Sunday, November 11, 2007

Temuduga Kerja : Apa Kunci Kejayaannya ?

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharudd in.net/

Menurut statistik undian
yang dikumpulkan di web ini. Kelihatan jelas bahawa pelawat web
zaharuddin.net kebanyakannya adalah golongan muda berumur 22- 30 tahun,
lelaki dan wanita.

Pada hemat saya, adalah
amat baik jika saya memberikan sedikit manfaat berkenaan kemahiran
temuduga buat pengunjung terutamanya bagi mereka yang masih dan sedang
bergelumang dengan dunia mencari pekerjaan dan temuduga.

Berdasarkan puluhan sesi
mengendalikan temuduga semasa bertugas di industri korporat dan juga
beberapa pengalaman rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya terlibat
sebagai panel untuk menemuduga calon-calon yang punyai keputusan
cemerlang seperti CGPA 3.5 ke atas, 'Mumtaz', 'First Class',
'Distinction' dan sebahagiannya mempunyai Ijazah Sarjana.

Malangnya, banyak kali saya
dan rakan-rakan di sektor swasta dapati individu yang mempunyai
kelayakan akademik cemerlang di Universiti tetapi ianya tidak banyak
membantu calon semasa temuduga.

Saya bimbang degan fenomena
kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan
seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman
saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada
graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga
yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian
emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam
silibus buku mereka agaknya.

Saya bimbang, munculnya
graduan yang cemerlang atas kertas kerana kecekapannya menghafal
silibus sahaja. Akhirnya, sekali dicuba di alam realiti, tersungkur
jatuh dengan sekali cubaan sahaja. Kerana itu, bagi saya soalan
peperiksaan perlu diolah dalam bentuk yang lebih praktical dan
mementingkan kefahaman berbanding hafalan semata-mata.

Tidak dinafikan kita
inginkan pelajar menghafal, tetapi adalah hafalan berserta kefahaman
sehingga bila dibawakan satu soalan dan situasi mencabar, ia mampu
menjawab dan mengadaptasikan formula hafalannya dalam konteks semasa.
Mampu memperkembangkannya dan bukannya hafalan kosong.

Jika anda bagaimana seorang
tukang masak biasa menjadi Chef yang hebat. Jawabnya, adalah dengan
mempelajari dan menghafal resipi asal dari seorang guru, kemudian
mencuba dan mempelbagaikan ramuan sendiri. Akhirnya lahirlah resipinya
sendiri dan rasa tersendiri. Resipi asal hanya menjadi titik mula untuk
menjadi kreatif. Itulah nilai tambah yang dikehendaki dalam proses
menuntut ilmu. Iaitu memperkembangkan ilmu.

Mungkin kerana itu,
pendedahan berpersatuan dan berprogram di universiti amat penting dalam
pembentukan graduan yang cekap dan kreatif dalam menangani masalah dan
soalan-soalan panel temuduga.

Melalui tulisan ringkas
ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu
diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan
semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah
seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi
pengalaman.

Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

Soalan Biasa

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.

Jawapan calon bagaimana?

"Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini"

"saya sekolah tadika di..., "

"Saya sudah berkahwin dah punyai ....anak"

Bagi saya, jika calon
menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda
calon dan 'disadvantages' buat calon tersebut.

Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-

1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.

2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)

3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.

Saya kira, tiga point tadi
sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga, nama emak,
nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan
ketidakmatangan calon.

Panel biasanya menyoal
soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan
kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan
calon.

Tahap Satu

Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan
dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan
soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih
dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang
diminta.

Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.

Sudah tentu panel akan cuba
menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon
ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain
yang berkaitan.

2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.

Tatkala itu, calon mestilah
bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang
dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.

Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier
di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan
kelulusannya) , dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun
di sebuah syarikat swasta.

Maka calon mestilah
berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan
yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling
kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai
juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat
laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain"

Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.

3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.

Ini soalan yang amat biasa
bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel
menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam
jawapan pastinya banyak membantu,

Kenalan saya pernah
memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang
baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :

"Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya"

Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.

4) Mengapa kerap menukar kerja?

Soalan ini amat relevan dan
penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai
syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya,
'melompat-lompat' .

Mereka pasti akan bertanya
sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam
sektor 'Oil & Gas' pernah berkata kepada saya :

"Semua calon yang dilihat
banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun
atau dua tahun, awal-awal kami dah reject"

Lihat, malah dalam
kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda
dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada
syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.

Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-

1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.

2) Gila pangkat.

3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.

4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.

5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.

6) Kurang kemahiran interpersonel.

