Monday, March 24, 2008

] Job Vacancies for Fresh Grad at Jimah Power Plant

From: maisarah rahman
Sent: 05 Mac 2008 09:51AM
Subject: Job Vacancies for Fresh Grad at Jimah Power Plant

Dear All,

Jimah O&M Sdn. Bhd is looking for FRESH GRADUATE or experienced personnel
(with experience less than 2 years) for Engineering position. Please refer
to below requirement upon resume submission:

CGPA: 2.8 and above
Majoring: Electrical/Mechanic al/Chemical

Pls send in your resume to this address ( maisarah@jimahev. com) and take
note that the interview will be held in April

Regards,
Maisarah

Jawatan Kosong di RMC

From: ruzairi@fke. utm.my
Sent: 04 Mac 2008 09:07AM
Subject: Jawatan Kosong di RMC

Assalamualaikum & Selamat sejahtera,

Jika ada rakan-rakan yang berminat/berkelayak an untuk jawatan di bawah
harap email saya segera.

1. Jawatan ; Penolong Pegawai Tadbir (Unit Harta Intelek)
kelulusan MINIMA : Diploma management / IT
taraf jawatan : Kontrak RMC

2. Jawatan : Penolong Pegawai akauntan (Unit kewangan)
kelulusan MINIMA : Diploma perakaunan
taraf jawatan : Kontrak RMC.

Cara memohon : isikan borang permohonan perjawatan UTM & sertakan CV
terkini. hantar kepada saya di RMC dengan kadar segera.

Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahim
Timbalan Dekan (Perkhidmatan Korporat)
Universiti Teknologi Malaysia



Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.

Majlis meraikan petugas Kembara Anak Muda 2008

Start:     Mar 25, '08 11:00a
End:     Mar 27, '08
Location:     Penang dan KL
15 Mac yang lepas, petugas2 dari Kelantan telah diraikan dalam satu majlis penghargaan kerana telah banyak membantu kami menjayakan program Kembara Anak Muda 2008....

Seterusnya kami akan ke Penang dan juga KL bagi meraikan petugas2 di sana pula... Pengorbanan masa, tenaga malah wang ringgit yang diberikan, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya

Seminggu selepas PR




malam kemenangan !!!!


singgah di tempat daku "berpanas" hehehe

Thursday, March 6, 2008

Dah buat xperimen… Hasilnya, kekalkan PAS di Kelantan!

Hasil Eksperimen Di Kelantan: Kekalkan Kerajaan Islam Sekarang

 

Ani bersekolah di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), Kota Bharu pada tahun 1986-1992.  Dari tingkatan Peralihan hingga 6 Bawah.  Menjadi kebiasaan bagi sekolah-sekolah tajaan Yayasan Islam Kelantan (YIK), pelajar yang mengambil SPM terus belajar di tingkatan 6 Bawah sebagai persediaan mengambil STU (Sekarang STAM) walau keputusan SPM belum keluar.  Ini salah satu budaya ilmu yang wujud di Kelantan.  Ia sangat produktif buat para pelajar.  Pelajar tidak perlu menunggu satu tempoh yang lama untuk terus menuntut ilmu.   Minda tidak boleh di’vakum’ terlalu lama.  Nanti ia dijajah oleh anasir yang tidak sihat.  Luar dan dalam.  

 

Ani berulang alik menaiki bas SKMK (Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan) setiap hari.  Kedudukan MMP di tengah Bandar Kota Bharu serta berdekatan pula dengan stesen bas awam SKMK menyebabkan Ani dan ratusan pelajar hanya perlu berjalan kaki antara sekolah dan stesen bas tersebut.  Dari pintu pagar belakang (belakang supermarket Pantai Timur sekarang), Ani dan kawan-kawan sering melintasi Pasar Besar Buluh Kubu untuk ke stesen bas.   

 

Antara tahun 1986-1990, pemandangan harian di Kota Bharu tidak banyak berubah.  Kawasan setinggan yang kotor berjiran dengan Pasar Besar Buluh Kubu menjadi pemandangan harian.  Awal pagi, Ani dapat menyaksikan bagaimana ais di punggah dari kawasan setinggan tersebut untuk dibekalkan kepada peraih-peraih ikan.  Kawasan tersebut agak becak.   

