai ibu2 hadir bersama2 anak2 mereka...

Tujuan majlis ini adalah sebagai merai serta menghargai semua ibu2 yang mendidik, mengasuh anak2 sehingga berjaya malah ada yang terkenal di seluruh negara dan dunia....

Selalu orang bercakap tentang rakyat Kelantan sering dapat menguasai carta teramai di universiti, tapi jarang yang bercakap tentang orang yang bertangjungjawab di sebalik kejayaan anak2 Kelantan di persada dunia.... nah, sekarang.... lihatlah dunia bahawa kami begitu menghargai ibu2 ini...

Siapalah kita.... tanpa mereka

Aku dan UPW




Gambar ni dedikasi untuk mereka2 yang nak kenal sangat2 siapakah gerangan daku ini =)

RA (pembantu penyelidik) atau GRA

Saya sedang mencari sesiapa yang berminat untuk
menjadi RA (pembantu penyelidik) atau GRA (graduate
RA) untuk tempoh setahun dengan bayaran ~RM1400
sebulan. Jika ada kenal sesiapa yang ingin mengisi
jawatan ini harap dapat maklumkan pada saya ASAP.

Keperluan exel. dlm VB dan JAVA programming . Lagi baik jika
bercadang untuk melanjutkan pelajaran peringkat Master
(coursework + thesis atau thesis shj)dalam jangkamasa
terdekat diFTSM, UKM.

Terima kasih.

Syahanim Mohd Salleh
Jabatan Sains Komputer
Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor

Tel: 03-8921-6703 (Room) / 03-8921-6181( Department)
Alt. email: syaa@ftsm.ukm. my




Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.

Kekosongan jawatan di SM Pharmaceticals Sdn. Bhd., Sg. Petani, KEDAH.

Assalamualaikum. ..

Kekosongan jawatan di SM Pharmaceticals Sdn. Bhd., Sg. Petani, KEDAH.

1. CHEMIST (base in Sg. Petani, Kedah)
requirement:
- degree holder in chemistry/biochemis try/industrial chemistry
- experience in HPLC, GC & other critical chemistry instruments
- willing to learn
- hunger for success
- critical thinking & competent person
- preferable: at least 2 years working experience in lab/chemical lab.
- 2 vacancies

2. SALES REPRESENTATIVE (will be based in KL & SELANGOR)
requirement:
- degree holder in any field
- good communication skills
- willing to learn & hunger for success
- critical thinking & competent person
- have a driving license & possess own car
- fresh graduates are encourage to apply.
- 5 vacancies.


berminat @ ada kawan2 yg sedang mencari kerja, sila hubungi:

mohd syaahid ishamuddin
012-3783474 @ emel

Thursday, September 27, 2007

IKLAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 DI UNIVERSITI MALAYA

IKLAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 DI UNIVERSITI MALAYA
Bersama-sama ini dilampirkan iklan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat untuk makluman YBhg. Dato’/Datuk/Datin/tuan/puan.
2. Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari http://e-
recruitment.um.edu.my/.Maklumat lanjut mengenai iklan boleh juga dicapai di http://umportal.um.edu.my.

Young graduate in Computer Engineering/Science,

Young graduate in Computer Engineering/Science,
To work in Labuan under the Navy Frigate Program.
Will be sent to UK for 1 year training.
Then to work for at least 5 years.

Any candidate please email me: norbik@citycampus.utm.my

Monday, September 24, 2007

Peluang pekerjaan...URGENT

"Ask Me!" i_syaharifen@yahoo.com

Assalammu'alaikum dan salam sejahtera..

Ni ada announcement skit..Ada 1 company tgh cari calon yg sesuai untuk
jawatan Eksekutif. Nama company ni Satang Jaya Holdings Bhd beroperasi
kat Klang.

Klau korang berminat contact Kak Siti (Pej. Timb. Dekan Akademik &
HEP) kat no tpon 8946 6664 @ email kat siti_aisyah@ biotech.upm. edu.my
tulis tajuk SATANG JAYA. Bagitau akak nama, alamat, no tpon dgn
CGPA/CAG korang. Syarat lain korang budak BioTech, mesti duduk
Selangor @ KL & maklumat tu kna bg pada akak paling lewat hari Rabu
(26/9/07).

Bila korang dah bg kat akak maklumat tu akak akn proceed maklumat tu
kat company tu sendiri & diaorg akn call korang untuk interview.

So try la...& bg akak maklumat tu SEGERA ok.




Pinpoint customers who are looking for what you sell.

Jawatan Kosong Pengetua Tusyen E-Rehal, Senawang

Posted by: "Rozmal bin Malakan" rozmal@yahoo.com rozmal

Sun Sep 23, 2007 9:23 am (PST)

Assalamu'alaikum wrmth wbrkth.

E-Rehal Training and Services Sdn. Bhd. Menawarkan
jawatan Pengetua Pusat Tuisyen E-Rehal (SENAWANG, NS)
kepada sesiapa yang berminat, dengan syarat spt
berikut;

1. Beragama Islam
2. Terbuka lelaki / perempuan
3. Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjanamuda
4. Mempunyai pengalaman mengajar termasuk yang telah
bersara
5. Keutamaan kepada calon yg mempunyai Diploma
Pendidikan @ Sijil Perguruan

Gaji / Imbuhan adalah berdasarkan kelayakan

Sesiapa yg berminat boleh terus menghantar CV /
Biodata Diri kepada;

Pengarah Urusan
E-Rehal Training and Services Sdn. Bhd.
Wisma E-Rehal, No. 72, Jalan Melor 2,
Taman Rasa Sayang, 70450 Senawang NSDK.
Tel: 06-6798660, 019-6526416 Fax: 06-6789384
Emel: sdeen2001@yahoo. com

SHAHRIN AWALUDIN
Pengarah Urusan
E-Rehal Training and Services Sdn. Bhd.





Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect.

Upin dan Ipin - Episod 1




tv9 7.30 ptg hari Jumaat - Ahad. Sepanjang Ramadhan. Siri animasi pertama untuk tayangan televisyen dari Les Copaque Production. Upin dan Ipin.

Apakah Cita-Cita Awak ? ni cita-cita Hassan Al Banna

Posted by: "IslahGateway" islahgateway@ gmail.com islahgateway

Mon Aug 20, 2007 9:08 pm (PST)


APA CITA-CITA AWAK?
Written by Hassan Al Banna

Guru kami, Syeikh Ahmad Yusuf Najati sangat gemar memilih tajuk-tajuk karangan yang menarik. Dia menghibur kami dengan kelakarnya yang menarik itu. Apabila dia merasa penat memeriksa karangan kami, dia pun berkata, 'Ambillah karangan-karangan awak ini wahai para ulamak dan sebarkan. Duhai kaum ku, hendaklah kamu mempunyai maksud atau tujuan. Bunga-bunga bahasa yang elok ialah yang ringkas (yakni sesuatu karangan itu elok apabila ia pendek, padat dan berisi). Demi Allah, saya tidak menilai karangan awak berdasarkan panjang atau pendeknya. Kami pun ketawa mendengar kata-katanya itu.


Kemudian, kami pun membahagi-bahagikan karangan-karangan di kalangan para penuntut. 1927 ialah tahun akhir pengajian saya di Darul Ulum. Salah satu tajuk karangan yang Syeikh Najati beri kepada kami ialah 'Apakah cita-cita awak selepas tamat pengajian nanti? Dan cara cara yang awak hendak gunakan untuk mencapai cita-cita awak itu.'


Berikut ialah jawapan yang saya beri:
'Saya berpendapat seorang yang baik akan mencari kebahagiaan dan panduan dengan berkhidmat kepada manusia. Dia merasa seronok apabila dia berupaya menghilangkan kesusahan orang dan membuat orang lain gembira. Dia sanggup berkorban untuk pembaharuan masyarakat sebagai keuntungan hakiki bagi dirinya. Dia berjihad bagi menghadapi kesukaran dan kesusahan dengan tabah dalam menegakkan kebenaran dan hidayat. Dia cuba menyelamatkan hati manusia dengan merasai penyakitnya. Dia mengkaji ciri-ciri yang mengakibatkan kemerosotan akhlak dan masyarakat. Dia berusaha untuk menegakkan peraturan masyarakat Islam yang lebih baik. Dia bersifat kasih sayang kepada manusia. Dia berusaha sebanyak mungkin untuk meringankan penderitaan manusia dan mencipta suasana yang boleh membantu mereka menjalani kehidupan yang bahagia. Dia juga berusaha memimpin mereka yang telah sesat ke jalan yang benar.

'Saya yakin tindakan yang tidak bermanafaat kepada orang lain dan juga dirinya ialah tindakan yang salah dan tidak berguna. Tindakan yang paling baik ialah tindakan yang bermanafaat kepada diri sendiri, saudara mara, rakan taulan dan juga negara. Tindakan yang memberi manafaat kepada umum ialah tindakan yang hebat dan mulia. Pendapat-pendapat saya ini telah mendorong saya memilih kerjaya di bidang pendidikan kerana para pendidik adalah sumber cahaya (keilmuan) bagi rakyat. Mereka menghapuskan kejahilan dan menyebarkan cahaya ilmu di seluruh dunia. Para pendidik ini seumpama lilin yang sedang menyala sambil memberi cahaya kepada orang lain. Saya yakin cita-cita tertinggi yang dapat dicapai manusia ialah mencari keredhaan Allah dengan cara yang diterima dan dirahmati Nya. Seorang manusia yang ingin mencapai cita-cita tertinggi ini akan mendapati dirinya berada di persimpangan jalan. Setiap jalan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Dia bolehlah memilih salah satu dari keduanya.

'Jalan yang pertama ialah falsafah sufi yang sebenar. Dasar jalan ini ialah keikhlasan amalan dan menjauhkan diri dari kesibukan sebarang makhluk yang baik dan tidak baik. Jalan ini lebih dekat dan selamat dari jalan-jalan yang lain.
Jalan yang satu lagi ialah pendidikan (tarbiyah) dan dakwah. Jalan ini sama seperti jalan pertama tadi di segi keikhlasan dan amalan. Perbezaan jalan ini dari jalan pertama tadi ialah:


1.. Dari segi hubungannya dengan manusia;
2.. Dari segi kajian terhadap manusia dan institusi-institusi manusia;
3.. Dari segi penglibatannya di dalam kegiatan-kegiatan masyarakat;
4.. Dan dari segi menyediakan penawar untuk penyakit-penyakit masyarakat.


'Inilah jalan yang lebih mulia di sisi Allah. Al-Quran menggelarnya jalan yang terpuji. Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut kepentingan dan kelebihan jalan ini, Selepas merantau di dalam alam sufi, saya kini memilih jalan yang kedua kerana ia lebih mulia dan lebih penting. Saya juga yakin bahawa seseorang yang telah mencapai ketinggian ilmu dan berpandangan jauh sudah tentu memilih jalan yang kedua.


'Saya dapati kaum ku sudah tidak mempedulikan agamanya lantaran pergolakan politik yang sedang dilaluinya dan juga kerana keadaan masyarakatnya yang terpengaruh dengan Barat. Mereka telah lupa kepada pencapaian-pencapai an gemilang nenek moyangnya. Berbagai aliran fahaman bukan Islam telah bercampur baur dengan agama Islam yang tulen itu sehingga menghasilkan fahaman-fahaman yang penuh kekeliruan Islam, di dalam bentuknya yang jelas, tulen dan mudah itu telah hilang dari pandangan. Di samping itu, terdapat pula tabir khurafat yang menyekat pertumbuhan flkiran kita. Ringkasnya, umat Islam sedang meraba-raba di dalam kegelapan jahiliyah. Golongan terpelajar dan para belia pula tenggelam di dalam jurang keraguan. Sikap ini merosakkan mereka. Iman mereka menjadi lemah dan mereka pun cenderung ke arah fahaman atheisma (mulhid).


'Saya yakin manusia, di segi fitrahnya, adalah saling berkasih sayang. Dia akan mencari sesuatu yang menjadi sasaran kasih sayangnya. Tumpuan kasih sayang saya ialah seorang sahabat. Dia bersemadi di dalam diri saya seumpama roh saya sendiri. Saya menumpukan kasih sayang saya kepadanya (yakni Ahmad Afandi Sakri). Dia begitu berkesan dalam persahabatan saya.


'Keyakinan saya di dalam perkara ini semua adalah mendalam dan jelas. Hanya yang perlu ialah untuk melihat ia menjadi kenyataan. Cita-cita saya terbahagi kepada dua bahagian:


1.. Cita-cita khas: Kebahagiaan keluarga dan saudara mara serta kesetiaan kepada para sahabat tercinta sentiasa mendapat keutamaan di dalam hati saya.


2.. Cita-cita umum: Saya ingin menjadi guru dan pemimpin. Saya ingin mendidik kanak-kanak pada siang hari dan mendakwah ibu bapa mereka pada waktu malam melalui perbincangan dan syarahan di sekitar agama. Ini boleh juga dilakukan dengan mengarang buku-buku dan melawat berbagai tempat.


'Untuk mencapai cita-cita yang pertama (yakni cita-cita khas), saya telah meneliti sesuatu itu dengan baik. Untuk melaksanakan cita-cita yang kedua, saya telah menyediakan dua senjata akhlak iaitu ketegasan dan pengorbanan. Kedua senjata ini perlu bagi seorang tokoh pembaharuan. Bahkan rahsia kejayaan berada pada kedua senjata ini. Tokoh pembaharuan yang ada dua senjata ini tidak akan menghadapi kegagalan yang mungkin menjejaskan maruah atau mendatangkan malu kepadanya. Di samping itu, ia juga memerlukan kepada cara praktik (amali) iaitu meneruskan pengajian. Saya juga telah menghubungi peribadi-peribadi yang sependapat dengan saya dan menyokong orang-orang yang berpendapat demikian. Badan saya lemah, namun begitu saya sudah biasa dengan kerja keras yang berterusan. Saya telah menyerahkan kehidupan saya kepada Allah. Saya berdo'a kepada Allah agar Dia menerima usaha saya ini dan memberi saya kekuatan untuk melaksanakan tugas saya. Semoga jasmani dan rohani saya mendapat bantuan Allah agar saya menjalankan tugas saya ini. Semoga Allah memberi saya keberkatan dan rahmat seperti yang terdapat di dalani firman-Nya: (Muhammad: 7) Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. "


'Ini adalah satu perjanjian di antara saya dan Allah dan guru saya menjadi saksi kepada perjanjian ini. Saya membuat keputusan ini seorang diri. Tiada sesiapa yang mempengaruhi saya kecuah perasaan saya sendiri. Keputusan ini adalah hasil dari kesungguhan saya kepada Allah Yang mengetahui rahsia hati manusia..' Guru saya, Hasan Yusuf Najati memeriksa karangan saya itu dan memberi markah yang sangat baik iaitu tujuh setengah daripada sepuluh.


Dalam karangan tersebut, saya menyebut sahabat saya, Ahmad Afandi Sakri yang sama-sama berkongsi perasaan dengan saya. Dia telah berhenti berniaga dan menutup kedainya kerana hendak sama-sama bergiat dengan saya. Dia masuk berkhidmat dengan Lembaga Pelajaran Buhairah agar saya dapat bersamanya apabila saya tamat pengajian nanti

Sunday, September 23, 2007

Radziq&Co.

http://www.eelmoo.com/CasualWear/
Assalamualaikum

Kepada pelanggan/agen Radziq&Co yang dihormati sekalian. Pada zaman sekarang, kita dapat melihat di sekeliling bagaimana masyarakat kita secara umumnya berkeinginan untuk menerapkan nilai-nilai islam dalam diri mereka dan keluarga. Kita dapat membezakan masyarakat dahulu dan sekarang khususnya kaum perempuan/wanita dari segi bentuk pakaian mereka. kalau dulunya, memakai tudung itu pun sudah menjadi satu kesulitan, namun sekarang, pemakaian tudung itu sudah menjadi satu norma dalam masyarakat kita.

Walaupun begitu, ada sedikit kecacatan dalam pemahaman masyarakat kita dalam mengenal pasti apakah sebenarnya batasan aurat perempuan. Adakah cukup dengan hanya memakai tudung? tetapi masih mengenakan baju/t-shirt yg ketat, dan kadangkalanya berlengan pendek. Tidak dinafikan, lambakan pakaian di pasaran sekarang tidak menepati garis panduan syara' yang ditetapkan. Oleh itu, produk yang dihasilkan oleh SikClothing hadir untuk memberi pilihan kepada masyarakat muslim kita akan t-shirt yang menjamin tertutupnya aurat secara sempurna. Bagi kami di Radziq&Co, memasarkan t-shirt berjenama SikClothing, bukan sekadar untuk keuntungan tetapi juga untuk membantu masyarakat Muslim kita mendapatkan pakaian yang dapat menutup aurat dengan sempurna.

Saya harapkan juga sokongan daripada kalian semua agar usaha kita secara bersama ini mendapat berkat dari Allah s.w.t. Semoga kita terkelompok dalam mereka yang berjaya di dunia dan akhirat.Wassalam

Yang benar,

Radziq
admin@eelmoo.com

mana-mana sahabat yang buka atau nak buat computer training center ....

From:Send an Instant Message "man abdullah" gamis001@yahoo.com

Assalamualaikum sahabat/sahabiah. ..semua

mana-mana sahabat yang buka atau nak buat computer training center ....

dan nak buat kerjasama dengan USM....boleh call atau emel ana segera..

ana sekarang dalam rangka untuk membuka rangkaian dengan pusat latihan komputer untuk membantu
merancakkan lagi aktiviti pemasaran di pusat latihan tersebut...dalam masa sama menyebar luaskan modul dari USM..

kerjasama adalah berbentuk kontrak setiap 2 tahun.. dan kami akan berikan modul dalam CD..
untuk dijadikan bahan pengajaran.. selain itu setahun sekali dijemput untuk latihan tenaga pengajar..
selain itu.. pelajar yang tamat kursus akan dikurniakan sijil daripada USM..

iklan dan bahan pemasaran boleh menggunakan logotaip USM ..(program pendidikan berterusan ICT)..

sesiapa yang berminat boleh terus hubungi ana..

kebetulan minggu ini ana nak balik kelantan sekejap dan raya nanti balik lagi..mana-mana nak buat appointment untuk discuss perkara ni boleh terus hubungi ana..


Kamarulzaman Abdullah
Pengurus
Program Pendidikan Berterusan (ICT)
Pusat Pengetahuan, KOmunikasi dan Teknologi
Universiti Sains Malaysia
014-3011021
04-653 4146
kamarulzaman@ usm.my
http://www.ppb. usm.my





Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links.

Vacancy for Senior Software Developer / Programmer

Posted by: "Sallehuddin Muhamad" Sallehuddin Muhamad

Fri Sep 21, 2007 4:16 pm (PST)

Dear all,

1 post available for Java Developer/Applicati on Programmer Requirement:
- Diploma/BSc in Comp. Sci. / IT/ equivalent - Proficient in Java, C,
C++, XML, MySQL (or other RDBMS), Web development - Knowledge in
Linux/Unix is preferrable - minimum with 2 (two) years experience with
related job functionality, fresh graduate is encouraged to apply.
Please email your resume at salleh@komms. com.my
<mailto:salleh@komms. com.my> together with your previous working
experience and project portfolios (if any). Only shortlisted candidates
will be notified.

Need ASAP. Please pass this around. thanks.

Salleh





Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search that gives answers, not web links.

Tawaran geran / biasiswa - Computational Chemistry

Date: Thu, 20 Sep 2007 09:35:03 +0800
From: RAUZAH BT HASHIM <rauzah@um.edu. my>
To: uminfo@list. um.edu.my
Subject: [Uminfo] Tawaran
Assalamualaikum and Selamat Berpuasa
Salam Sejahtera Semua,
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang
computational chemistry, ada peluang untuk geran/scholarship/ postdoctorial di
bawah:
------->>>maklumat disertakan dibawah----->>>>---
"
"One further point. I do have some limited funding for non-South African
students and postdocs. If you have students that are keen to work in the area
of enzyme reaction dynamics, or course grain program development then please
let me know."
my best regards
Assoc. Prof. Kevin J. Naidoo
South African Research Chair in Scientific Computing
Centre for High Performance Computing and
Department of Chemistry Phone: +27-21-650-2542 (O)
University of Cape Town +27-21-650-2530 (L)
Rondebosch 7701 Fax: +27-21-689-7499
South Africa Kevin.Naidoo@ uct.ac.za
WEB: http://hydrogen. cem.uct.ac. za/compchem/ index.php
------>>>>-------->>>>>
Sila hubungi Dr. Kevin Naidoo.

---
Rauzah Hashim
Chemistry Department
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Malaysia
TelFax: +603 7967 4009



" ذِكْرِ الحَكِيم مِـنِّي "

http://taqwaforever-maryamrza.blogspot.com
Maryam Rufaidah ZA adalah sahabat maya antara yang paling muda yang saya kenali... belum pernah bersua muka namun ikatan ukhuwwah Islamiyyah mengikat hati2 kami...

Saturday, September 22, 2007

Cinta Saja (Just Love)




sesiapa yang mendengarnya pasti jatuh dalam keasyikan lirik serta melodinya...

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar
: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu
: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar
: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu
: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar
: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu
: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar
: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang PALING cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu
: Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Nurcahaya Collections

http://nurcahaya.wordpress.com
Blog ini lahir atas rasa tanggungjawab untuk mengembangkan pasaran pakaian muslimah kepada muslimat yang masih tercari - cari pakaian yang sesuai dan menutup aurat .

Friday, September 21, 2007

anak Saleh...

http://sonataku.blogspot.com/

Jawatan kosong di UM - 8 kekosongan

 Aziz Hassan <ahassan@um.edu. my>
To:  UMINFO <uminfo@list. um.edu.my>, UMLIST <umlist@list. um.edu.my>
Subject:  [Uminfo] RAs Urgently Required
'Assalaamu 'alaikum dan Salam sejahtera, Rakan-rakan yang dihormati,
 
UM bersama dengan UKM dan SIRIM (AMREC) ada kerjasama penyelidikan dalam
Advance Semiconductor Packaging (ASPAC). Kami dalam proses memulakan 'second
product' dan mempunyai kekosongan:-
 
Jawatan: Pembantu penyelidik (Malaysian ONLY)
Bilangan: Sekitar 8
Tempat: UM, UKM, Kulim Hi-Tech
Kelayakan: B.Sc. / M.Sc.
Elaun: RM 1,700.00 utk B.Sc. / RM 1,900.00 utk M.Sc. (negotiable for
candidate with experience)
Discipline: Chemistry, Physics, Materials, Engineering
Tarikh tutup: 26 September 2007
 
Kepada rakan-rakan yang mempunyai bekas pelajar, atau lain-lain, boleh
sampaikan. Kepada yang berminat boleh hantarkan CV kepada ahassan@um.edu. my.
Walau bagaimanapun, jika terdapat banyak permohonan melebihi keperluan,
hanya calon disenarai pendek sahaja akan diberitahu.
 
