Tuesday, May 22, 2007

Segera!! Jawatan-jawatan Kosong di Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP)

Assalamualaikum,

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) ingin menawarkan jawatan-jawatan kosong berikut untuk dipenuhi oleh mereka yang layak :

1) Pegawai Syariah
Kelayakan : Ijazah Sarjanamuda Syariah serta Diploma Kehakiman Syariah, Atau
Ijazah Sarjanamuda Undang-Undang (LL.B)/Ijazah Sarjanamuda Undang-Undang Syariah (LL.Bs)

2) Pegawai Hal-Ehwal Islam
Kelayakan : Ijazah Sarjanamuda dlm apa jua pengkhususan pengajian Islam e.g Syariah, Usuluddin, Dakwah, Quran Hadis, Bahasa Arab dll.

3) Pegawai Teknologi Maklumat
Kelayakan : Ijazah Sarjanamuda dalam bidang yang berkaitan.(e.g IT, Sains Komputer dll)

Saya tidak pasti beberapa kekosongan yang ada pada setiap jawatan. Pengalaman tidak diperlukan dan terbuka kepada lelaki atau wanita. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30hb Mei 2007. Taraf jawatan adalan kontrak selama dua tahun dan kemudiannya akan diserapkan untuk perjawatan tetap.

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat MUIP, 26600 Pekan, Pahang D.M. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi MUIP di talian 09-4221 311 atau 09-4223 067. Sila hebahkan kepada kawan-kawan yang lain. Sekian

No comments:

Post a Comment