Thursday, April 5, 2007

Jawatan Kosong Di HUKM

Jawatan Kosong Di HUKM

Sahabat2 yg berminat, sila mohon segera..



Warganegara yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut:
1.Pegawai Sains Gred C41
2.Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
3.Jurutera Gred J41
4.Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
5.Kaunselor Gred S41
6.Pegawai Dietetik Gred U41
7.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
8.Pembantu Teknik Gred J29
9.Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
10.Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27
11.Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
12.Ahli Fotografi Gred B17
13.Juruteknik Komputer Gred FT17
14.Juruteknik Gred J17
15.Pengawal Keselamatan Gred KP11
16.Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) Gred N11
17.Tukang K3 Gred R9
Bidang Latihan:
1.Jururawat Pelatih
2.Jururawat Pergigian Pelatih
3.Pembantu Perubatan Pelatih
4.Juru X-ray Pelatih
5.Jurupulih Perubatan Pelatih
6.Pembantu Farmasi Pelatih

CARA MEMOHON
a)Borang Permohonan boleh didapati daripada Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1 Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja'afar, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
b)Cetakan Borang Permohonan Jawatan (HUKM/JSM/UPP/ BR01(PIN. 1/2005)) boleh dimuatturun di sini (format borang dalam bentuk bentuk PDF).
c)Cetakan Borang Permohonan Latihan (HUKM/JSM/UPL/ BR01) boleh dimuatturun di sini (format borang dalam bentuk bentuk PDF).
d)Hanya calon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
e)Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
f)Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:
Pengurus
Jabatan Sumber Manusia
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan
Canselor Tuanku Ja'afar
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Ya'acob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur

Sila tulis nama jawatan/latihan pada sampul surat di bahagian atas sebelah kiri
g)Tarikh Tutup Iklan : 12 April, 2007 (Khamis)

h)Permohonan jawatan daripada Pegawai Sedang Berkhidmat di Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan:
i)
Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini;
ii)
Salinan Laporan Nilaian Prestasi yang terkini; dan
i)
Semua permohonan hendaklah disertakan bersama salinan dokumen berikut yang telah disahkan (mengikut jawatan dipohon):-
i)
Sijil Kelahiran
ii)
Kad Pengenalan (depan/belakang)
iii)
Sijil Berhenti Sekolah
iv)
Sijil Rendah Pelajaran/Penilaian Menengah Rendah (SRP/PMR)
v)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
vi)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
vii)
Diploma/Ijazah
viii)
Dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon
ix)
Serta lain-lain dokumen sokongan ke alamat seperti di atas



No need to miss a message.

No comments:

Post a Comment