Sekian. Wassalam dan terima kasih.
 
Aziz Hassan,
Jabatan Kimia, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
Tel: (03)7967-4249 (Terus), (03)7967-4204/ 4250/4252 (Pejabat am)
Fax: (03)7967-4193
E-mail: ahassan@um.edu. my



Luggage? GPS? Comic books?
Check out fitting gifts for grads at Yahoo! Search.

kidsmedia

http://www.kidsmedia.net
Top Website for Muslim Kids

Misi banjir ke Johor 2


Kereta kami di belakang pajero no 9 (Misi Bantuan Banjir ke Johor kali ke 2)

Ini hanya gambar2 koleksi aku, yang aku try import dr webshots... ingatkan boleh import auto untuk setiap album tapi... habis semua gambar diambil secara random dari setiap album....

Only on...




Thursday, September 20, 2007

Berkarya Bersama Husam Musa

Dato' Husam Musa menerusi www.husammusa. com sedang mencari coretan cerita-cerita pendek (cerpen) dari para pembaca. Karya hendak karya asli. Karya adaptasi tidak diterima.

Cerita-cerita pendek ini akan dinilai oleh sebuah panel penilai yang dilantik oleh webmaster. Cerita pendek terbaik akan di pilih secara dwi mingguan dan disiarkan di laman web berkenaan. Cerita pendek yang dipilih setiap dwi mingguan akan di berikan hadiah saguhati.

Para pembaca kemudiannya di galakkan memberi komen dan pandangan tentang setiap cerita pendek yang disiarkan. Dari masa ke semasa, cerita pendek yang terbaik dari yang terbaik akan dipilih berdasarkan penilaian pembaca dan panel pemilih untuk di jadikan filem pendek.

Filem pendek tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh webmaster.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua. Setiap cerita perlulah mengangkat isu moral sebagai tema terasnya.

Penyertaan hendaklah di emailkan kepada husamshortstory@ gmail.com.
__._,_.___


Pinpoint customers who are looking for what you sell.

Peluang Pekerjaan

1. Memerlukan seorang layout untuk akhbar WASILAH. mahir ngan grafik dan layout. bekerja di KELANTAN.

2. Seorang wartawan diperlukan. wartawan WASILAH, untuk bekerja di KL.

Sesiapa berminat boleh hantar resume pada email an_nitak@yahoo. com

Senarai Jawatan Kosong di UPM (September)

Senarai Jawatan Kosong di UPM (September)

HTML Attachment [ Scan and Save to Computer ]


Assalamualaikum warahmatullah

Berikut adalah senarai jawatan kosong di UPM (yang masih valid).

Sebahagian jawatan yang disenaraikan dibawah perlu dirujuk kepada lampiran yang sertakan bersama.

Ganbatte kudasai ne.

============ ========= ========= ========= ========= ========= ========


LANJUTAN TEMPOH JAWATAN KOSONG PEGAWAI PENERBITAN DI PUSAT PENYELIDIKAN & INOVASI (RMC)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---

Maklumat lanjut sila lihat lampiran.
Sekian untuk makluman
************ ********
Mohd Khairul Azra Mohd Khairuddin
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Putra Malaysia

============ ========= ========= ========= ========= ========= ========
JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEMBANTU PENYELIDIK DI INSTITUT KAJIAN DASAR PERTANIAN DAN MAKANAN
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -----

Adalah dimaklumkan terdapat kekosongan jawatan Pembantu Penyelidik di Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan. Untuk makluman lanjut, sila rujuk lampiran atau hubungi penama dan alamat seperti di bawah:
Sekian, Terima Kasih
************ ********
Emmy Farha Alias
Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang Selangor
Tel.: +603-8946 8891
Faks: +603-8946 8897
Emel: emmy@ikdpm.upm. edu.my


============ ========= ========= ========= ========= ========= ========

PEMBANTU PENYELIDIK (FBMK & SciFund)
------------ --------- --------- ------

Seorang pembantu penyelidik berkelulusan bacelor diperlukan oleh kumpulan penyelidik SciFund. Calon hendaklah mahir komputer terutamanya yang perkaitan dengan portal. Sila hantar resume ke musbah64@yahoo. com atau telefon Prof. Dr. Musa Abu Hassan
03 8946 7677.
Sekian, terima kasih.
************ *
Professor Musa Abu Hassan, Ph.D.
Department of Communication
Faculty of Modern Languages and Communication
Universiti Putra Malaysia
Serdang, Selangor
Malaysia.


============ ========= ========= ========= ========= ========= ========

KEKOSONGAN JAWATAN (Fak. Sains & tek. Makanan)
------------ --------- --------- --------- -------

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM mempelawa sesiapa yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang terdapat di Fakulti. Untuk maklumat lanjut sila lihat lampiran.
Sekian untuk makluman
************ ********
Nurul Aini Rahmat
FSTM
Tel. : 03-89468366


============ ========= ========= ========= ========= ========= ========

ENUMERATOR
----------

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi enumerator bagi projek penyelidikan "Kursus-kursus Umum di IPTA dan IPTS di Malaysia:Satu Penilaian", sila hantar resume anda kepada Pn. Azmawani di bilik C.08 Jab. Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM atau email ke asz_akira@yahoo. com sebelum 21.9.07
Sekian, terima kasih.
************ ****
Pn. Azmawani
RA, JPKK, FEM



============ ========= ========= ========= ========= ========= ========

JAWATAN KOSONG - PEMBANTU PENYELIDIK RSRC
------------ --------- --------- --------- --

Bersama-sama ini saya sertakan iklan jawatan kosong pembantu penyelidik di RSRC, Fakulti Kejuruteraan, UPM.
Terima kasih.
**********
Rozana
RSRC, Fakulti Kejuruteraan
UPM

TAMAN ILMU ISLAM-Medan Menyemarakkan Intelektualisme Islam

http://tamanilmuislam.freephpnuke.org/
Laman web ni diberi oleh 2 sahabat, sorang di Iran (pviolacea9981) dan sorang lagi di Mesir (zul4m4l) ...

