Saturday, June 9, 2007

Kisah sebatang gigi.....

Suatu ketika Nabi Musa a.s. mengalami sakit gigi. Oleh kerana kesakitan yang amat sangat dan tidak tertahan, maka Nabi Musa a.s. pun mengadu kepada Allah SWT. Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. supaya mengunyah sejenis daun. Nabi Musa a.s. menuruti apa yang diwahyukan oleh Allah SWT itu. Tidak lama selepas itu sakit giginya sembuh.

Di waktu lain Nabi Musa a.s. mengalami sakit gigi semula lantas Nabi Musa a.s. mengambil daun yang sama dan mengunyah daun tersebut seperti sebelumnya. Anehnya kali ini sakit gigi Nabi Musa a.s. tidak sembuh seperti sebelumnya. Nabi Musa a.s. melakukannya berulang kali namun sakitnya tidak juga berkurangan. Maka Nabi Musa a.s. bermunajat kepada Allah SWT apa yang dialaminya itu.

Allah SWT memberi jawapan kepada Nabi Musa a.s.: "Wahai Musa, ketika kali pertama engkau sakit gigi dulu, engkau mengadu kepada Aku, lalu Aku sembuhkan kerana sesungguhnya Akulah yang mendatangkan penyakit dan Aku juga menyediakan ubatnya dan aku juga yang menyembuhkan. Apabila sakit gigi engkau itu berulang lagi, engkau terus saja mengunyah daun tersebut sebagai ubat tetapi engkau tidak mengadu kepada Aku seperti kali pertama engkau sakit gigi dulu."

 

artikel ini dipublish sempena kesakitan gigi yang aku alami sepanjang 2 minggu ni...

2 comments: