Monday, January 19, 2009

2 macam jawatan kosong kat IKIM



Pegawai Penyelidik di Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial


1.1

(a)

Jawatan

:

Pegawai Penyelidik (Gred 41)


(b)

Kumpulan

:

Pengurusan dan Profesional


(c)

Taraf Jawatan

:

Tetap


(d)

Tempoh Percubaan

:

2 Tahun

1.2

Skim Gaji 6, Jadual Gaji

:

RM2,084.08 x 125.24 - RM4,839.36

(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)


(a)

Elaun



(i) Khas : RM300.00



(ii) Imbuhan Tetap
Perumahan

:

RM250.00
(iii) Bantuan Sara Hidup :

RM300.00

1.3

Syarat Lantikan


Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki
kelayakan dan pengalaman seperti berikut:




(a)Warganegara Malaysia;


(b)Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) daripada universiti-universi ti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan di dalam bidang:

(i) Ekonomi atau Pengurusan; atau
(ii) Sains Kemasyarakatan.




(c)Keutamaan diberikan kepada pemilik Ijazah Sarjana atau yang mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 3 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institut Penyelidikan di sektor awam atau swasta;

(d)Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang Kajian Sosial atau bidang-bidang berkaitan yang sesuai mengikut pertimbangan IKIM;


(e)Calon-calon yang berkemahiran dalam menggunakan komputer akan diberi keutamaan; dan,


(f) Berkebolehan berkomunikasi dan menghasilkan penulisan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

1.4

Bidang Tugas

:

Bertanggungjawab menjalankan projek penyelidikan dan menghasilkan penerbitan bermutu dalam tema dan bidang yang sesuai dengan tujuan, matlamat dan peranan IKIM.


Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) , Pusat Perundingan Dan Latihan (PPLI)


1.1 (a)Jawatan:Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred 17


(b)

Kumpulan

:

Sokongan

(c)

Taraf Jawatan

:

Tetap


(d)

Tempoh Percubaan

:

2 Tahun

1.2

Jadual Gaji

:


RM941.38 x 60.50 - RM2,272.38

(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)


(a)

Elaun







(i) Khas
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan
(iii) Pembantu Khas
(iv) Trengkas Dua bahasa
(v) Bantuan Sara Hidup

:
:

:
:

:

RM115.00
RM180.00

RM120.00
RM 85.00

RM300.00





1.3


Syarat Lantikan

:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:









  • Warganegara Malaysia;

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan lulus ujian mengambil trengkas dengan kederasan 60 p.s.m dengan membuat kesalahan tidak melebihi 4%; atau

  • Diploma Kesetiausahaan dari Universiti Teknologi Mara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan
  • Keutamaan juga akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik dan mempunyai pengalaman bekerja dan berkemahiran menggunakan komputer.





1.4

Bidang Tugas

:

Mengambil trengkas dan menaip surat, minit, laporan dan lain-lain.


Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-

a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 23/01/2009 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.


Catatan Am

Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.



No comments:

Post a Comment