Tahap Kedua

Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-

1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.

2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap

3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.

4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.

5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.


Ini adalah antara fokus
utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah sebagai
eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana
jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam
sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran
tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.

Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.

Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.

Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-

a- Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.

Bagi soalan yang memerlukan
fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu
menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.

Bagi soalan yang memerlukan
pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu
perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan
sedikit pergerakan tangan.

Ini tidak, bila ada yang
tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga
semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi
oleh panel seperti katanya,

"Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini"

b- Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang.
Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan
minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif,
tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar
"InshaAllah" dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak
bermotivasi.

Kebanyakkan panel temuduga
ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah
mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa
yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah
seorang calon yang berbakat.

c- Merendah diri.
Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi
semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri.
Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan 'over' tetapi cukup
sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk
jawatanyang dipohon.

d- Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan.
Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri
dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Ia mudah menganggu
debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan
guru sahaja.

Bagi sektor swasta,
kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga
mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang
yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk
dan tertekan.

Tahap akhir

Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon.

Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.

Justeru, 'expected salary' mestilah melihat kepada 'salary scale' di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.

Untuk itu, calon mesti
membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai
contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan
diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja
kilang sahaja.

Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda.

Jika anda seorang yang
cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang
tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan
Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan.

Jika calon meletakkan bawah
dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon
kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.

Jika calon punyai
pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000.
Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon,
dibelakang sudah tentu agaknya.

Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-

1) Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai 'scale' yang berbeza.

2) Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.

3) Jenis Kemahiran
: jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di
pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang
punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui
dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan
permohonan sedikit tinggi.

4) Jenis Jawatan :
Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan,
iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan
lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa.
Semua mempunyai scale masing-masing.

Justeru, calon perlu
merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan gaji jangkaan.
Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,

"Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?"

Jawapan perlu disediakan
dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia terbuka untuk
perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;

"Berapa minimum yang anda boleh agaknya?"

Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.

Oleh kerana biasanya soalan
ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba siedikit
prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan aras minimum
gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan anda juga
kelihatan 'performed' dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji
minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.

Soalan Penutup

Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:

"Do you have any question?" atau " Saudara/i ada apa-apa soalan?"

Kebanyakan calon akan mengatakan 'Tiada soalan"

Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.

Panel sebenarnya ingin
menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda
bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda
seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan
syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat
dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak 'performed' di
peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu
kerana akan membosankan panel.

Demikianlah, beberapa nasihat dan pandangan ringkas saya buat bekalan rakan-rkaan pengunjung http://www.zaharudd in.net/
yang majoritinya beumur 22- 35 tahun. Sudah tentu proses temuduga akan
berterusan dalam usia ini. Harapan saya, ia mampu membantu serba
sedikit persiapan karier anda agar lebih berjaya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-

Åä Çááå ÚÒ æÌá íÍÈ ÅÐÇ Úãá ÃÍÏßã ÚãáÇ Ãä íÊÞäå

Ertinya : Sesungguhnya
Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja,
ia sentiasa memperkemas dan menekuninya" (Riwayat At-Tabrani, terdapat
komentar terhadap seorang perawinya iaitu Mus'ab bin Thabit, Ibn Hibban
men 'thiqahi'nya , dan majority melemahkannya)

Menurut sebuah hadis sohih pula :-

Åöäøó Çááøóåó ßóÊóÈó
ÇáúÅöÍúÓóÇäó Úáì ßá ÔóíúÁò ÝÅÐÇ ÞóÊóáúÊõãú ÝóÃóÍúÓöäõæÇ ÇáúÞöÊúáóÉó
æÅÐÇ ÐóÈóÍúÊõãú ÝóÃóÍúÓöäõæÇ ÇáÐøóÈúÍó æóáúíõÍöÏøó ÃÍÏßã ÔóÝúÑóÊóåõ
ÝóáúíõÑöÍú ÐóÈöíÍóÊóåõ

Ertinya : "Sesungguhnya
Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan (professional, ketekunan dan
ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka
perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka
perelokkanlah cara pemyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat
sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih" ( Riwayat
Muslim, 3/1548 )

Kedua-dua hadis ini
menganjurkan kecekapan dan professionalism dalam kerja. Tingkatkan ilmu
dan kemahiran bermula dari proses temuduga. Moga Allah bersama kita
sentiasa.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharudd in.net/
7 November 2007
26 Syawwal 1428 H

www.al-ahkam. net www.saifulislam. com
www.qualitysunnah. blogspot. com www.abulfadhl. blogspot. com

"al-'ilm: qaala Allah wa qaala ar-Rasul

No comments:

Post a Comment