Wednesday, March 21, 2007

Tawaran Kerja Pegawai Khidmat Singkat di INTAN Kampus Wilayah Timur, Kemaman, Terengganu.

Tuan / Puan,

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa INTAN Kampus Wilayah Timur sedang mengeluarkan iklan jawatan Pegawai Khidmat Singkat (2 kekosongan) untuk berkhidmat di Unit Pengurusan ICT bagi membantu kerja-kerja pembangunan sistem.

2. Kepada tuan/puan yang mempunyai anak-anak, saudara-mara atau rakan-rakan yang berminat untuk memohon jawatan berkenaan bolehlah menghubungi saya di talian 019-9897193 / 09-8629053.

3. Bersama-sama ini disertakan iklan jawatan serta borang permohonan bagi jawatan berkenaan. Syarat-syarat dan kelayakan adalah seperti yang dinyatakan dalam iklan berkenaan. Graduan yang baru menamatkan pengajian juga digalakkan memohon. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mac 2007. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Che Wan Zawawi b. Che Wan Sulaiman
Pegawai Teknologi Maklumat (F41)
INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM)
Bukit Geliga, 24007 Kemaman
Terengganu Darul Iman.

Tel: 09-8629053 / 019-9897193
Fax: 09-8683007
E-mail: chewanz@intim. intan.my



Don't get soaked. Take a quick peek at the forecast
with theYahoo! Search weather shortcut.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum,
    maaf bertanya, mana ea nak dapat kan iklan dan borang .. Syukran

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wrt wbt

    Kepada Cik/Puan Nur Haslaily, sila hubungi Pegawai yang berkenaan sebagaimana yang diiklankan.

    Semoga berjaya

    Terima kasih

    ReplyDelete