Tiada bangunan baru atau hebat-hebat.  Paling hebat pun bangunan Wisma Persekutuan setinggi 14 tingkat.  Satu itu sahaja.   

 

Konsert-konsert hiburan juga sering berkunjung ke Kota Bharu.  Masa itu, zaman Rock.  Maka ramailah pemuda-pemuda berseluar ketat, berambut panjang berkeliaran di Kota Bharu.  Pernah juga berlaku adegan kejar-mengejar antara dua pemuda kerana berebutkan gadis dari stesen bas hingga ke Hankyu di tebing Sungai Kelantan (sekarang The Store).  Haru. 

Para pemudi pula berbangga dengan fesyen rambut pelbagai.  Juga fesyen pakaian yang ketinggalan zaman.  Memakai skirt paras lutut atau berseluar dipadankan dengan blause tanpa bertudung lumrah kelihatan pada gadis-gadis Islam.  Jarang kelihatan puteri-puteri Tanah Serendah Sekebun Bunga yang sanggup keluar berjubah dan bertudung labuh.  Macam orang tua.  Itu yang mereka rasa.  Ibu bapa pun lebih-lebih lagi tidak menggalakkan.  Bimbang anak dapat pangkat andartu.  Kalau mahu keluar rumah bertudung, nanti disindir dan dikata macam-macam.  Kalau pun ada yang sanggup menutup aurat dengan sempurna, kebanyakan mereka dari sekolah YIK.   

 

Setiap hari juga Ani dapat melihat premis-premis  judi, arak dan kelab malam ‘memakmurkan’ bandar Kota Bharu.  Melintasi Jalan Hamzah untuk ke sebuah kampung di seberang Sungai Kelantan, Ani dapat melihat setiap hari satu kedai tertulis Sport Toto di atasnya.   

Kampung Ani terletak kira-kira 5 km dari Kota Bharu.  Satu kawasan orang kampung di Pasir Pekan dijarah dijadikan padang untuk pertandingan vokal terbaik burung Tekukur.  Gadis seusia Ani tidak berapa faham kenapa tanah orang kampung tersebut diambil hanya untuk dipacakkan tiang bagi menaikkan burung Tekukur.  Sesetengah orang tua cakap ia sejenis perjudian juga.  Ani tidak faham.  Mungkin kerana sebahagian mereka bertaruh, burung mana yang akan menang.  Itu belum lagi diambil kira judi laga ayam dan laga biri-biri. 

 

Selain Si Tekukur, padang tersebut juga di isi dengan ekspo yang berlangsung sebulan lamanya.  Bermula waktu petang, para peniaga mula sibuk di gerai masing-masing.  Malamnya pelbagai jenis hiburan disajikan.  Rumah hantu.  Pelbagai jenis permainan.  Konsert nyanyian.  Pada masa itu, antara artis terkenal ialah Ogy Ahmad Daud, Noreen Noor,  M Daud Kilau dan lain-lain.  Para ibu bapa yang faham Islam tidak mampu menegah anak teruna dara mereka dari berkunjung ke tempat sedemikian.  Apatah lagi jika mereka boleh sampai dengan hanya berjalan kaki.  Lagi pula, selain hiburan, tiada apa-apa masalah pada gerai-gerai jualan.  Ani baru berusia 13 tahun pada masa itu.  Belum faham apa-apa tentang Islam.  Apatah lagi berhubung pemerintahan dan politik Islam.  Hanya yang jadi pengenalan keislaman ialah solat 5 waktu, puasa Ramadan dan pandai baca Quran.  Kelaziman yang sering dititipkan oleh para ibu bapa muslim. 

 

Jambatan Sultan Yahya itu, dari tahun 1986 Ani mula berulang ke sekolah menaiki bas memang sudah jem.  Penduduk di sekitar jajahan Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat berkongsi jambatan dua lorong itu setiap hari.  Menambah sesak di waktu pagi ialah peraih-peraih yang membawa masuk barangan dari Selatan Thai sama ada dari Golok atau Tak Bai ke Kota Bharu.  Sepanjang 4 tahun itu (1986-1990), tidak munasabah langsung UMNO yang memerintah Kelantan yang ‘obses’ dengan pembangunan tidak menyedari akan keperluan membesarkan jambatan tersebut.  Walaupun ramai pelajar yang turun dari rumah sebelum tanah disimbahi cahaya mentari pagi, namun lewat juga mereka sampai ke sekolah gara-gara kesesakan ini.  

 

Ani Dan Kuliah Tok Guru 

Seingat Ani sejak berusia 12 tahun, dia dibiasakan ke kuliah Tok Guru Nik Aziz (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) oleh kedua ibubapanya.  Kuliah diadakan setiap pagi Jumaat di Dewan Zulkifli, Pejabat Perhubungan PAS, Jalan Dato Pati, Kota Bharu.  Hati Ani yang masih suci mudah tersentuh dengan bicara Tok Guru yang bersifat Rabbani.  Paling Ani ingat, tatkala berusia 14 tahun, Ani semakin faham tentang erti kehidupan.  Seboleh-boleh, Ani tidak mahu ‘miss’ walau sekali ke Kuliah Tok Guru.  Kuliah Tok Guru benar-benar membebaskan minda dari terbelenggu dengan ideologi ciptaan manusia.  Lebih dari itu, ia mengisi hati yang baru mahu mengenal Allah.  Ani tidak lupa pada ibubapa yang merintis jalan supaya membesarkan kehidupan di akhirat kelak.  Mata dan telinga Ani mula peka dengan keadaan yang berlaku di sekeliling.  

 

Namun ketika itu, Ani tidak berapa suka dengan PAS.  Walau sebaik sahaja Ani menjenguk dunia, tahu-tahu ibu dan ayah sudah ‘berbulan purnama’.  Memang pembohong besar sesiapa yang mengatakan Tok Guru mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.  Yang betulnya, Allah memang suruh ambil Islam sebagai dasar apabila mahu berpolitik. 

 

APU Sapu Bersih 

Satu malam yang sungguh bermakna bagi rakyat Kelantan telah merubah banyak perkara dalam kehidupan mereka.  Tanggal 21 Oktober 1990, Ani begitu teruja menunggu keputusan pilihanraya di radio.  Televisyen tiada pada waktu itu.  TV lama rosak, Ayah tidak menggantinya.  Satu persatu keputusan diumumkan.  Kalau bukan PAS, Semangat 46 yang menang.  Bergilir-gilir.  Ani menanda setiap keputusan di halaman akhbar.  Hampir jam 5 pagi.  Tinggal 1 kerusi lagi belum diumumkan iaitu kerusi Tengku Razaleigh Hamzah.  Ani tidak mampu lagi menongkat mata.  Keesokan harinya, Ani mengucapkan syukur kepada Allah.  Angkatan Perpaduan Ummah menyapu bersih 39 kerusi DUN.  Apatah lagi, hari ketiga Tok Guru kesayangan ramai ditabalkan sebagai Menteri Besar (MB).  Kuliah pagi Jumaat pertama selepas kemenangan, orang ramai memenuhi dewan dan Jalan Dato Pati.  Sungguh berbeza Ani dan orang ramai rasakan bila MB memberi kuliah agama.  Seorang MB yang cintakan Allah dan RasulNya.  Islam itu hidup dalam dirinya. 

 

Sejak dari itu, Ani mula nampak perubahan di Kota Bharu khususnya.  Setinggan jiran Pasar Besar Buluh Kubu sudah tiada.  Kawasan itu telah dibersihkan.  Pasar itu mendapat jolokan baru, Pasar Besar Siti Khadijah.  Kedai-kedai arak dan judi juga dimansuhkan terus.  Kecuali untuk minoriti non muslim, mereka dibenarkan berjualan arak untuk sesama mereka sahaja.  Signboard Sport Toto di Jalan Hamzah tidak lagi kelihatan.  Tiada juga hiburan liar dan melalaikan muda mudi.  Bertambah wanita menutup aurat.  Tiada lagi wanita dieksploitasikan untuk melariskan jualan lewat papan-papan iklan.  Pantai Cinta Berahi yang sering Ani kunjungi juga berubah imej.  Memakai nama baru, Pantai Cahaya Bulan tidak lagi memaparkan gadis-gadis Mat Saleh yang berbikini.  Hati Ani dan para penduduk Negeri Tadahan Wahyu semakin tenang.  Terasa sangat negeri dipayungi rahmat Tuhan, diberkati reda Allah.  ‘Baldatun thoyyibatun wa rabbun ghafuur’

 

Walaupun Ani hanya sempat 22 bulan bernaung di bawah kepimpinan ulama, namun  Ani menyaksikan banyak perubahan dilakukan menurut kemampuan kerajaan Islam Negeri Kelantan.  Ye lah… bukan calang-calang pengurusan dapat mengurangkan hutang kerajaan negeri dalam keadaan disekat bantuan dari kerajaan Persekutuan!.   Julai 1992, Ani masuk pra Akademi Pengajian Islam di Nilam Puri.  Seorang kawan baru dari Selangor, Ija bercerita pengalaman kali pertama sampai Kota Bharu.  ‘Eleh, ini je Kota Bharu.  Macam sebuah pekan di Selangor aje.’  Namun tanpa mengambil masa yang lama, Ija jatuh cinta dengan kepimpinan ulama di Kelantan.   Ija juga menjadi peminat setia Kuliah Tok Guru setiap pagi Jumaat.  Akhirnya Ija mengaku tidak sanggup rasanya menyambung tahun pertama di UM Lembah Pantai kerana sayangkan Kelantan.  Sirna sudah rasa bangga terhadap pembangunan material yang terdapat di negerinya.  Apa yang Ija tidak perasan ialah ‘pekan Kota Bharu’  yang disaksikannya itu adalah hasil 12 tahun UMNO dok jajak (memerintah) Kelantan.  September 1992, Ani menyambung pelajaran ke Timur Tengah buat bekalan menyambung perjuangan para nabi. 

 

Ani tetap mengikuti perkembangan Kelantan dari jauh.  Kelantan progresif dan dinamik dengan caranya tersendiri.  Tidak perlu ikut acuan orang lain.  Dasar Membangun Bersama Islam terus-terusan mengundang barakah.  Pembangunan jiwa yang menjadi raja dalam setiap diri manusia.  Pembentukan akhlak.  Kecemerlangan ilmu pengetahuan.  Keseimbangan pembangunan material yang dapat dimanfaatkan oleh majoriti rakyat.  Setiap penduduk Serambi Mekah dapat merasa kesegaran udara Islam kecuali di hati mereka yang ada penyakit.  Hati yang sakit umpama lidah yang sakit.  Diberi makan makanan sedap pun, dirasakan pahit.   

Banyak projek yang tergendala dimajukan semula.  Antaranya Padang Tekukur di Pasir Pekan.  Sekarang dipenuhi deretan rumah kedai dan perumahan.  Taman SBJ di Pasir Pekan-Jalan Pasir Mas.  Jambatan yang sudah ditambah ialah Jambatan Pasir Mas-Salor dan Jambatan Tendong.  Walaupun banyak juga bukan projek kerajaan negeri secara langsung, ia membuktikan bahawa pentadbiran Islam tidak pernah meminggirkan pembangunan material.  Bila sebut Islam, automatik ia merangkumi pembangunan spiritual, minda dan material.  Selain dari itu, bukan Islam namanya. 

 

Rakyat Kelantan tahu benar kelebihan PAS memerintah Kelantan.  Rakyat juga sudah beri peluang UMNO bereksperimen selama 12 tahun di Kelantan.  50 tahun di Malaysia.  Satu premis judi pun UMNO tidak mampu menutupnya.  Justeru, pade (padan) doh UMNO!  Perit doh kawe (kawan) dok bawah kekuasaan orang yang tak takutkan Allah dan Hari Pembalasan..  Ani luahkan secebis hasil eksperimen yang Ani telah lihat ini dan mereka yang celik mata hati untuk diteliti oleh rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya. 

 

Ummu Abbas © Kerana Cinta’s Weblog 2008

12.15pm.

5 Mac 08/ 27 Safar 1429H