Saturday, June 9, 2007

Rahmat disebalik sakit gigi....

Hampir 2 minggu aku sakit gigi... semuanya bermula bila aku kata nak buat silent boycot jugak kerana marahkan seorang hamba Allah yang telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya.... bukan pada aku sahaja tapi juga kepada jemaah....

Mungkin kerana Allah masih sayangkan aku... kalau nak ikutkan tak ada sebab untuk aku buat boikot macam tu... so ditakdirkan untuk aku sakit gigi... so agak senyaplah mulut aku dari bercakap disebabkan gigi aku yang memang sakit tahap kritikal...

So sepanjang sakit tu, macam2 lah dugaan datang... dah le tak leh nak bercakap banyak, nak makan pun agak susah... sian kat aku sebab sesekali kena gastrik plak....

Kenapa panjang sangat masa sakit?

1) Gigi tak boleh diubati masa tengah sakit

2) Apointment ngan doktor gigi di HUSM lambat sket.... kalu nak gi swasta, mahu taknya aku kena spare RM200-RM300... huhuhu

3) Aku nak tunggu cabut gigi selepas Muktamar di PUTIK...

Dalam kesakitan ni, aku bersyukur jugak kerana dapat mengelak daripada makan makanan yang terlalu banyak terutamanya ketika menghadiri program... Alhamdulillah badan jadi ringan dan cergas....

Tambahan plak minggu ni aku memang kena outstation hari2... so jadi hari2 memang makan free... Korang bayangkanlah kalu korang jadi macam aku, keluar lawat 2,3 site dalam sehari... pastu dijamu oleh orang kampung.... lepas makan, naik kereta plak... sampai tpt prog... cakap2 sket pastu makan lagi.... huhuhu

1 comment:

  1. slm..kak yani..Allahu yasfiik.. untuk sakit gg...huhu..sakit gg mmg sakit..
    terima kasih bg address blog ni kat yani..yani tag blog akak ni ye..tq

    ReplyDelete