Friday, October 24, 2008

Catatan SERDANG (1)

Sebaik sahaja tamat waktu kerja pada hari ni (Khamis, 23 Okt) aku terus berkemas untuk ke Stesen Api Wakaf Bharu. Aku tak mahu terlambat, semua dokumen yang belum disiapkan, aku minta N_haniey & Nik masukkan ke dalam laptop. Walaupun terasa berat hati nk bawa laptop bersama tapi demi tuntutan tugasan, aku bertawakal kepada Allah Taala semoga dipermudahkan segala urusan.

Alhamdulillah, jalan jammed tapi aku dapat juga sampai jam 5.07 petang di stesen. Masih terlalu awal. Putri Solehah bertanya, apa yang aku nak buat sementara tunggu jam 6.30pm. "Berzikir" Jawabku bersahaja, . Sebenarnya ingin sekali aku minta dia menemaniku tapi memikirkan nanti dia terpaksa balik seorang diri menjelang senja, aku tidak mahu menyusahkan dia. Lagipun apa kata Pok Jo kerna buat kali pertamanya aku tak menghantar zaujah kesayangannya hingga ke tangga rumah =) malah membiarkan dia balik sendiri dengan motorku…

Bagi mengelakkan keboringan dalam musafir kali ini, aku membeli 2 majalah. Satunya Minggu Wanita terbaru. Arni Naziera yang menjadi cover depan rupanya dah bertudung, alhamdulillah. Semoga dia istiqamah. Satu lagi, majalah Anis yang memuatkan pelbagai cerita dan artikel mengenai ibadah Haji. Seronok membaca dalam selang waktu begini. Buku adalah temanku yang paling akrab jika bermusafir sendirian. Jika berdua @ ramai, aku jarang membawa buku. Pastinya nanti tak terbaca kerna asyik berbual @ berbincang ttg agenda yang akan dimesyuaratkan / diprogramkan. Lagi satu, aku tak mahu sahabat kecil hati kerna aku akan jadi pekak dan bisu jika dapat buku... orang sebelah panggil pun tak dengar... hehehe

Hampir jam 6.30 aku keluar dari surau stesen Wakaf Bharu. Penumpang yang menunggu sudah semakin ramai ditambah dgn rombangan lawatan sambil belajar SK Kutan yang akan melawat sekitar KL selama 3 hari 2 malam. Bagus betul inisiatif guru2 ni mengunakan keretapi sebagai pengangkutan. Terasa lucu menengok telatah dan gelagat mereka yang berlari ke sana ke mari dgn membawa beg besar. Kenapa dulu cikgu aku tak guna idea yang sama? Mesti best kan...kan...?

Akhirnya keretapi tiba, dengan penuh semangat aku bangun dari tempat duduk tapi rupanya keretapi lokal yang sampai. Patutla adik yang duduk sebelah aku ni steady je. Aku mula mengelabah, berulang kali aku baca SMS Kak Ya. ”Keretapi no 17 sampai 6.30ptg kt stesen Wakaf Bharu, koc D1, Kabin 2A, Ist Class” . Peluh mula menitik bila Kak Ya tidak menjawab panggilan.

”Ssudoh kijola kali ni, nak dekat Maghrib doh ni, tak maghi lagih”...

Mula lah hati rasa
Menyesal kerna datang terlalu awal
Menyesal tak minta Putri Solehah temankan
Menyesal kerna tak bertanya khabar lanjut dgn Kak Ya ttg perjalanan hari ni
Menyesal tak gi ambik tiket dengan Kak Ya
Menyesal kerna tamatkan perkhidmatan pemberitahuan waktu solat CELCOM kerna aku langsung tak dapat dengar azan disebabkan enjin keretapi lokal membising di landasan tepi terminal perhentian baru...

Dalam debar & kalut, tetiba aku terima SMS dari :
Chena7732 : Salam. Dah naik keretapi?
Adyn : Belum.
Chena7732 : Kenapa? Keretapi jammed ke?
Adyn : Wakaka. Tak tahulah Chena7732, kalu dah azan tlg SMS, sini bising

5 minit kemudian

Chena7732 : Dah azan. Dah boleh berbuka. Ambil wudhu siap2, nanti boleh terus solat dlm keretapi. Jaga HP dan semua barang, takut tok kaba nati.

Adyn : TQ2. InsyaAllah, doakan saya.

Tak sangka pula, keretapi selewat ini. Pukul brapa lah agaknya aku akan sampai ke Serdang esok...? 

No comments:

Post a Comment