Friday, May 9, 2008

BERMINAT DALAM BIDANG PELANCONGAN?

Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kemahiran Kelantan atau KESDEC merupakan pertubuhan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Kelantan bawah portfolio Perdagangan Perindustrian dan Sumber Manusia.
KESDEC ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan program-program latihan pembangunan usahawan dan kemahiran secara lebih berkesan. Salah satu daripadanya ialah kursus Pemandu Pelancong.
Oleh sebab itu, KESDEC telah bekerjasama dengan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan (MTPN) untuk melahirkan Pemandu Pelancong yang profesional dalam meningkatkan industri pelancongan tempatan.
MTPN telah bersetuju untuk menyediakan 50% dari yuran kursus sebanyak RM 5,000.00. Manakala sebahagian lagi dari yuran tersebut akan dibiayai oleh KESDEC.
Sesiapa yang berminat sila hubungi segera (seperti nom rujukan di bawah) dan akan ditemuduga oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pelancongan. Temuduga akan diadakan pada 14/15 Mei 2008 bertempat di Pejabat Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan di Kota Bharu..

BERMINAT MENJADI TOURISM GUIDE DI NEGERI DI NEGERI KELANTAN?? Syarat kelayakan : 1. Lelaki / Wanita 2. Berumur 23 - 35 tahun 3. Fresh graduate digalakkan memohon 4. Diploma ke atas ( bidang pelancongan digalakkan, namun tak semestinya bidang pelancongan, asalkan berminat.), 5. Boleh bertutur dalam bahasa Inggeris 6. Segera. anda berminat, hubungi segera 09-7488442 (Sepul) / 019-9815461 (En Ghani) SEBELUM 14 MEI 2008.



Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.

1 comment:

  1. jadikan kawan pelancongan anda di http://tourismsection.blogspot.com

    ReplyDelete