Monday, January 25, 2010

Menjual Pakaian Branded kanak-kanak - murah

Assalamualaikum.
 
sila lah lawati blog pakaian branded kanak2 spt:-
 
 
jika ada apaper pertanyaan , sila email kepada saya:-
 
 
Semoga anda sentiasa dirahmati-Nya...
 
Wassalam.
 
 


Yahoo!7: Catch-up on your favourite Channel 7 TV shows easily, legally, and for free at PLUS7. Check it out.

Saturday, January 23, 2010

Walk in interview : Petugas Sekretariat Misi Cakna Palestin (ESOK)


Hubungi USt Wan Sharafi : 019-9849033

Tarikh : 25 Jan 2010
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tghari
Tempat : Pej Ust Wan Sharafi, MPKB

Bidang Tugas :
1) Menguruskan Sekretariat Misi Cakna Palestin (MCP)
2) Menguruskan program-program terdekat MCP

Kriteria :
1) Lelaki @ Wanita
2) Mempunyai lesen kenderaan/ ada kenderaan satu kelebihan
3) Boleh bekerja tanpa mengira masa kerja rasmi

Kontrak : 3 bulan (sepenuh masa)

Elaun : RM 800.00

Biasiswa Kecil Yayasan TM 2010


Assalamu'alaikum.
Dapat emel ni kat office.
Siapa2 yg layak & berminat bolehlah apply.

 

 Ruj       :   YTM  4/Pekeliling/2010 

 Tarikh   :   21 Januari 2010

 

 

           

                                                                                                   PEKELILING YAYASAN TM NO. BIL :  01/2010    

 

Assalamualaikum and salam sejahtera.

 

 

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

 

Sukacita Yayasan TM mempelawa anak-anak anggota Kumpulan TM dan pelajar-pelajar dari sekolah bantuan penuh kerajaan yang mendapat kelulusan akademik yang cemerlang dalam UPSR dan PMR tahun 2009 serta aktif dalam ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan TM. Permohonan adalah terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2010 sahaja.

 

Permohonan hendaklah dibuat secara aplikasi dalam talian dengan melayari laman web Yayasan TM di alamat http://ytm.tm.com.my mulai 2Januari 2010. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Februari 2010. Bersama-sama ini disertakan iklan bagi permohonan Biasiswa Kecil Yayasan TM untuk rujukan.

 

 

Terima kasih  &  Salam hormat,

 

DR  ZAINAL ABU ZARIM

Setiausaha

The Board of Trustees of Yayasan Telekom Malaysia, Registered

 

 

 

 

 

s.k.             

 

                        Y. BHG. DATUK DR. HALIM BIN SHAFIE           

                         Pengerusi TM

           

Y. BHG. DATO' ZAMZAMZAIRANI MOHD ISA

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

 

EN. MOHD KHALIS ABDUL RAHIM

Chief Human Capital Officer

 

 

 

Friday, January 22, 2010

Karier @PTS

1. Eksekutif Jualan 2. Eksekutif Kanan Kawalan Kredit 3. Pembantu Akaun 4. Editor Fiksyen Hantar resume ke hrda@pts.com.my ataupun lawati laman web kami http://www.pts.com.my



Wednesday, January 20, 2010

keje kosong di UIA

Salam...keje kosong di UIA. moga dapat membantu...utk lepasan poli pun ade utk jwtn technician.

Wednesday, January 6, 2010

Aktiviti Nisa Kelantan bg 2010

1.Jambori Nisa' KELANTAN : terhad untuk 500 org peserta shaja


* hanya yg bergelar HAWA shj berumur antara 15-35 thun shj...

Pengembaraan bermula pada ; 11, 12 dan 13 MAC 2010

Insyallah jambori ini akn di adakan di pinggiran HUTAN



2. HARI UNGU: Konsert Nisa' KELANTAN 2010..



insyallah pada 19 dan 20 MAC ni..



19hb mac 2010 adalah rehearsal konsert nisa' peringkat Negeri 20hb MAC 2010 adalah pertandingan KONSERT NISA' peringkat Negeri Kelantan

hadiah pertama sampai RM1000 dan akan berpeluang mewakili KELANTAN utk bertanding di peringkat Kebangsaan...hadiah...dijangka RM3000



Konsert Nisa' ni terbahagi kpd 2 kategori iaitu solo dan berkumpulan..pemilihan lagu adlh bebas asal tidak berlebihan...

*syarat pertandingan akan dimaklum kemudian...rajin2 la buka blog ni....



3. Pertandingan Pidato peringkat Negeri pada 3 julai 2010

* bertujuan untuk mencukil bakat bakall2 pemimpin negara...



4. Kembara Anak Muda.. KEMBALI LAGI....

*akan dimaklumkn kemudian



5. Nisa' Small Kindness..



10 april 2010 - Hospital K. Krai

8mei 2010 - Hospital Tumpat

12 Jun 2010 - Hospital Pasir Mas

7 Julai 2010 - Hospital Gua Musang

11 Sept 2010 - Hospital K. Bharu

09 Okt 2010 - Hospital HUSM

13 nOV 2010 - Hospital Machang

11 Dis 2010 - Hospital Pasir Puteh..



*kita adalah bersaudara.....sama2 kita berkongsi rasa dengan penghuni2 wad...hulurkn kasih dan sayang kpd mereka...ingin bersama kami???

Tuesday, December 29, 2009

nak ajar ngaji?




salam..

sape nak ajar mengaji...



details:
1) alamat:
No.6, Jalan Bukit Impiana
Off Jalan Kuda Lari B,
Bukit Impiana, kajang

(kat Country Height,kajang)

2) syarat: perempuan

for more details..... plz contact sy, sakinah:0196691509 atau direct dgn Pn.Zihan : 0122215590



Fwd: [Sahabat] JAWATAN KOSONG


 

Asalamualaikum


Minta laluan tuan moderator


Kepada semua yang sedang mencari pekerjaan

ACCOUNT CLERK

CLERK

HOUSEKEEPING

TECHNICIAN ( BERPENGALAMAN DALAM PEMASANGAN FIBER OPTIK)

Pejabat di Taman Malawati

Sila hubungi Salizam

TEL 0166267326

TEL 0166267626


shukran

Sila hubungi atau hantarkan butir2 peribadi/ CV

SALIZAM

TEL 0166267326

TEL 0166262676


shukran

__._,_

Monday, December 28, 2009

Lagi Guru diperlukan!!

Salam...kepada sesiapa yg berminat sekolah SRI AL HAFEEZ PASIR MAS, memerlukan guru bagi mengisi jawatan sebagai guru B.INGGERIS, MATEMATIK & SAINS..satu temuduga secara "WALK IN INTERVIEW" akan diadakan pada hari Sabtu (2 JAN 10) jam 2-5 ptg di SRI AL HAFEEZ...untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: 0199383688

Guru Bahasa Arab diperlukan

Sek. Madinatul Ilmi, Kubang Krian memerlukan guru Bahasa Arab bagi sesi pembelajaran 2010.
- Sesi pembelajaran adalah dari pagi- petang
- Gaji bulanan: RM600

BERMINAT??

Hubungi: kak ni (0139837262)

Erm... macamana agaknya di Padang Mahsyar nanti




CROWDED STATIONS IN CHINA

Wednesday, December 16, 2009

Fwd: Kerja Kosong! Cikgu Tadika PASTI.

Assalamualaikum,

sahabat2 alumni esq sekalian, moga semuanya sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah swt..

SEGERA! Kerja kosong- Cikgu Tadika Pusat Asuhan Tunas- Tunas Islam (PASTI) Al- Hikmah, Bandar Putra, Kulai, Johor.

Berminat? sila hantar resume kepada saya, Nurul Syuhada di syuhada_syuk88@yahoo.com atau hubungi  07- 5989811.

Terima kasih.



Thursday, December 10, 2009

Akhirnya...


Sebenarnya aku tak berniat nak marah-marah kat operator TM Net hari tu...

Tapi disebabkan sudah berkali-kali aku buat aduan tentang kerosakan
line telefon rumah sehinggakan internet tak dapat berfungsi seperti
biasa...
Boring betul bila terpaksa ulang balik story yang sama berulang-ulang kali...


Memang aku naik hantu masa tengah bercakap dengan operator, sampaikan 3
orang operator terpaksa melayan aku untuk menjelaskan tentang
kemungkinan-kemungkin yang menyebabkan kerosakan line tu...
Tapi sayang, aku dah tak termakan dengan semua penjelasan2 tu sebab aku dah banyak kali diberikan skrip yang sama...

Sebenarnya memang tak berniat nak marah pun...

  1. Cuma malam tu, adik aku yang duk di Mesir nak berYM dengan family...
  2. 2,3 hari sebelum tu, sepupu aku datang jauh2 ke rumah semata-mata nak guna internet...
  3. Hphone aku mula kena barred sebab tak sempat nak pergi bayar bil di kaunter (termasuk bil-bil yang lain)
  4. Terpaksa guna Broadband Daily @ Weekly untuk alternatif (secara tak langsung menambahkan bil yang perlu dibayar)
  5. Blog aku dah lama tak update
  6. dan yang akhir sekali aku dah tak larat nak bayar bil internet jika internet langsung tak leh guna...


Setiap kali buat aduan, aku mesti kena sahkan no hphone tapi juruteknikal selalu call guna telefon rumah. Jadi, banyak misscomunication, aku yang buat aduan , tapi orang lain plak yang terpaksa menjawab bagi pihak aku.

Alhamdulillah selepas peristiwa tu, operator selalu maklumkan
tentang perkembangan-perkembangan tugasan mereka melalui Handphone aku.
Jadi terubat sedikit rasa sakit terhadap mutu perkhidmatan TM Net...

Jika sampai akhir tahun ni, Streamyx ni masih tidak boleh digunakan, baik aku BERCERAI sahaja dengan TM Net... buang masa, buang tenaga dan yang paling sadis sekali, terpaksa juga MEMBAYAR walaupun perkhidmatan tidak boleh digunakan... 

TM Net ni bayar zakat tak? Kalau bayar, aku rasa boleh diHALALkan duit-duit yang aku tak relakan pergi tu...

Tapi malam ni, bila sampai di rumah...
Adik aku kata;
"Long, lampu ADSL dah hidup.... "
Yahooooooo internet sudah stabil...

So TM Net, jodoh kita masih
ada...

Oleh kerana terlalu gembira, aku masih lagi online sekarang ni...
Walaupun aku tahu risiko demam selsema akan lebih teruk lagi jika aku tidak cukup rehat...