Friday, May 8, 2009

3D Graphic Designer - diperlukan





Assalamualaikum wbh. PAGI!

Saya ingin menawarkan kepada sesiapa yang mempunyai pengetahuan, pengalaman dan berminat sebagai 3D Graphic Designer untuk bersama-sama menjayakan siri produksi program TV untuk siaran Astro Oasis yang berjodol "PANGGILAN AGUNG - Solat mengikut mazhab Syafie". Rancangan 10 episod x 30 minit ini yang akan disiarkan pada bulan Julai nanti adalah merupakan satu dokumentari mengenai cara-cara melaksanakan solat yang sempurna mengikut mazhab Syafei. Target kami ialah untuk menjadikannya sebagai satu panduan lengkap solat yang menarik, kreatif, menghiburkan, tidak jemu disamping penuh berilmu dengan nas al Quran dan hadis. Hos bagi rancangan ini ialah Ustaz Asri RABBANI.

3D Graphic Designer ini akan bersama-sama saya untuk merancang dan menyediakan grafik 3D berikut:-
1. Grafik latar (background) kerana kami menggunakan kaedah chromakey (green screen),
2. Grafik untuk teks Al Quran dan Hadis
3. Grafik untuk info, tips, FAQ dan lain-lain.
4. Montage

Mudah-mudahan hasil kerja kreatif tuan/puan, sdra/ri akan dinilai sebagai ibadah dan saham akhirat dan InsyaAllah kami juga akan memberi ganjaran.

Boleh join sebagai individu, berkumpulan atau syarikat secara freelance, kontrak atau fulltime.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya Ahmad Izhar Mohd Noor a.k.a Abang AL di talian 016 2382777 atau pejabat 03 614 21 614 , email izharmn@yahoo.com atau izhar@layarconsult.com

Sekian, Syukran.

No comments:

Post a Comment