Sunday, March 11, 2007

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI TELEKOM MALAYSIA BHD (TM)

From: Zainuddin Ishak, Hj
Sent: Thursday, March 08, 2007 9:17 AM
To: .All; .All GM
Subject: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI TELEKOM MALAYSIA BHD (TM)
Importance: High

Ruj Kami : ( 20 ) HR SSO/EMS/REC/ IKLAN/4 8 Mac 2007
YBhg Datuk/Dato'/ Datin/Tuan/ Puan
Warga TM
Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Telekom Malaysia Bhd (TM) mempelawa anggota-anggota kumpulan TM (TM Group), saudara-mara dan sahabat handai yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di TM seperti berikut:
1. Pembantu Pegawai Teknik
2. Pembantu Pegawai Pemasaran
3. Pembantu Pegawai Pentadbiran
4. Pembantu Pegawai Akaun
5. Pembantu Pengatur Rancangan Komputer
Maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan tersebut adalah seperti fail yang dilampirkan.
Bagi anggota Kumpulan TM, permohonan perlu dibuat menggunakan Borang Permohonan Anggota Dalaman (Borang PD - HR SSO) dan mendapat perakuan Pengurus Besar/Ketua Bahagian beserta Career Profile dan salinan-salinan sijil kelayakan yang telah diakui sah. Pemohon mestilah telah disahkan dalam jawatan semasa. Bagi calon luar pula, hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan TM beserta resume terkini dan gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) . Sila tulis Kod Jawatan yang dipohon di penjuru sampul surat.
Semua permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:
Ketua
Employee Management Services
HR Shared Service Organization (HR SSO)
Aras 10 (Selatan)
Menara TM, Jln Pantai Baharu
50672 Kuala Lumpur
(up: Puan Hajjah Kamsiah Abu)
Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan dipertimbangkan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Mac 2007. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya tuan/puan tidak dihubungi atau menerima sebarang maklum balas dari kami dalam tempoh dua (2) bulan, adalah dianggap permohonan yang dikemukakan tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi HR Helpdesk 1-800-88-9779 (untuk anggota dalaman), 03-77117700 (untuk calon luar) atau emelkan kepada hrhelpdesk@tm. com.my
Sekian. Salam hormat
"HAYATILAH KRISTAL KITA"
t.t.

HJ. ZAINUDDIN BIN ISHAK

Pengurus Besar
HR Shared Service Organization

No comments:

Post a Comment