Saturday, August 25, 2007

Kerja kosong di UPM II

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEKOSONGAN JAWATAN

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN – GRED C41
KUMPULAN : Pengurusan dan Profesional
KLASIFIKASI : Perkhidmatan Sains
TARAF JAWATAN : Kontrak
JADUAL GAJI : Bergantung kepada pengalaman
SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Makanan – Gred C41 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia ;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
(c) memiliki Ijazah Bacelor dalam bidang Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Sains Teknologi Makanan atau Hospitaliti dari mana-mana Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ;
(d) mempunyai Diploma dalam Chef Training, Diploma Hospitaliti atau Diploma Perkhidmatan Makanan dari mana-mana Institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
(e) mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang Chef tidak kurang dari 5 tahun ;
(f) mempunyai pengalaman mengajar Seni Kulinari ;
(g) pernah menjawat jawatan Eksekutif Chef ;
(h) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) Pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
Dan
(i) lulus Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  1. PEN. PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN – GRED C27
KUMPULAN : Sokongan
KLASIFIKASI : Perkhidmatan Sains
TARAF JAWATAN : Kontrak
JADUAL GAJI : Bergantung kepada pengalaman
SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan – Gred C27 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia ;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
(c) mempunyai Diploma dalam Chef Training, Diploma Hospitaliti atau Diploma Perkhidmatan Makanan dari mana-mana Institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
(d) mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang Chef tidak kurang dari 5 tahun ;
(e) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) Pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
Dan
(f) lulus Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON : Permohonan hendaklah dibuat di atas Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di :

PEJABAT AM

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR
TARIKH TUTUP:
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas tidak lewat dari 17 OGOS 2007.
PERHATIAN :
(i) Permohonan yang tidak lengkap diisi atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
(ii) Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemuduga.
(iii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Sekian, terima kasih
SITI IMA MUNIRAH AHMAD
Pegawai Tadbir (Pengurusan Sumber)
B/p Dekan
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan




Boardwalk for $500? In 2007? Ha!
Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games.

No comments:

Post a Comment