Terima kasih Ya Allah, dalam hati ingin mencari-cari, Kau datangkan sahabat yang membantu =)

NUR IMAN DI BUMI KOREA

http://jundumay.blogdrive.com/
>>mohd kamil bin abdul halim<<
>>mujahid engineer<<
>>seoul,korea<<
>>ex kisas 03/04<<
>>bachok,kelantan<<

Wednesday, September 19, 2007

Alumni.Maahad.Muhammadi

http://amal-maahad.net/v07/index.php
Setelah sekian lama menunggu akhirnya, laman ini dapat juga dipublish... alhamdulillah...

Semasa aku masih memegang jawatan sebagai salah seorang yang bertanggungjawab untuk mewujudkan laman web AMAL ni, sempat la sebentar dipublish tapi ntah apa masalahnya.... terpaksa berehat panjang sehinggalah muncul balik...

Tahniah kepada annajmwalqamar serta m_najiebs yang banyak menumpahkan usaha mereka di celah-celah kesibukan kerja dan belajar =)

Mutiara hati

Rating:★★★★★
Category:Other
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. ”Saidina Ali bin Abi Thalib
View Profile

ctlyana's Blog

http://sitilyana.blogs.friendster.com/ctlyanas_blog/
Blog Kak Siti adalah yang pertama aku add kat sini... aku nak mulakan misi mencari sahabat2 yang sama mengharungi suka duka di UniPutra dulu....

"Belajarlah berkata Cukup"

Sesungguhnya aku bersaksi                                                
  bahawa tiada  Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada                      

  sekutu bagiNya  dan                                                      
  sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu                       
  hamba dan  rasulNya.                                                     
  Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad                      
  SAW  yang mempunyai                                                      
  keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan.  Juga                     
  buat sekalian                                                            
  muslimin & orang2 yang beramal  soleh...                                 
                                                                           
  Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari  sebuah                  
  filem yang                                                               
  disiarkan di channel HBO. Tajuknya  Interstate                   
  60. Pelakon                                                       
  utamanya saya tak kenal tapi pelakon  tambahannya ramai                  
  yang top2. Salah                                                         
  satu babak yang saya ingat  sangat, ialah di awal                        
  cerita yang                                                              
  membabitkan                                                              
  pelakon terkenal,  Micheal J.Fox. Dalam babak tu,                        
  Micheal kelihatan                                                        
  seperti seorang  businessman yang sibuk.                                 
                                                                           
  Ketika itu dia sedang bercakap2 di  handphonenya di                      
  dalam kereta. Di                                                         
  belakangnya ada seorang lelaki  sedang mengayuh basikal                  
  sambil menghisap                                                         
  pipe. Tiba2 Micheal buka  pintu keretanya dan akibatnya                  
  lelaki tersebut                                                          
  terlanggar pintu  tersebut dan tergolek. Tengah                          
  tergocoh2 & sibuk mintak                                                 
  maaf tuh,  handphone Micheal terlepas dari tangan.                       
  Sampai je ke atas                                                        
  jalan,  datang satu trailer lenyek handphone. Apa  lagi,                 
  menyumpah                                                                
  seranah                                                                  
  la dia.                                                                  
                                                                           
  Yela... Sebagai  businessman, tentu handphone tu alat                    
  penting untuknya.                                                        
  Dalam keadaan  marah, terkeluar dari mulut Micheal                       
  (lebih kurang la...)                                                     
  "Saya harap  ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki                    
  yang bawa basikal                                                        
  tadi ada  kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan                    
  mereka kembali ke                                                        
  satu  keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan                     
  lelaki tadi  masih                                                       
  menunggang basikalnya.                                                   
                                                                           
  Bila tiba hampir ke kereta Micheal,  dia berhenti.                       
  Tiba2 Micheal keluar                                                     
  dari kereta. Kali ni lelaki tadi  tak melanggar                          
  pintunya seperti sebelum                                                 
  ini. Jadi Micheal terus  rancak berbual hinggalah tiba2                  
  datang trailer                                                           
  dan melanggar Micheal  J. Fox. Lelaki tadi, yang berada                  
  di belakang                                                              
  kereta Micheal &  memerhatikan segalanya, bekata "Some                   
  people just don't                                                        
  know what to  wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa                   
  yang  patut                                                              
  diminta).                                                                
                                                                           
  Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya  tak                    
  menontonnya hingga                                                       
  selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan  perkataan                      
  lelaki yang                                                              
  berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa  yang                       
  patut mereka minta.                                                      
  Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam  filem tadi,                    
  Micheal                                                                  
  mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar  pintu                       
  keretanya) tak                                                           
  berlaku                                                                  
  supaya handphonenya terselamat. Tapi  tanpa kemalangan                   
  itu, dia pula                                                            
  yang                                                                     
  maut. Perasan tak?                                                       
                                                                           
  Ini  satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi                         
  perkara ni  sebenarnya                                                   
  berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali  kita                    
  meminta perkara                                                          
  yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk  kita.                     
  Persoalannya,                                                            
  tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau  kita                    
  dilahirkan miskin,                                                       
  kita sering berdoa untuk menjadi kaya.  Hendak mengubah                  
  kehidupan, kita                                                          
  kata. Tapi kita pastikah kekayaan  itu yang terbaik                      
  untuk kita?                                                              
                                                                           
