Thursday, June 21, 2007

Temuduga

PENGUMUMAN TEMUDUGA :

Semua diwajibkan hadir tanpa sebarang pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN :

Kategori 1. Ahli syurga kekal (permanent)
Kategori 2. Ahli neraka kekal (permanent)
Kategori 3. Ahli neraka sementara (temporary) yg kemudiannya akan
dilantik menjadi ahli syurga setelah memenuhi syarat-syarat
tertentu.

TARIKH :

Bila-bila masa sahaja dari sekarang.Oleh itu anda dinasihatkan agar sentiasa bersiap sedia apabila tiba waktu yg ditetapkan nanti.

LOKASI TEMUDUGA :

Di dalam kubur ( alam barzakh)

KELAYAKAN YG DIPERLUKAN :

1. Anda TIDAK PERLU berperwatakan menarik
2. Anda TIDAK PERLU fasih berbahasa melayu/inggeris/ mandrin
3. Anda TIDAK PERLU bawa sijil/pingat/ pangkat/harta yg banyak
4. Anda HANYA PERLU bawa dokumen asal sahaja - IMAN DAN AMAL

PAKAIAN :

Yang menutup aurat

INSENTIF YG AKAN DIBERI :

1. Kenikmatan syurga yg abadi ATAU
2. Kesengsaraan neraka yg tak terperi

Tertakluk kpd jawatan yg dipohon.

PANEL PENEMUDUGA :

Mungkar & Nakir


Keputusan adalah muktamad. Sebarang bentuk habuan/sogokan/ rasuah dan seumpamanya tidak akan dilayan.

SEMOGA BERJAYA

No comments:

Post a Comment