Monday, October 29, 2007

TAWARAN PENGISIAN JAWATAN ; DIRECTOR (D-2), UNESCO OFFICE, SANTIAGO (CHILE)

Dengan hormatnya saya diarah untuk merujuk perkara di atas.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi telah
menerima makluman pelawaan daripada pejabat Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO
Malaysia (SKUM) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang memaklumkan bahawa
UNESCO sedang dalam usaha untuk mengisi kekosongan jawatan Pengarah, bertempat
di Santiago, Chile. Antara syarat utama permohonan adalah memiliki ijazah PhD
dalam bidang pendidikan. Selain itu, permohon juga perlu mempunyai 15 tahun
pengalaman bekerja yang berkenaan berserta pengalaman profesional di Amerika
Latin dan Caribbean.

3. Sehubungan itu, kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato'/ Prof/Dr. adalah dipohon
untuk menyebarkan maklumat mengenai tawaran tersebut kepada semua yang
berminat. Para pemohon boleh memohon secara online di
www.unesco.org/ employment selewat-lewatnya pada 19 November 2007.

Sekian, kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/Dato'/ Prof/Dr. adalah amat dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

AMELIA LEE SZE CHUI
Bahagian Antarabangsa
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi
Tel: 603-88835381
Fax: 603-88895854
Web : http://www.mohe. gov.my

No comments:

Post a Comment