Pak sedara ma yang mana satu pulak ni,
seingat aku Tuk saudara aku yang satu2nya aku sempat kenal (semasa hayat ni) hanya sorang je... tu pun dah meninggal...
Rupa2nya Ar Rahn kena rompak...
MasyaAllah berani betul pencuri tuh...
Tok Guru minta pencuri tu pulangkan balik harta2 yang dirompak sebab tu harta orang miskin. Baca laporan Utusan kat bawah :
Nik Aziz minta pencuri kembalikan harta orang miskin
KOTA BHARU 11 Ogos - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pencuri yang melarikan barangan kemas daripada pajak gadai Islam, Ar-Rahn cawangan Kota Bharu agar memulangkannya semula kerana mereka merampas' harta orang miskin.
Beliau yang begitu kecewa dengan kehilangan barangan kemas dianggarkan bernilai jutaan ringgit itu berkata, biarpun hanya orang yang terlalu jahat melakukannya, mereka sewajarnya turut mempunyai sedikit timbang rasa.
``Harta yang dilarikan bukan harta kami (kerajaan), tetapi harta orang miskin, mereka bawa barang cagaran untuk dapatkan sedikit wang tunai, mungkin buat belanja anak belajar, rawatan hospital atau kenduri kahwin.
``Mereka cuma perlukan RM500 atau RM1,000, tetapi kamu rompak, tolong fikirkan kesusahan mereka yang berusaha mengumpulkan wang dengan memerah keringat, bertani atau berniaga,'' katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Utusan
Aku sendiri berharap, semua pencuri tu akan pulangkan semua barang sebagaimana yang diambil.... Sebab barangan yang diambil tu bukan sahaja bernilai dari RM tapi juga nilai kenangan. Bayangkanlah kalau yang dirompak tu barangan kemas mak kita yang dia beli dari mas kahwin @ duit simpanannya yang berdikit2. Kemudian terpaksa digadai untuk kita untuk menyambung pelajaran... Bukan sahaja mak yang menangis, aku pun akan menangis sama...Robin Hood zaman moden ni suka curi harta orang miskin....
Siaplah korang nanti bila terkena doa orang dizalimi...
Aku pun tengah geram gak ni, ada orang kebas side mirror motor aku... geramnyer aku, mentang2lah hari ni pak guard bagi kelonggaran untuk orang awam keluar masuk sebab ada program, sempat lagi korang (pencuri) buat projek yer....
Semoga penjenayah itu insaf dengan sifat tamaknya itu
ReplyDeleteMasim mulut Tok Guru nanti boleh memberi malapetaka kepada yang terlibat
amin
Sayu betul tengok wajah Tok Guru kat atas, kebetulan masa wartawan tanya lagi sal Ar Rahn tu, aku ada berdekatan... sempat snap wajah beliau saat itu...
ReplyDeleteMungkin terbayangkan wajah2 orang miskin yang..... pilu...
kchik pun terkejut baca paper kemarin. begitu sekali Tok Guru merayu perompak2 tu. semoga Allah buka pintu hati depa untuk insaf dan taubat, pah tu pulangkan balik harta2 tu.
ReplyDeleteKesian ko ore miskin....
ReplyDeleteTapi kesian jugak kepada pencuri2 tu... tunggu masa jah tu nak kena bala...!!!