Wednesday, May 28, 2008

iklan kerja LHDNM

TARIKH IKLAN : 23 Mei 2008

JAWATAN

A 1 Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 7 Kontrak

A 2 Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 9 Kontrak

Penempatan di Pusat Khidmat Pelanggan, Kuching.

KELAYAKAN

A1

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) daripada Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan;

ATAU

Ahli Penuh Badan - Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;

ATAU

Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan, Kewangan, Pemasaran, Insurans, Perbankan dan Ekonomi;

DAN

Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi ijazah-ijazah yang berkenaan.

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

A2

Memiliki Diploma dalam bidang Perakaunan, Pengajian Perniagaan, Pengajian Perbankan, Kewangan atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

DAN

Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.

BIDANG TUGAS

A1

· Memberi khidmat nasihat dan penerangan kepada pembayar cukai / wakil pembayar cukai berhubung hal-hal percukaian melalui telefon dan e-mel.

· Membuat panggilan kepada pembayar cukai / wakil pembayar cukai untuk memberi maklum berhubung hal-hal percukaian.

· Membuat laporan aktiviti kerja-kerja harian.

A2

· Membantu pegawai memberi khidmat nasihat dan penerangan kepada pembayar cukai / wakil pembayar cukai berhubung hal-hal percukaian melalui telefon dan e-mel.

· Membantu dalam membuat panggilan kepada pembayar cukai / wakil pembayar cukai untuk memberi maklum berhubung hal-hal percukaian.

· Membuat laporan aktiviti kerja-kerja harian.

KRITERIA YANG DIPERLUKAN

ü Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang percukaian.

ü Sihat tubuh badan dan bebas daripada penyakit kronik.

ü Berdaya saing, asertif, pemikiran kritis, dinamik serta matang.

ü Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.

ü Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Berkemahiran dalam bahasa etnik seperti Mandarin, Tamil dan bahasa lain adalah satu kelebihan.

ü Aktif dalam kegiatan luar terutama dalam bidang sukan, seni mempertahankan diri dan pasukan beruniform.

GAJI

A1 : RM2,706.00 – RM7,930.00

A2 : RM1,998.00 – RM4,950.00

FAEDAH

LHDNM menawarkan faedah yang menarik kepada pegawainya seperti kemudahan cuti rehat, rawatan perubatan dan pergigian, kemudahan sukan dan rekreasi.

CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh diperoleh daripada Unit Pentadbiran, Pejabat Pengarah Negeri, Aras 18 Wisma Hasil, Kuching, Sarawak atau melalui laman web LHDNM di alamat http://www.hasil.org.my di ruangan KERJAYA. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

§ Sekeping gambar terbaru berukuran pasport .

§ Salinan sijil kelahiran, kad pengenalan dan lain-lain sijil yang berkaitan (Disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam).

Nama calon-calon yang berjaya akan dipamerkan di laman web LHDNM.

Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Pejabat Pengarah Negeri

Aras 18, Wisma Hasil

No. 1, Jalan Kuching, Padungan

93100 Kuching, Sarawak.

(u.p: Unit Pentadbiran)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

30 Mei 2008

NOTA

w Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dikehendaki memohon melalui Ketua Jabatan.

w Pemohon yang memiliki sijil akademik dari Institusi Pendidikan Swasta atau Luar Negara dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan sijil berkenaan dari Unit Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) .

w Hanya calon-calon yang mempunyai kelayakan dan kriteria seperti di atas dan juga telah ditapis sahaja akan dipanggil untuk temu duga dan akan dipamerkan di laman web LHDNM.

w Permohonan calon-calon yang tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan seperti di atas tidak akan diproses dan dipertimbangkan.

w Jika calon-calon tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan, calon berkenaan adalah dianggap tidak berjaya.

w Sila e-mel kepada job@hasil.org.my dengan atau hubungi talian berikut jika mempunyai sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan iklan ini.

082 – 243 211

No comments:

Post a Comment