Sunday, March 4, 2007

GRAPHIC DESIGNER

http://protemp.com.my/vacancies/graphic_designer.htm

We are looking for a talented and versatile graphic designer with minimum two years experience in graphic design.

This position is intended to serve the need of the Group whose core business is in the planning and production of trade exhibitions and conferences. The design team is also responsible for design and production of marketing and promotion collaterals for our customers from diverse industries.

Responsibilities
• Reports to the Creative Manager.
• Conceptualize and create new and innovative designs and layouts for print media eg. brochures, leaflets, posters, buntings, press advertisements.
• Co-ordinate production process such as development of artwork, color separation and printing, and conduct site visits when necessary.
• Working on several projects at one time and meet deadlines.• Effectively organize and prioritize work assignments to stay on schedule.

Requirements
• Ability of demonstrate creativity in design and layout.
• Degree/Diploma in Graphic Design or equivalent.
• 2 years of working experience in graphic design.
• Fluent in English.
• Able to work independently.
• Able to work after office hours when required.
• Interact and communicate well with team members.
• Complete operational knowledge of Adobe Photoshop and Illustrator

Please submit a complete CV c/w a passport size photograph. Also, include the following information in your CV :
- Indicate which industry you are most knowledgeable in- Reasons for leaving current and/or last employment- Last drawn/Current salary- Expected salary- Date of availability and/or notice period required to present employment

Email/Fax or snail mail to :Protemp Exhibitions Sdn. Bhd.38-3, Jalan PJU 5/9, Dataran SunwayKota Damansara, 47801 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan, MalaysiaTel: (603) 6140 6666 Fax: (603) 6140 8833
Email:mailto:jobs@protemp.com.myAttention: The Group Project Director

Only shortlisted candidates will be notified

Nota Buat Si Pemarah

 

 Bohonglah jika kita kata kita tidak pernah marah.Marah merupakan suatu emosi yang subjektif dan kadangkala sukar diduga.Marah merupakan perkara biasa dalam hidup manusia tetapi menjadikan seseorang itu luar biasa adalah cara dia mengawal kemarahannya.

 

 Pelbagai cara manusia  melepaskan rasa kemarahannya .Ada yang menunjukkan dengan perubahan emosi yang ketara pada wajahnya .Ada pula yang mengambil sikap berdiam diri sahaja .Ada yang tidur.Ada pula yang makan berlebihan tetapi yang berbahaya sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan yang serius.

 

 Daripada Sulaiman b.Sharad r.a katanya , dua orang lelaki sedang memaki hamun.Melihatkan itu , lalu Rasulullah S.A.W bersabda:-
 
 Sesungguhnya aku tahu satu kalimah yang kalau dia
membacanya , nescaya hilang marahnya.Kalimah itu adalah “auzubilla himinasy syaitonirrajim” yang bermaksud “Aku berselindung dengan Allah daripada kejahatan syaitan yang terkutuk”

 

 Pesanan Rasulullah yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa bagimda bersabda bahawa :-

 

Yang bernama Pendekar itu bukanlah orang yang menjatuhjan lawan tetapi Pendekar sejati ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah”,

ERTI PERSAHABATAN. .


Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan
dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. . Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah.. ..

Sahabat Yang Soleh

SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN

TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH
DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN..

Sunday, February 25, 2007

aku, sukarelawan & Nisa' Games 2007


Adyn, tlg summarize Nisa' Games untuk akak...!

uishh... berat tanggungjawab ni, disebabkan masa yang ada aku disibukkan dgn majlis pghargaan untuk petugas Nisa' Games, so aku berjanji akan cerita secara bertulis dlm blog aku...
erm... hari ni, aku bersyukur krn ada masa sedikit sambil mendengar Sidang DUN yang panas gak skali skali perbahasan tentang pelaburan Kerajaan Kelantan terutama dalam Takaful Kifalah untuk warga Emas.

Nisa' Games telah berlalu dengan jayanya... sampai ke hari ni pelbagai liputan dan artikel yang berkaitan yang boleh dibaca. Rujuk 3N.

Untuk penganjuran Nisa' Games ni melibatkan AJK dr Nisa' Malaysia & juga Nisa' Kelantan. Terharu sungguh bila mengingatkan kembali pengorbanan AJk Nisa' Malaysia yang saban hujung minggu berkampung di Kelantan bagi menjayakan Nisa' Games. Tq to kak Mas and team.

Pelbagai macam ragam dan masalah yang tempuhi... 3 minggu terakhir adalah minggu paling stress... di kala sahabat2 lain yang sibuk menfokuskan kerja kepada Nisa' Games, aku masih lagi duk sibuk turun survey bakal tempat projek PPWK...

Akhirnya Che Na, izinkan aku freez semua kerja2 unit seminggu sebelum Nisa' Games... alhamdulillah aku dapat menumpukan sepenuhnya tapi dengan keadaan yang agak kelam kabut....

Di sini, aku diamanahkan untuk mencari 200 orang sukarelawan untuk semua unit yang terlibat dengan Nisa' Games.

Mencari 200 orang sukarelawan... kekadang membuatkan aku sungguh tensen dan hampir hilang sabar (ada yang tarik diri pada saat2 akhir), tetapi mengingatkan inilah mad'u aku yang paling senang & paling hampir, aku sabarkan juga diri ini untuk melayani kerenah mereka ini...

Setengah orang menyangkakan tugas aku berakhir apabila sukarelawan diserahkan Ketua Unit masing2 tapi sebenarnya banyak kerja lagi... banyak masa aku habiskan dengan membantu unit2 lain, just on call kalo ada rayuan & bantahan dalam Unit permainan, tapi yang ni, Pengurus Permainan dapat settlekan...syabas to Kak Juwai, Ibah, As, dr Zura, Sam & Kak Nor Rohani.

Dalam banyak2 kontigen, Negeri Sembilan dan Melaka yang paling kasihan, mereka tiba lambat dan banyak game yang mereka miss tapi nak buat macamana... rayuan dan bantahan memang tak diterima... sebab syarat2 penyertaan telah dipersetujui. Tak pelah Kak barian & Jamilah, lain kali dapat awal ek...

Malamnya aku bertugas sebagai pengiring di atas stage utama... duk dekat Ruqayya hehehe... selepas selesai sudah majlis perasmian, barulah aku dapat makan... best sungguh roti jala & kuzi

untuk first day ni, aku tak sentuh nasi langsung, just minum air (aku rasa dah hampir satu kotak air mineral aku togok hari ni, tak sempat nak makan, kejap2 ada orang call minta itu & ini)... tapi aku kalo ada sukarelawan yang tak makan, aku siap mengepek suruh makan, bukan apa, aku takut meka ni pengsan masa tgh2 buat kerja... siapa yang susah, aku gak....

aku tak larat nak tulis lagi... nati aku sambung lagi InsyaAllah

Wednesday, February 21, 2007

ayoh ku di hospital...

Semalam ayah ku di HPRZ 2 Wad Chempaka, Kubikel D, katil 20... nak jadi crite terkena sabit yang dia guna mencerut rumput untuk kambing2 kesayangannya...

Disebabkan kitaorang adik bradik yang ada kat rumah tak reti bawa keta... so ayah aku sendiri yang drive g spital... hahaha lawak pulak bile tringat....

Adik aku yang duk Ganu plak yang balik...sebab dia sorang jah yang reti bawa keto.... hehehe

Ermmm... nampak cam parah tapi ayah aku ni siap tunjuk2 kat orang yang satu wad ngan dia kecederaan yang dia tanggung tu... doktor kata kena operate sebab ado urat yang terputus... kitaorang ni habis rungsing

Ingatkan nak tunggu dia kat spital... tapi dia suruh kami adik bradik balik... mak aku pun dia suruh balik... memandangkan dia tak apa2 aku pun balik lah...

Doktor suruh ayah aku start pose jam 4 pagi, tak bagi hisap rokok dan bla..bla..bla... masa nak tinggalkan dia, aku kasi sket duit tapi rungsing a... kang dia p cari rokok lak... ai... tawakal je lah...

terima kasih kepada sahabat2 yang mendoakan kesejahteraan ayah ku... terima kasih semua.... ni sms antara sms yang aku trima dr sahabat :

Adyani, semoga operation ayah awk bjalan dgn lancar.semoga doktor yg akn operate ayah awak hatinya tenang.Semoga awk sekeluarga berdoa dan bertawakal kpd Nya (Kak Ani)

InsyaAllah, jika kesembuhan itu > baik utk dia, moga Allah sembuhkan. Sebaliknya pasrah (annajmwalqamar)

Adyani, jaga ayah. Moga cepat sembuh ( K Muna)

Allahuakbar, sabar ya adiyani. InsyaAllah kami doakan.Apa2 bagi tahu ya.Take care n bykkan zikir ya. (K mas)

Tuesday, February 20, 2007

Ucapan TAHNIAH untuk Nisa' GAMES

TAHNIAH atas kejayaan penganjuran Nisa' Games. lepas ni boleh rancakkan lagi 'komuniti' Nisa dengan buat jalinan Nisa Gang (I.Halim)

Sy adalah org yg b’tuah krn t’pilih m’jd sukarelawan krn ramai lg sedih krn tak t’pilih,sy hrp k.yani akan maklum kpd sy jk NISA’ anjur prog…NISA’ BOLEH… takbir
(014-8319330)

Sama2. T.q sbb beri peluang. Pengalaman t’sebut akan sy kenang selamnya.Sori jika ada slh s’pjg sy jd krew. T.q (017-9059752)

Terima kasih krn beri peluang kpd sy untk menambah pengalaman dn moga2 Nisa’ Games terus cemerlg pd masa hdpan (013-9804495)

Terima kasih… Semga bjumpa lg… (019-9109215)

Tahniah kpd kak2 smua krana mjdkn NISA” GAMES 2007 1 realiti n dpt bjln dgn lncr… trima kasih utk smua pglmn y sgt2 bharga n x tnilai y xmgkin dpt kami kutip dtppt lain. You all have done a good job… maafkan kami jika ada sbrag kslpn y xdsgajakn. LOVE u ALL. Thanks a lot… -NISA’ CREW (P&P) (017-4690354)

Sy rs brtuah sgt sbb… Dpt ‘be a part 2this program’ smemangnbya nisa’ games tlh melakar satu lagi episod kenangan trindah bt amalin… Trutamanya dpt main bowling ngn mt nisa’ kak ni, kak sofea, and kak asiah… lastly, ada program nisa’ nnti, kak yani jgn lupe inform erk… Ok kak yani, ada ksulitan skit2, no problem. Jupe lg nisa’ games akn dtng. Majulah nisa’ selamanya! Wasalam. (019-3182581)

Salam. kak bco x NST hr ni.page 14.ado news psl Nisa' Games.congrate 4 orgnsin a successful n great games! (Sue UM)

Slm.adik-bradik nisa' yang kukasihi krn ALLH.. tima kasih atas sgla lukisan pgalaman bkerja bsama kalian, maaf atas sgala khilaf n kkurangan drku spnjg brtugas... syabas n tahniah ats komitmn kalian, truely, most of u have doned great job... insyaAllah Nisa' mberi impak n credit y besar kpd jemaah n Islam khususnya... stay cool n smile, y penting sentiasa muhasabah diri, n ikhlaskan diri kerana ALLAH (Aeiceci)

Ti, ainani, Che Na, Husna,Ayu.Adyani, Nor danadik2ku di kelantan. K Muna dan adik-beradik nisa kat sini ucapkan trima kasih dan maaf atas sgl kekurangan pd u all. Kami bangga dpt dreamm team mcm u all. Jaga diri, hiasi peribadi. InsyaAllah, setkan minda yg kita brjuang krn Allah dan lksanakan amanah nisa bersama2 (K Muna Izzah)

Allah gives hope to those who dream, HE gives miracle to those who believe, HE never let down those who trust, and HE never leave those who walk in HIS path. Maaf atas sgl kekurangn, salah & silap spnjg kt bsahabat & bkerja dlm NISA" GAMES. Thanks 4 everything. Allah give us more than what we think.Ilalliqo'... (Dijah)

Salam,sy br baca msg2 pg ni.Semlm mmg knocked out x sdr apa huhu.Tnx kpd awk,handle adik2 petugas dgn baik,dgn motivasi skali. Jupe lg deh (Elza)

'Intansurullaha yansurukum wa yuthabbit aqdamakum" Nisa' Games... Moga tautan hati lillah terus menyemarakan jihad (K Juwai)

Salam, tahniah di atas kerja buat kita semua dlm menjayakan nisa' games 2007 ini. sokongan & dokongan kaian akan terus membangkitkan semangat - nisa' dream team kelantan akan terus berjaya insyaAllah. Kesabaran pasti membuahkan hasil yang manis dan amat berharga. tahniah untuk semua - tanpa anda semua kita tidak akan berjaya (waqey76)

