Wednesday, June 3, 2009

Jika Anda Prihatin Masalah Siswazah Menganggur, Sila 'Forward'kan Emel in



Assalamualaikum,
Adakah anda/adik-beradik/anak/kengkawan ataupun sedara mara antara yang tergolong di bawah:
- Melepak di rumah 24 jam?
- Bosan, takde kerja tetap?
- Suka ber'shopping' tapi masih mintak duit belanja dgn parents?
- Merempit tak kira siang atau malam?
- Masih mencari tujuan hidup?
- Suka berangan nak jadi kaya tapi tak tau bagaimana?
- Menyimpan cita-cita untuk buka bisnes, tapi tak tau macam mana?
Hohohoho...jika anda atau anda kenal sesape yang tergolong di atas, anda bernasib baik kerana PUNB kini menawarkan Program Siswazah Perantis.
Nak tau apa tu Program Siswazah Perantis?
Program Siswazah Perantis ialah program latihan selama 6 bulan atau 1 tahun untuk graduan Bumiputera berumur 30 tahun ke bawah. Perantis akan diberi latihan teori, amali keusahawanan dan kursus macam mana nak sediakan Rancangan Perniagaan. Tetapi perantis mesti ada ijazah, diploma ATAU sijil kemahiran (tahap 2) dari institusi yang diiktiraf kerajaan.
Bukan itu saja, perantis akan dapat bukan RM500, bukan RM700 tetapi RM800 elaun sara hidup sebulan!!! Banyak tue...tunggu apa lagi? Jom sertai Program Siswazah Perantis PUNB kerana tempat adalah sangat TERHAD!!! Rugi kalau tak join.
Sila hubungi PUNB di talian 03-2785 1477 atau layari www.punb.com.my untuk keterangan lanjut.
P/S: Jgn lupa 'forward'kan emel ini jika anda prihatin masalah pengangguran di kalangan siswazah Bumiputera.

No comments:

Post a Comment