Tuesday, July 31, 2007

Majlis Graduasi + Hari Ibu DiRaja.

Kali ini status YM aku : program seterusnya.... Majlis Graduasi + Hari Ibu DiRaja....

Majlis Graduasi
Kali ni aku agak tension sedikit kerana ada perubahan di dalam protokol majlis.... adusss... walaupun agak sedikit sukar untuk dibuat persiapan grand dalam masa yang tak sampai 2 mingggu ni, aku gembira sebenarnya....

Sebabnya, memang mula2nya aku plan macam tu... cuma bila dikira campur tolak tambah n bahagi... budgetnya agak tinggi... tapi sekarang tidak lagi... open budget...

Maka, 6 hari berturut2 aku bertemankan Kak Huss (ada sekali ngan Kak Nor) keluar mencari bahan dan barang untuk menyiapkan perancangan majlis.... barangkali driver pun dah muak ngan aku...sebabnya, asyik2 aku je yang keluar... hehehe

Ya Allah, tinggal esok sehari sahaja lagi untuk kami menyiapkan apa yang perlu... permudahkanlah urusan Majlis Graduasi PPWK yang akan berlangsung pada 2 Julai 2007...

Hari Ibu Diraja
Program ni sepatutnya berlangsung pada 5 Julai 2007 sempena dengan tarikh hijri kelahiran Fatimah Az Zahra tapi disebabkan Tuanku ampun perkenan pada 7 Ogos 2007, maka nak tak nak terpaksalah kami semua berkerja keras untuk 2 program....

Pening gak... sampaikan selalu tersalah mention bila buat kerja... tambahan pulak tempat berlangsungnya program tu dibuat tempat yang sama juga... iaitu Balai Islam =)

No comments:

Post a Comment