Tuesday, March 20, 2007

minta cadangan untuk KEMPEN MENUTUP AURAT

Salam...

Dengan keizinan daripada Allah Taala jua, pihak Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan sukan Negeri Kelantan akan mengadakan satu program yang agak grand bermula pada mei ini. Program KEMPEN TUTUP AURAT.
 
Justeru, pihak urusetia ingin memohon cadangan daripada sahabat-shabat semua untuk memberikan sebarangcadangan nama yang MENARIKSESUAICATCHY, DAN SEWAKTU DENGANNYA untuk program "kempen menutup aurat" yang akan kami adakan nanti..

maklumlah nak bagi tarikan kat anak2 muda kita ini supaya join sama program sebegini. Anak-anak muda sekarang ini tengok nama program saja dah tertarik, maklumlah sikap ingin tahu yang ada pada mereka lebih menguasai diri... harap sahabat semua dapat bagi cadangan.... ;-) ;-) kami harap ianya akan dapat menarik golongan yang masih belum menutup aurat dengan baik , bukan sahaja yang dah baik..
 
juga amat dialu2kan pengisian yang sesuai...nanti jika sesuai kami akan selaraskan dengan perancangan yang sedia ada.. Secara asasnya, program akan dibuat pelancaran dan karnival di peringkat negeri selama 3-5 hari dan akan dibuat di peringkat zon terpilih pulak lepas tuh...insya Allah..harap dapat dimudahkan oleh Allah Taala
 
kami yakin...sahabat2 semua dapat mengutarakan idea2 yang menakjubkan. Insya Allah
semua cadangan harap dapat diutarakan sebelum 5 April nih..tq

syukran.. moga ianya dikira sebagai amal jariah disisi Allah Taala
 
Salam;
Urusetia pembangunan wanita, UPWBS

No comments:

Post a Comment