Monday, April 27, 2009

SEGERA - Pelakon di perlukan.

Assalamualaikum wbh.

Saya memerlukan SEGERA :- Talent/pelakon 2 orang kanak-kanak perempuan kembar seiras yang berumur 9 hingga 12 tahun (semestinya belum baligh, ya) dan seorang talent/pelakon lelaki remaja berumur 17 - 21 tahun yang *berperawakkan menarik bagi menjayakan satu siri rancangan TV untuk Astro Oasis yang bertajuk 'Panggilan Agung - Solat ikut mazhab Shafie'. (* syarat dari stesen TV)
Talent/Pelakon2 tersebut akan dijadikan sebagai model bagi menunjukkan praktikal pergerakkan solat. Bagi kanak-kanak perempuan yang kembar seiras itu, ideanya ialah, mereka juga akan menjadi model bagi menunjukkan praktikal pergerakkan solat untuk wanita, seorang akan bertelekong lengkap dan seorang lagi akan memakai pakaian biasa tapi menutup aurat bagi menggambarkan pergerakkan yang dilakukan di dalam telekung, mereka akan di letakkan sebelah menyebelah dan melakukan pergerakkan solat secara serentak. Fakta menarik! - Tiada skrip dialog yang perlu dihafal hanya lakonan bisu sahaja.

Sila hantar gambar serta maklumat peribadi ke email saya:- izharmn@yahoo.com atau izhar@layarconsult.com

Terbuka kepada sesiapa sahaja. Harap tolong war-warkan ya!

Syukran. AL.

No comments:

Post a Comment