Saturday, May 23, 2009

Bersama peserta sulaman jumpa dengan Tok Guru




Kesudian TG MB meluangkan sedikit masa untuk berjumpa dengan semua peserta sulaman yang baru sahaja kembali dari Bukittinggi menceriakan kami semua. Bukan senang nak buat temujanji, semetelah lagi semasa kami tiba di Pejabat MB, sudah ada tetamu yang menunggu giliran untuk berjumpa dengan beliau.

Siapa sangka, rupa-rupanya TG MB meminati seni sulaman halus, yang menurut beliau, perasaan suka (seronok, ceria dan gembira) akan terbit di dalam hati manusia apabila mata melihat kepada perkara-perkara yang indah. Beliau melahirkan harapan agar peserta-peserta sulaman ini akan membantu rakyat negeri Kelantan mempelajari ilmu seni sulaman yang telah diperolehi.

Pertemuan singkat ini berakhir seleas sesi bergambar beramai-ramai =D

2 comments: