Wednesday, March 18, 2009

moh keje ngan UM, universiti yang tertua di malaysia hohoho..



JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (BUKAN AKADEMIK)
Description:

IKLAN LUAR (TERBUKA KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA)

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN-JAWATAN BERIKUT:


JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (BUKAN AKADEMIK)

1. PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP41
Jadual Gaji : P1T1 RM1691.67 – P1T27 RM4641.67

(1) Syarat Lantikan :

(a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: P1T1];

ATAU

(b) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: P1T3];

ATAU

(c) bekas Penolong Penguasa Polis Diraja Malaysia atau Kapten Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

(2) Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Keselamatan adalah layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Keselamatan Gred KP41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah :-

(a) disahkan dalam perkhidmatan dan;

(b) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (1) di atas; dan
(ii) lulus Peperiksaan Khas.


2. PEGAWAI SAINS (GRED C41)
Jadual Gaji (Gred C41): P1T1 RM1716.72 – P1T27 RM 4716.86

(1) Syarat Lantikan:

Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred C41: P1T3)

(2) Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal Perubatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan,apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

[Keutamaan diberi kepada calon yang

(i) memperolehi kelulusan cemerlang dengan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Kedua Tinggi (PNGK 3.0 ke atas)

(ii) fasih dalam pertuturan dan penulisan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan memperolehi kelulusan cemerlang dalam matapelajaran tersebut di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia].


3. PUSTAKAWAN GRED S41
Jadual Gaji : P1T1 RM 1688.89 – P1T27 RM 4638.89

(1) Syarat Lantikan:

(a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T3];

ATAU

(b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Lepasan Ijazah Sains Perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T4];

ATAU

(c) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T4];

ATAU

(d) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T7].


4. PEGAWAI KEWANGAN GRED W41
Jadual Gaji : P1T1 RM 1702.81 – P1T27 RM 4688.95

(1) Syarat Lantikan:

(a) ijazah Sarjana Muda dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T1];

ATAU

(b) ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T3];

ATAU

(c) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8];

ATAU

(d) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8];

ATAU

(e) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9];

ATAU

(f) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
[Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T10];

(2) Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Kewangan Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah :-

(a) disahkan dalam perkhidmatan dan:

(b) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (1) di atas;
atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.


5. PEGAWAI DIETETIK GRED U41
Jadual Gaji : P1T1 RM 1999.19 - P1T24 RM 4723.81

Syarat Lantikan:

(a) Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Ilmu Kaji Diet yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred U41: P1T1]; dan

(b) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


6. JURUKARTOGRAFI GRED J41
Jadual Gaji : P1T1 RM 2088.25 - P1T23 RM 4721.03

Syarat Lantikan:

(a) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik Ukur adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Jurukartografi Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

(b) mempunyai pengalaman dalam bidang kartografi. [Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T4 RM2363.77]; dan

(c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


7. PEREKA GRED B41/B42
Jadual Gaji : P1T1 RM 1704.20 - P1T27 RM 4690.34

Syarat Lantikan:

(a) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan

(b) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis.

(c)

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Lukisan pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis; atau

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat prinsipal dalam subjek Lukisan pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis;

atau

(iii) diploma dalam bidang seni lukis dan seni reka yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Requirements:

MAKLUMAT UMUM

1. UMUR:

Syarat Lantikan Terus : Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Syarat Kenaikan Pangkat : Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Secara Lantikan


2. TARAF JAWATAN : Tetap/Kontrak


3. KEPERLUAN BAHASA MALAYSIA:

Calon warganegara Malaysia hendaklah dalam lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat


Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


4. PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN:


Kelayakan yang dikemukakan bagi menyokong permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan.


5. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:


Pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan tersebut di atas adalah tertakluk kepada syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa
serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


CARA MEMOHON


1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang ditetapkan yang boleh di muat turun dari laman web di http://www.um.edu.my/


2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:-

a) Resume;

b) Salinan setiap sijil (yang telah disahkan); dan

c) Borang pengesahan Ketua Jabatan – Lampiran Y dan Laporan Penilaian Prestasidan Kenyataan Perkhidmatan (bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan).


3. Empat (4) salinan borang permohonan yang lengkap diisi (berserta


4 salinan siji/lampiran dan curriculum vitae) hendaklah dihantar kepada


Ketua Penolong Pendaftar, Unit Pelantikan, Bahagian Sumber Manusia, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur tidak lewat daripada 23 Mac 2009.


4. Calon yang ingin memohon lebih dari satu jawatan hendaklah menggunakan borang yang berasingan untuk setiap permohonan.


5. Permohonan berikut TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN DAN DI TOLAK:


a) tidak menyertakan dokumen yang diperlukan;


b) tidak lengkap atau jelas; dan


c) tidak memenuhi syarat kelayakan yang di tetapkan dalam iklan.


CATATAN AM

1. Calon dikehendaki mennyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.


2. Permohonan yang tidak dihantar melalui saluran yang ditetapkan atau diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.


3. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


4. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.


capaian untuk jawatan akademik boley dibuat kat http://www.um.edu.my/career/career.php?intPrefLangID=1&

No comments:

Post a Comment