Wednesday, April 18, 2007

Jawatan Kosong DBP (tarikh tutup 30 APRL)

Posted by: "Helmy Rizal" emyrizal@yahoo.com emyrizal

Tue Apr 17, 2007 8:10 am (PST)

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA IKLAN JAWATAN KOSONG


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan adalah dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan seperti yang berikut:

1) PEGAWAI PERANCANG BAHASA GRED S41 (KONTRAK)
- Penempatan Di DBP Cawangan Sabah

Tangga Gaji:P1T1 RM1468,69- P1T27 RM4033.80 RM2421.69

1.1 SYARAT LANTIKAN
a) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tepatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman tidak kurang daripada tiga (3) tahun dalam penulisan bahasa dan sastera atau penyuntingan/ penterjemahan buku dalam bahasa Melayu; atau
c) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mempunyai pengalaman tidak kurang daripada sembilan (9) tahun dalam penulisan bahasa dan sastera atau penyuntingan/ penterjemahan buku dalam bahasa Melayu; atau
d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mempunyai pengalaman tidak kurang daripada lima belas tahun dalam penulisan bahasa dan sastera atau penyuntingan/ penterjemahan buku dalam bahasa Melayu;
DAN e) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Kadazandusun)

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BAHASA GRED S27 (TETAP)
€ '¶ Penempatan di DBP Kuala Lumpur

Tangga Gaji:P1T1 RM 963.64- P1T26 RM2421.69 RM2421.69
P2T1 RM1019.30 -P2T26 RM2570.52
P3T1 RM1077.38 -P3T26 RM2724.19

2.1 SYARAT LANTIKAN
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mempunyai tidak kurang dari (6) tahun pengalaman dalam penulisan bahasa dan sastera atau penyuntingan/ penterjemahan buku dalam bahasa Melayu; atau
b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
c) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan berdasarkan nilai taraf diploma berkenaan iaitu pada Gred S27: P1T5 atau T6 atau T8);
DAN d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.





3) PEMBANTU TEKNIK GRED J29 (KONTRAK)
€ '¶ Penempatan di DBP Kuala Lumpur

Tangga Gaji:P1T1 RM1239.52 -P1T21 RM2437.42

3.1 SYARAT LANTIKAN
a) Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina atau ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DAN b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4) JURUTEKNIK GRED J17 (KONTRAK)
€ '¶ Penempatan di DBP Kuala Lumpur

Tangga Gaji:P1T1 RM 674.45 -P1T26 RM1860.25

4.1 SYARAT LANTIKAN
a) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politekn ik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DAN b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

5) JAGA GRED R1 (TETAP)
€ '¶ Penempatan di DBP Cawangan Sabah

Tangga Gaji:P1T1 RM479.64 -P1T14 RM872.89
P2T1 RM511.10-P2T14 RM920.08
P3T1 RM543.77-P3T14 RM968.48

5.1 SYARAT LANTIKAN
a) Bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia atau Polis Diraja Malaysia yang telah menamatkan perkhidmatan dengan baik;
b) Berkebolehan menjalankan bidang kerja seperti yang ditetapkan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred R1: P1T2);
DAN c) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
IMBUHAN DAN ELAUN
Calon-calon yang dilantik adalah layak menerima pelbagai kemudahan dan elaun yang sedang berkuat kuasa dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.
CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99). Borang boleh diperoleh dari Bahagian Pengurusan Personel, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38 sm x 25 sm bersetem 40 sen dan beralamat sendiri . Pemohon juga boleh mendapatkan borang melalui laman web http://www.dbp. gov.my

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :

KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Pengurus Personel)

Tarikh tutup permohonan pada 30 APRIL 2007

~~BRO RA



Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check out new cars at Yahoo! Autos.

No comments:

Post a Comment