  Atau kita dilahirkan pendek, atau  terlalu tinggi, atau                  
  hitam atau                                                               
  berpenyakit. Tentunya kita  mengharap2kan keajaiban                      
  untuk menjadi                                                            
  manusia                                                                  
  yang sempurna atau  sekurang2nya 'just nice'. Mungkin                    
  juga kita terbabit                                                       
  dalam  kemalangan yang mengorbankan orang yang                           
  tersayang. Pasti  tercalit                                               
  dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu                        
  supaya  kemalangan itu                                                   
  dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita  juga                    
  selamat. Kan ?                                                            
                                                                           
  Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi  sekarang                    
  ini bukan yang                                                           
  terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih  kasih                        
  dengan memberi                                                           
  sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih  azab?                   
  Bukankah Allah                                                           
  itu                                                                      
  Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha  Mengetahui?                          
  Bukankah Allah itu Maha                                                  
  Bijaksana? Jika begitu,  mengapakah ada sesetengah dari                  
  kita yang                                                                
  bernasib malang manakala  sesetengah yang lain bernasib                  
  baik sepanjang                                                           
  hidup  mereka?                                                           
                                                                           
  Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are                      
  what  we wish for).                                                      
  Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri  kurang                     
  faham dengan apa                                                         
  yang kita minta. Ada orang berdoa minta  selamat. Akan                   
  tetapi Allah                                                             
  berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari  kaya jatuh                     
  miskin. Dari jelita                                                      
  jadi huduh. Bagaimana itu? Itu  hanyalah sebagai ujian                   
  kesabarannya.                                                            
  Seandainya imannya tetap kuat,  insyaAllah dia akan                      
  selamat di akhirat                                                       
  kelak.                                                                   
                                                                           
  Selamat juga,  bukan? Adakah Allah menolak                               
  permintaannya? Tidak! Bahkan                                             
  Allah  meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.                        
  Begitu juga  dengan                                                      
  keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang                         
  lapuk.  Pening kepala                                                    
  nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang  tak                  
  kasihan lihat                                                            
  anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya  beritahu                      
  saya yang dia tiap2                                                      
  hari berdoa minta saya dapat banyak  duit. Dia simpati                   
  dengan saya                                                              
  katanya.                                                                 
                                                                           
  Saya katakan  kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan                  
  saya dapat,                                                              
  Alhamdulillah.  Saya katakan padanya kalau mahu berdoa                   
  untuk saya,                                                              
  berdoalah semoga  hutang lapuk saya selesai. Saya                        
  beritahunya ketika                                                       
  sebelum Zuhur.  Zuhur tu juga dia telah tukar doanya                     
  dan Alhamdulillah,                                                       
  petang itu  juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa                  
  ibu itu  berkat.                                                         
  Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala                   
  saya.  Maha Suci                                                         
  Allah...                                                                 
                                                                           
  Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas  kita,                          
  percayalah itu adalah                                                    
  yang terbaik. Hanya mata kita yang  diseliputi dengan                    
  nafsu yang tidak                                                         
  dapat melihat kebaikan yang ada  pada sesuatu kejadian.                  
  Mengapa sukar                                                            
  bagi kita untuk redha kepada  kejadian Allah? 'Grass is                  
  always greener                                                           
  on                                                                       
  the other side'. Kan ?  Kita sentiasa melihat apa yang                    
  ada pada orang                                                           
  lain                                                                     
  itu lebih baik  dari apa yang kita miliki.                               
                                                                           
  Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar  kita melihat                    
  orang yang di                                                            
  bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi  kerana intu                    
  akan membuat kita                                                        
  tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya  pada diri kita.                  
  Kita sentiasa                                                            
  mengejar peluang yang lebih baik.  Sentiasa mahukan                      
  yang lebih banyak.                                                       
  Saya sendiri mengalami perkara  ini. Dan saya percaya                    
  ramai yang turut                                                         
  mengalaminya. Siapa yang  taknak gaji besar, kan ?                        
                                                                           
  Masa saya grad, ekonomi negara benar2  sedang menjunam.                  
  Saya ke hulu ke                                                          
  hilir mencari kerja. Akhirnya saya  bekerja sebagai                      
  operator di kilang                                                       
  metal stamping. Gaji RM400  sebulan. Tiada OT. Tolak                     
  itu, tolak ini,                                                          
  dapatlah RM350. Hm...  Cukup? Dah tentu tidak. Ketika                    
  itu saya hanya                                                           
  memiliki sebuah motor  Yamaha 110SS hadiah ayah sempena                  
  dia dapat EPF.                                                           
  Isi minyak dengan  makan dah habis. Ketika itu saya                      
  fikir, dapat gaji                                                        
  RM750 pun  jadilah.                                                      
                                                                           
  Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician.  Betul2                    
  saya dapat RM750.                                                        
  Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula  terfikir. Dapat                      
  gaji RM1500 pun dah                                                      
  cukup. Allah tunaikan lagi.  Bekerja pula di                             
  petrochemical plant.                                                     
  Sebagai                                                                  
  trainee, dapat la  RM1500 sebulan. Ya Allah... tak                       
  cukup juga. Sebab                                                        
  masa                                                                     
  tu saya  dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat                       
  RM2500 cukup la. Tapi                                                    
  bila  dapat banyak tu, saya tukar kereta pula.                           
  Kesimpulannya tak  cukup                                                 
  juga!                                                                    
                                                                           
  Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda  yang                        
  paling besar!                                                            
  Sekarang,                                                                
  ketika kawan2 saya berlumba masuk  syarikat lain yang                    
  offer gaji 2 - 3                                                         
  kali ganda, saya tetap di sini.  Kalau ada yang                          
  bertanya kenapa saya tak                                                 
  ikut mereka, senang saya  katakan. Saya selesa di sini.                  
  Kalau solat saya                                                         
  panjang, bos tak  pernah marah. Sedang rakan2 saya di                    
  syarikat baru                                                            
  dibenarkan solat  hanya dalam masa 5 minit sahaja.                       
                                                                           
  Kini saya dah pandai mengatakan  cukup. Cukuplah                         
  sebanyak ini yang Allah                                                  
  beri. Sekiranya diberi  lebih, Alhamdulillah. Sekiranya                  
  semakin kurang,                                                          
  semoga Allah  perkuatkan iman saya menghadapi dugaan                     
  mendatang. Yang                                                          
  penting bagi  saya, apa yang saya perolehi ini halal                     
  dan diberkati.                                                           
  Pesan                                                                    
  Nabi  saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan                          
  mengira2 rezeki untuk                                                    
  hari  esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2                     
  hari. Ini  benar2                                                        
  terkesan dalam hati saya.                                                
                                                                           
  Tapi bukan bererti kita tak  boleh mengejar yang lebih                   
  baik. Kejarlah                                                           
  dunia seperti akan hidup  1000 tahun lagi. Tapi dunia                    
  itu ibarat                                                               
  bayang2.                                                                 
  Makin dikejar  makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti                   
  akan mati esok                                                           
  hari. Kerana  akhirat itu umpama matahari. Makin kita                    
  kejar akhirat                                                            
  (matahari),  dunia                                                       
  (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah                       
  maka  bermohonlah                                                        
  kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada  rezeki                    
  untuk kita tanpa                                                         
  ada izin dariNya.                                                        
                                                                           
  Terjadi kepada  kenalan saya. Dengan gaji RM1000                         
  sebulan, nak bayar                                                       
  ansuran rumah,  nak isi minyak motor yang makin naik,                    
  duit lampin anak,                                                        
  duit makan,  tinggal pula di JB, memang tak cukup.                       
  Sering dia mengeluh.                                                     
  Di tempat  kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian                      
  dia. Selalu  dia                                                         
  cakap                                                                    
  dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi  tak                  
  dapat2 sebab                                                             
  tiada kelulusan dan umur pun dah makin  lanjut.                          
                                                                           
  Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan                           
  padanya,  besar periuk                                                   
  besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau  gaji                    
  besar lagi,                                                              
  mungkin                                                                  
  dia pakai kereta. Besar mana pun tetap  tak cukup.                       
  Tapi... Masuk telinga                                                    
  kiri keluar telinga kanan. Akhirnya  Allah tunaikan                      
  permintaannya. Tiba2                                                     
  dia dapat banyak sangat OT.  Hari2 balik rumah sampai                    
  tengah malam.                                                            
  Langsung tak rehat. Main  dengan anak pun 2 -3 minit                     
  masa pagi sebelum                                                        
  ke                                                                       
  tempat  kerja.                                                           
                                                                           
  Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT.                       
  Saya  ketawakan dia.                                                     
  Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia  dah                  
  tak larat. Hari                                                          
  Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan  anak?                    
  Kesian anaknya. Ke                                                       
  masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni...  Saya                         
  katakan padanya, kita                                                    
  tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit,  Allah bagi                    
  duit. Tapi dia                                                           
  hilang kehidupan dan masa dengan anaknya.  Itu adalah                    
  permintaannya.                                                           
  Bersyukurlah Allah telah  menunaikan...                                  
                                                                           
  Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa  yang                     
  saya lalui. Saya                                                         
  pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara  yang                       
  sama. Di sini, bukan                                                     
  niat saya nak mengajar. Bukan juga nak  menunjuk                         
  pandai. Saya hanya                                                       
  mengajak saudara2 sekalian terutamanya  diri saya                        
  sendiri untuk                                                            
  berfikir.                                                                
  Apa yang kita buru? Apa yang  kita cari? Apa yang kita                   
  dapat? Berapa                                                            
  kali                                                                     
  pernah kita bersyukur  dan berapa kali pernah kita                       
  katakan cukup?                                                           
                                                                           
  Cukup atau tidak apa  yang kita ada, bergantung kepada                   
  cukup atau tidak                                                         
  kita bersyukur ke  hadrat Allah. Juga bergantung cukup                   
  atau tidak kita                                                          
  tambat nafsu  kita. Yang penting tiap kali selepas                       
  solat, berdoalah                                                         
  pohonkan Allah  berikan yang terbaik buat kita. Nabi                     
  saw pernah                                                               
  memberitahu, orang  yang tidak berdoa selepas solat                      
  adalah orang yang                                                        
  sombong. Dalam  hadith yang lain, Baginda saw berkata                    
  orang yang sombong                                                       
  adalah  syirik kerana hanya Allah yang layak untuk                       
  bersifat  sombong.                                                       
  Wallahu'alam...                                                          
                                                                           
  Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah.  Selama ini kami                    
  leka. Selama ini                                                         
  kami lalai dalam mengejar nikmat  dunia hingga kami                      
  lupa janji nikmat                                                        
  syurga Mu. Cukupkanlah kami  dengan apa yang Kau beri.                   
  Dan jadikanlah                                                           
  kami insan yang tahu  bersyukur. Amin... Ya Rabbal                       
  'Alamin...                                                               
                                                                           
  Akhir kata, berlajarlah  untuk berkata cukup.....                        
                                                                           
  Sekian buat kali ini. Segala yang baik  datang dari                      
  Allah dan yang buruk                                                     
  adalah akibat kebodohan saya  sendiri. Wabillahitaufiq                   
  walhidayah,                                                              
                                                                           
  Wassalamualaikum  warahmatullah                                          
                                                                           
  -Abu Naqibah-