Monday, June 22, 2009

Kawan

Rating:★★★★★
Category:Other
Semalam kita jadi kawan.. Kerana kenangan silam.. Hari ini kita masih berkawan.. Kerana janji semalam.. Esok kita akan terus berkawan.. Kerana hari ini kita saling mendoakan.. Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan.. Kerana esok kita ada azam.. Tapi,andai esok tiada lagi.. Kita tetap kawan.. Kawan selamanya dalam kenangan

3 comments:

  1. Ketika diri mencari sinar
    Secebis cahaya menerangi laluan
    Ada kalanya langkahku tersasar
    Tersungkur di lembah kegelapan

    Bagaikan terdengar bisikan rindu
    Mengalun kalimah menyapa keinsafan
    Kehadiranmu menyentuh kalbu
    Menyalakan obor pengharapan

    C/O 1:
    Tika ku kealpaan
    Kau bisikkan bicara keinsafan
    Kau beri kekuatan, tika aku
    Diuji dengan dugaan

    Saat ku kehilangan keyakinan
    Kau nyalakan harapan
    Saat ku meragukan keampunan Tuhan
    Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

    Menitis airmataku keharuan
    Kepada sebuah pertemuan
    Kehadiranmu mendamaikan
    Hati yang dahulu keresahan

    Cinta yang semakin kesamaran
    Kau gilap cahaya kebahagiaan
    Tulus keikhlasan menjadi ikatan
    Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

    C/O 2:
    Titisan air mata menyubur cinta
    Dan rindu pun berbunga
    Mekar tidak pernah layu
    Damainya hati Yang dulu resah keliru

    Cintaku takkan pudar diuji dugaan
    Mengharum dalam harapan
    Moga kan kesampaian kepada Tuhan
    Lantaran diri hamba kerdil dan hina

    Syukur sungguh di hati ini
    Dikurniakan teman sejati
    Menunjuk jalan dekati-Nya
    Tika diri dalam kebuntuan

    Betapa aku menghargai
    Kejujuran yang kau beri
    Mengajarku mengenal erti
    Cinta hakiki yang abadi

    Tiada yang menjadi impian
    Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
    Yang terbias pada ketulusan
    Sekeping hati seorang insan
    Bernama teman

    ReplyDelete
  2. alangkah bahagianya jika kita dapat berjiran dengan kawan sejati dari dunia hingga ke akhirat...

    ReplyDelete