Tuesday, July 3, 2007

Report hari ini


Assalamualaikum wrt wbt

Alhamdulillah akhirnya selesai jugak program Seminar Saidatina Khadijah dengan jayanya... Live pun alhamdulillah ok, walaupun hanya mengunakan 3G (bukan GEMUK, GEMPAL & GEBU tau =) melalui webtv Kelantan

Tapi sayangnya... bila dah namanya pun AJK program, aku n sahabat2 lain memang tak dapat nak fokus kepada pengisian program, ke sana ke mari... semuanya untuk memastikan program berjalan lancar... tambahan plak 3 daripada 6 walkie talkie (kami sebut lalat hijau) kehabisan bateri termasuk yang aku punyer... ai... rasa nak patah kaki berkejaran...

Apapun yang terjadi terutamanya semasa pendaftaran, banyak mengajar kami erti kesabaran dan juga macamana nak deal ngan orang ramai... termasuk juga wartawan2... tak sangka plak ramai wartawan datang semalam... tapi tak tahulah berita ni ada ke tak... sekurang2nya sure masuk dalam Sinar Harian...

Walaupun YAB Tuan Guru tidak dapat hadir kerana menghadapi masalah kesihatan namun itu semua tidak mengecewakan kami kerana yang pastinya gamdingan ahli Panel YB Mumtaz, Dr johari Mat dan Puan Fadhilat (CEO PMBK) bersama moderatornya Dr Abdullah Sudin berjaya memberikan input yang besar kepada peserta...

No comments:

Post a Comment