Wednesday, February 25, 2009

keje kosong kat uitm


1) Syarat Permohonan

  • Bagi jawatan pentadbiran permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Bumiputera sahaja.

2) Had Umur (Pada tarikh iklan ditutup)

  • Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Had umur calon yang memohon bagi kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL), adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

3) Penaklukan di bawah syarat Skim Perkhidmatan :

  • Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaannya dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

4) Syarat Kelayakan Terperinci dan Proses Permohonan Mengikut Jawatan Adalah Seperti Berikut:-

  • SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ON-LINE . Bagaimanapun permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlulah mengemukakan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan masing-masing yang dibuat melalui Ketua Jabatan secara pos mengikut Perintah Am Bab 'A' 21.

5) Cara Memohon

  • Untuk Bukan Staf UiTM

    Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan melalui sistem aplikasi atas talian ("ON-LINE") dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
  • Untuk Staf UiTM sahaja

    Permohonan dari Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana perlantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi atas talian ("ON-LINE") melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf

6) Tarikh Tutup Iklan : 02/03/2009


7) Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga .

  • Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya .

8) Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di sini.


Bahagian Pengurusan Perjawatan
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia

Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
NO.TEL: (03) 5544 3089/3090/3092/3093
NO.TEL: (03) 5521 1613
Email: perjawatan@salam.uitm.edu.my

No comments:

Post a Comment