Friday, January 31, 2014

Catatan pertama @CNY 2014

Assalamualaikum wrt wbt

Walaupun semua orang bersetuju untuk menubuhkan blog ini untuk ahli rumah kami, tiada siapa yang mahu mulakan yang catatan pertama ini :D... malu agaknya

Jadi saya mulakan dulu sambil menunggu turn saya pulak untuk cikgu datang mengajar sysMap. Malam ini saya, Nik Fillah dan AI serta TZ (bekas ahli rumah) menghadiri kelas mengunakan aplikasi google di sebuah hotel yang tak ternama di dalam bandar Kota Bharu yang biasanya jammed sesak jika di waktu hari kerja. Namun alhamdulillah malam ni keadaan di pusat bandar nampaknya lengang kerna warga jajahan KB banyak tertumpu di pasaraya besar di pinggir-pinggir bandar.


Khusyuk nampaknya mereka bertiga tu, saya masih terkontang kanting macamana nak buat dengan aplikasi ni... huhu

Sempena catatan pertama ini, saya dan warga Resident Nisa' Point ingin mengucapkan Happy Chinese New Year kepada teman-teman yang berbangsa Cina walau di mana anda berada... Semoga yang belum Muslim, anda mendapat hidayah dariNya... ameen



********************************************************************************

Beberapa hari lepas, saya menghadapi masalah dengan wordpress, terlintas nak tengok blogspot. Rupanya banyak catatan ambo yang sekarang kalau baca... aduh, lejen betul. Jadi ambo kumpul semua catatan beberapa blogspot yang dah tak aktif ke blog yang ini.

Mungkin ada yang pening dengan catatan kat atas. Sebenarnya inilah posting yang pertama dan satu-satunya tentang kami penghuni Nisa' Point. Dan ada satu posting yang tak sempat nak publish. Selepas ini, saya akan tutup blog tu disebabkan tak dak siapa yang nak aktifkannya.