Monday, January 19, 2009

Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Selangor



--- On Tue, 1/20/09, Bahagian Sumber Manusia <editor@e-zakat. com.my> wrote:
From: Bahagian Sumber Manusia <editor@e-zakat. com.my>
Subject: Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Selangor
To: alkarim99@yahoo. com
Date: Tuesday, January 20, 2009, 4:58 AM



Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menawarkan peluang kerjaya kepada anak kelahiran Negeri Selangor atau yang telah bermastautin di Negeri Selangor sehingga kini sekurang-kurangnya 5 tahun dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut;

(1) Penyelia Asrama

(2) Penyelia Pentadbiran dan Kewangan

(3) Penolong Penyelia Kewangan

(4) Penolong Penyelia Pentadbiran

(5) Penolong Penyelia Akademik

(6) Penolong Penyelia Kebajikan

(7) Penolong Penyelia disiplin & Kaunseling

(8) Warden Asrama

(9) Pemandu Bas

(10) Pemandu Lori

Taraf Jawatan : KONTRAK

Jadual Gaji :
Jawatan 1-2 : P1:T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10
Jawatan 2-7 : P1:T1 RM1000.36 - P1T26 RM2298.06
Jawatan 1-2 : P1:T1 RM820.38 - P1T26 RM2151.06
Jawatan 1-2 : P1:T1 RM701.42 - P1T26 RM1354.86
Jawatan 1-2 : P1:T1 RM519.57 - P1T26 RM1003.57
Jumlah Kekosongan :

Bil

Jawatan

Tempat

Bil Kekosongan

1

Penyelia Asrama

Baitul Hasanah Kuala Kubu Bharu

1

2

Penyelia Pentadbiran dan Kewangan

Baitul Hasanah Kampung Perepat,Klang

1

3

Penolong Penyelia Kewangan

1

4

Penolong Penyelia Pentadbiran

1

5

Penolong Penyelia Akademik

1

6

Penolong Penyelia Kebajikan

1

7

Penolong Penyelia Disiplin dan Kaunseling

1

8

Warden Asrama

5

9

Pemandu Bas

1

10

Pemandu Lori

Projek Agihan Makanan, Bukit Raja, Klang

1

SYARAT-SYARAT JAWATAN:
1. PENYELIA ASRAMA


SPESIFIKASI TUGAS:

Bertanggungjawab merancang dan mengurus asrama, memantau pentadbiran am, pengurusan sumber manusia, penempatan dan makanan pelajar serta menyelenggara bangunan. Merancang dan mengelola program dan aktiviti pembangunan pelajar dari segi akademik, kerohanian dan permbinaan sahsiah pelajar.

KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN:

i. Perempuan

ii) Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan

iii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

iv) Mempunyai 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang pengurusan asrama, pendidikan, kebajikan dan sosial

vi. Memiliki kemahiran komunikasi yang baik



2. PENYELIA PENTADBIRAN DAN KEWANGAN


SPESIFIKASI TUGAS:
Bertanggungjawab menguruskan pentadbiran asrama dan pejabat, memastikan kemudahan dan fasiliti berada dalam keadaan baik, menguruskan akaun kewangan Baitul Hasanah, memastikan kerperluan kewangan dan menyediakan laporan penuh kewangan Baitul Hasanah.

KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN:

i) Memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan /Pentadbiran /Akaun/ Kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan

ii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

iv) Mempunyai 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang pentadbiran dan kewangan

vi. Memiliki kemahiran komunikasi yang baik



3. PENOLONG PENYELIA PENTADBIRAN


SPESIFIKASI TUGAS:
Bertanggungjawab membantu penyelia menguruskan pentadbiran asrama dan pejabat, memastikan asrama tempat yang selamat untuk didiami dan membuat penyelenggaraan kemudahan dan fasiliti bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang baik.

KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN:

i) Memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan /Pentadbiran yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan

ii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

iv) Mempunyai 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang pentadbiran.

vi. Memiliki kemahiran komunikasi yang baik



4. PENOLONG PENYELIA KEWANGAN


SPESIFIKASI TUGAS:
Bertanggungjawab membantu Penyelia Pentadbiran dan Kewangan menguruskan hal ehwal kewangan Baitul Hasanah merangkumi proses tuntutan-tuntutan pembayaran, perbelanjaan dilakukan dengan berhemah dan menyediakan laporan kewangan.

KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN:

i) Memiliki Diploma Pengurusan Akaun atau Kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan

ii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

iv) Mempunyai 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang kewangan

vi. Memiliki kemahiran komunikasi yang baik



5. PENOLONG PENYELIA AKADEMIK


SPESIFIKASI TUGAS:
Bertanggungjawab membantu penyelia mengurus hal ehwal akademik pelajar, memantau dan memastikan pelajar mengikuti aktivit-aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar.

KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN:

i) Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan

ii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

iv) Mempunyai 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang akademik dan pendidikan

vi. Memiliki kemahiran mendidik dan komunikasi yang baik



6. PENOLONG PENYELIA KEBAJIKAN


SPESIFIKASI TUGAS:
Bertanggungjawab membantu penyelia mengurus hal ehwal kebajikan pelajar merangkumi aspek keperluan rohani dan jasmani termasuk keperluan harian, makanan, tempat tinggal serta kesihatan secara menyeluruh.


KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN:

i) Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan

ii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

iv) Mempunyai 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang kebajikan dan kemasyarakatan

vi. Memiliki kemahiran memahami gelagat manusia dan komukasi yang baik



7. PENOLONG PENYELIA DISIPLIN DAN KAUNSELING


SPESIFIKASI TUGAS:
Bertanggungjawab membantu penyelia mengurus hal ehwal disiplin pelajar, menguatkuasakan peraturan asrama, memberi khidmat kaunseling dan nasihat kepada pelajar bagi mempertingkatkan sahsiah dan peribadi pelajar.

KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN:

i) Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan Kaunseling/Sains Sosial yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan

ii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

iv) Mempunyai 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang disiplin dan kaunseling

vi. Memiliki kemahiran menyelesaikan masalah dan komunikasi dengan baik.



8. WARDEN ASRAMA


SPESIFIKASI TUGAS:
Bertanggungjawab membantu pelajar dalam hal ehwal akademik, disiplin dan kebajikan pelajar serta memastikan keadaan asrama di Baitul Hasanah berada dalam keadaan teratur dan selamat.

KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN:

i) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan

iii) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

iv) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pendidikan, kebajikan kemasyarakatan

vi. Memiliki kemahiran komunikasi yang baik



9. JAWATAN PEMANDU BAS / LORI


SPESIFIKASI TUGAS:
Pemandu Bas : Bertanggungjawab menghantar dan memastikan pelajar sampai ke destinasi / sekolah, memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan memandu kenderaan dalam keadaan selamat.

Pemandu Lori : Bertanggungjawab membuat penghantaran produk @ bantuan bulanan kepada asnaf-asnaf diseluruh selangor

KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN:

i) Tamat Darjah Enam atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan

ii) Berumur tidak kurang daripada 20 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan dan sihat tubuh badan

iii) Memiliki lesen memandu Kelas D, Bas (E & PSV), Lori (E & GDL) yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]

iv) Mempunyai pengalaman memandu van / bas tidak kurang dari 1 tahun

v) Berhemah, bertanggungjawab dan memiliki kemahiran komunikasi yang baik

vi) Mahir mengenai perjalanan dan lokasi seluruh Negeri Selangor

CARA PERMOHONAN :

a) Permohonan hendaklah menghantar surat permohonan kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan maklumat peribadi serta sekeping gambar, sijil dan dokumen yang berkaitan.

b) Sila tuliskan nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)
ARAS 9 MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
03-55227700
(U.P : Puan Azhana/Hairul)

Tarikh tutup permohonan pada 28 JANUARI 2009 (RABU)

Catitan:
a) Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau lewat akan ditolak.
b) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil sesi temuduga.
c) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Lembaga Zakat Selangor
Aras 9 & 10 Menara Selatan
Bangunan Sultan Idris Shah
Persiaran Masjid
40000 Shah Alam
Selangor






__._,_.___

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment