Adalah dimaklumkan bahawa satu program pemilihan dan pengambilan tenaga akademik bagi tawaran Program Pengambilan Tenaga Akademik Secara Berpusat akan diadakan seperti berikut:
Tarikh | : | 26 hingga 28 Mei 2007 |
Masa | : | 9.00 pagi hingga 4.00 petang |
Tempat | : | Stesen Sentral KL |
SYARAT- SYARAT
Lantikan Terus Ke Jawatan Pensyarah
Bidang dan syarat-syarat pelantikan adalah berdasarkan kepada bidang dan syarat-syarat pelantikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang boleh diperolehi di laman web berkenaan.
1. | Warganegara Malaysia; |
2. | Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya |
3. | Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Memiliki CGPA 3.0 ke atas atau kelas kedua ke atas; |
4. | Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi biasiswa peringkat pengajian Sarjana; |
5. | Berumur tidak melebihi 40 tahun bagi biasiswa peringkat pengajian Doktor Falsafah; |
6. | Bebas daripada tindakan mahkamah/ tindakan tatatertib; |
7. | Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada lain-lain penaja; |
8. | Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain; |
9. | Diterima masuk ke Universiti yang mempunyai ranking/ rating yang ditetapkan; |
10. | Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris â€" TOEFL 600 (Paper base) atau 240 (Computer base) atau IELTS (5.0) |
** syarat-syarat 9 dan 10 hendaklah dipenuhi sebelum pelajar ditawarkan biasiswa.
No comments:
Post a Comment