Tuesday, May 22, 2007

jawatan kosong di UPM

Program Pengambilan Tenaga Akademik Secara Berpusat

Adalah dimaklumkan bahawa satu program pemilihan dan pengambilan tenaga akademik bagi tawaran Program Pengambilan Tenaga Akademik Secara Berpusat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:26 hingga 28 Mei 2007
Masa:9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat :Stesen Sentral KL

SYARAT- SYARAT

Lantikan Terus Ke Jawatan Pensyarah

Bidang dan syarat-syarat pelantikan adalah berdasarkan kepada bidang dan syarat-syarat pelantikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang boleh diperolehi di laman web berkenaan.

1.Warganegara Malaysia;
2.Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
3.Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Memiliki CGPA 3.0 ke atas atau kelas kedua ke atas;
4.Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi biasiswa peringkat pengajian Sarjana;
5.Berumur tidak melebihi 40 tahun bagi biasiswa peringkat pengajian Doktor Falsafah;
6.Bebas daripada tindakan mahkamah/ tindakan tatatertib;
7.Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada lain-lain penaja;
8.Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain;
9.Diterima masuk ke Universiti yang mempunyai ranking/ rating yang ditetapkan;
10.Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris รข€" TOEFL 600 (Paper base) atau 240 (Computer base) atau IELTS (5.0)

** syarat-syarat 9 dan 10 hendaklah dipenuhi sebelum pelajar ditawarkan biasiswa.

No comments:

Post a Comment