Saturday, August 9, 2008

Nisa' Kelantan miliki 'Vila Nisa'

Nisa' Kelantan miliki 'Vila Nisa'PDF
Tue | Aug 08, 06 | 06:34:34 PM 
Oleh Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 8 Ogos (Hrkh) - Badan sukarelawati, Nisa' Kelantan mencatat sejarah apabila mempunyai bangunan sendiri yang menempatkan pejabat dan pusat kegiatannya dikenali 'Vila Nisa'.
 
Pengarah Nisa' Kelantan, Salwati Mohd Arifin berkata, vila berkenaan mempunyai empat bilik terletak di Kampung Telok Baru, Guchil Bayam, dekat sini.
Katanya, Vila Nisa' bakal beroperasi 24 jam selepas dirasmikan tidak lama lagi. Difahamkan Nisa' Kelantan adalah yang pertama di negara ini mempunyai vila sendiri.  
 
"Bagaimanapun sekarang kita belum lagi menetapkan tarikh perasmiannya. Dengan adanya vila ini, pelbagai program bakal diadakan di situ antaranya kelas fardhu ain, kaunseling atau bimbingan akhlak dan tuisyen untuk membantu golongan remaja," katanya di sini.
 
Beliau berkata, Nisa' memberi penekanan dari segi ilmu pengetahuan untuk membantu golongan remaja khususnya bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan.
 
Salwati yang memikul tanggungjawab berkenaan pada Jun lalu memberitahu, terdapat tiga unit penting yang menjadi agenda gerakan Nisa' iaitu Unit Unit Khidmat Kaunseling, Unit Kerjaya dan Unit Pembangunan Insan.
 
Beliau berkata, selepas pelancaran Nisa' peringkat negeri tahun lalu, sehingga kini lebih 800 remaja Kelantan telah mengganggotai unit sukarelawan tersebut antaranya di Tumpat, Pasir Puteh dan Pasir Mas.
 
"Setiap kawasan parlimen disasarkan sebanyak 200 ahli. Kita yakin jumlah keahlian akan bertambah apabila majlis pelancarannya diadakan di semua jajahan dalam masa terdekat ini," ujarnya.
 
Menurutnya, sehingga kini pelbagai program dan bengkel telah dianjurkan Nisa' di peringkat negeri termasuk kursus kepemimpinan membabitkan golongan remaja.

No comments:

Post a Comment