Friday, January 9, 2009

pembantu am LHDN

TARIKH IKLAN : 8 JANUARI 2009

JAWATAN

A1 - Pembantu Am (Operator Telefon) Gred 13

A2 - Pembantu Am (Operator Mesin Prosesan Data)
Gred 13

A3 - Pembantu Am (Pengawal Keselamatan) Gred 13

B1 - Pembantu Am (Pembantu Am Rendah) Gred 14

B2 - Pembantu Am (Penghantar Notis) Gred 14


( Hanya satu jawatan sahaja dibenarkan untuk dipohon oleh seorang pemohon )

KELAYAKAN


 Pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.

 Pemohon mestilah memiliki Sijil Rendah Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lulus Bahasa Malaysia pada peringkat peperiksaan tersebut.

 Bagi Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang sedang berkhidmat dalam jawatan Pembantu Am Gred 14 dan Gred 15 adalah layak dipertimbangkan oleh LHDNM untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Am Gred 13 apabila telah disahkan dalam jawatan;

DAN

a) mempunyai kelayakan akademik seperti di atas dan mempunyai markah prestasi di tahap cemerlang dan sangat baik bagi 3 tahun kebelakang serta memenuhi kriteria yang diperlukan;

DAN

b) berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.


SYARAT TAMBAHAN


A1 / B1

 Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.


A2

 Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Sains Komputer atau Sijil Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan.

A3

 Sihat tubuh badan dan bebas daripada penyakit kronik.

 Mempunyai ukuran badan dan pancaindera seperti berikut :-

a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57 meter;

b) berat badan sekurang-kurangnya 48 kilogram;

c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang- kurangnya 79 cm dan semasa menarik nafas 84 cm;

d) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;

e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.


 Bekas Konstabel Polis Di Raja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik juga boleh memohon.

B2

 Mempunyai lesen memandu motorsikal yang sah.


KRITERIA YANG DIPERLUKAN


 Sihat tubuh badan dan bebas daripada penyakit kronik.

 Bertanggungjawab, proaktif dan daya inisiatif yang tinggi.


 Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia .

 Aktif dalam kegiatan luar terutama dalam bidang sukan, seni mempertahankan diri dan pasukan beruniform.





SKIM GAJI

A1/A2/A3

RM 1123.00 - RM 2592.00

B1/B2

RM 1040.00 - RM 2262.00


FAEDAH


LHDNM menawarkan faedah yang menarik kepada kakitangannya seperti kemudahan cuti rehat, rawatan perubatan dan pergigian, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, peluang membina kerjaya, kursus-kursus untuk kemajuan diri dan kemudahan sukan dan rekreasi.


CARA MEMOHON


Borang permohonan boleh diperoleh daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran, Ibu Pejabat Jalan Duta, Kuala Lumpur dan di seluruh cawangan LHDNM atau melalui laman web LHDNM di alamat (http://www.hasil.gov.my). Borang permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

 Sekeping gambar terbaru berukuran pasport .
 Salinan sijil kelahiran, kad pengenalan dan sijil yang berkaitan (semua perlu disahkan).


Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:


Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 8 ( Kanan ), Blok 9
Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Duta
Peti Surat 11833, 50758 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Pengambilan & Penempatan)



TARIKH TUTUP PERMOHONAN


23 JANUARI 2009




NOTA


 Permohonan calon-calon yang tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan seperti di atas tidak akan diproses dan dipertimbangkan.

 Hanya calon-calon yang mempunyai kelayakan dan kriteria seperti di atas dan juga telah ditapis sahaja akan dipanggil untuk temu duga dan akan dipamerkan di laman web LHDNM.

 Nama calon-calon yang berjaya akan dipamerkan di laman web LHDNM.

 Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dikehendaki memohon melalui Ketua Jabatan.

 Jika calon-calon tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan, calon berkenaan adalah dianggap tidak berjaya.

 Sila emel kepada job@hasil.gov.my atau hubungi talian berikut jika mempunyai sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan iklan ini.



03 - 6209 1143
03 - 6209 1128

No comments:

Post a Comment