Thursday, January 25, 2007

di Dabong

Seperti yang dijangkakan, perjalanan ke Dabong semalam membuatkan kami lewat sampai. Kira2 jam 6.30petang (drama Mutiara Hati dah start tapi tak boleh tengok huwaaaa)

Kami menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Kuala Krai Selatan (sekarang telah ditukar nama Majlis Daerah Dabong). Rumah Rehat ni dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohamad Yaakob dalam bulan Disember 1982. Agak selesa dan terjaga, kami disambut oleh Kak Yah (isteri penjaga rumah rehat).

Malamnya, kami dijamu sekali lagi... kali ni oleh Penyelia MTD Dabong pulak... aduss
nak tido lepas tu pun susah...
Keesokan pagi, kami terus ke tempat cadangan untuk projek PPWK Fasa 3 selepas sarapan. Dalam perjalanan, kami sempat snap gambar Air Terjun tertinggi di Asia, Air Terjun Gunung Stong dari jauh, tak sempat nak gi sana, maklumlah kami ke sana bukan untuk leisure tapi untuk kerja.

Menurut CMat (driver) yang pernah 2 kali naik Gunung Stong, ada rumah rehat mewah yang duk atas bukit menghadap air terjun milik seorang pemimpin tersohor. Haaa...gambar rumah tu bakal aku tunjuk nanti... Siapakah pemiliknya...? bolehlah ke Dabong untuk bertanya khabar =)

Selepas selesai urusan di Dabong... kami terus balik
sampai pejabat pada waktu tghari, dan seluruh staff berkumpul di Bilik Mesyuarat bagi meraikan Wida' seorang staff di sini yang bakal ke Kuantan kerana mengikut suami....

lepas ucapan2 oleh mereka yang diminta berucap...
agenda makan sekali lagi... aku tak larat dah nak makan walaupun menu nasi ulam memang nampak best

No comments:

Post a Comment