Bangga menjadi sebahagian dari pasukan gerak kerja, mengenali NISA' buat hati terpaut. InsyaAllah perjuanganku bermula di sini...(ereen)

Syabas dan tahniah untuk semua (K Afaf)

Tq adiani tq sgt2 ya coz byk tlg kami.Terharu sgt. Nanti kita keep in touch ya dear. We miss u n take care cay ( K Mas)

Sayang adiani ! (Yder)

MAbruk/tahniah! moga perjuangan ini dinilai ALLAH jua,sbg sebahagian sumb. kpd Islam (Lenny Kuaniasih)

Salam.Tahniah & syabas kpd smua ajk yg mjayakan NISA" GAMES 07. Mg usaha kita smua mdpt keberkatan ALLAH, bjuta kmaafan 'alaikum (Che Yus)

Sme2, kami sentiasa akan berkhidmat untuk Nisa'...dan kami sentiasa bersamanya (013-9113553)

Alhamdulilklah. TAHNIAH n SYABAS ats komitmen semua ats kerja2 Nisa ' Gmes 2007. Moga Allah terus berkati kita sokmo. Ini semua ats berkat usahasama semua.Tq Allah (Che Na)

InsyaAllah... k adyanie nie no fon ayah sy n nie no sy 017-6598483... hrp maaf

Askum k adyanie, nie anis 017-9051149, akak, anis nk ucap trma ksh byk2 krna mberi pluang kpd budak maahad utk mjd sukarelawan dn anis juga mohon mf jgk klu kami semua tdk mberikn khidmat y terbaik dn alhamdulillah krna program nie byk manfaat y kami perolehi, anis hrp nisa games dpt d teruskan lg, kngan bersama nisa' games tdk dpt kami lupakan, smg prog yg akn dtg lbh terbaik lagi... sampaikan salam n terima kasih kpd semua kak2 yang tlh mjayakan prog nie ;)

tq so much k yani. Jgn lupa ajak lg klu ada prog len.. amalina (012-9595644)

Syukran jazilan wa jazakumullah khairan sy ucapkan juga kpd pihak urusetia nisa' games atas peluang & segala mcm kemudahan y tlh diberikan syabas & tahniah juga sy ucapkan kpd nisa; krn bjaya mengadakan prog besar yg hebat & mantop ! ;-) namun sy juga ingin pohon kemaafan anda berlaku ketidakpuasan hati... maafkan kami. over all, thanks a lot 2 all my loving sisters from nisa' n hopefully i'll be choosen 4 other charity programmes, with luv wa barakallahu fil kunna, uhibbukunna ya akhawati * ukht amni * (013-9602343)

thanks & tahniah 2 u kak adyani... tp knape kitaorang unit futsal x dapat topi (cap) & nametag? *aisyah-mmp* (012-9842977)

Thanks kak adyani...InsyaAllah, akn bersama lag (014-8059296)

Sama2 terima kasih jg krn bg peluang kpd sya untuk menimba pengalaman dlm aktiviti sbegini. Smg jika ada apa2 program,ada makluman lg. Syabas & tahniah ats kejayaan mjayakan program nisa' games 2007 ( 013-9585058)

Terima kasih juga krn tlh memberi kami peluang menyertai Nisa' Games... sesungguhnya pengalaman ini amat bermakna bg kami.. kami jg memohon maaf d atas sgl kesilapan... we love Nisa' (013-9740481)

Trima ksh kembali. Sy pun bhrp dpt mberi kerjasama lg dlm Nisa' Games skn dtg dan lain2 prog anjuran Nisa', InsyaAllah (013-94336113)

Sama2... xq... coz sudi mmberi peluang kpd ahlami utk mengikuti prog Nisa' Games ianya bg2 bermakna tuk sya (014-8461026)

Klu nk bekerjasama lg len mase, pastikan ade baju utk rijal. Hehehe...gurau je. Simpan la borang yg kite orang tulis 2. Situkan ade no fon.Snang skit, contact trus kami (019-9013690)

Syukran, krn mberi kprcayaan kpd kami & sy mwkili MMPP brasa bangga krn dberi peluang utk mjayakan Nisa' Games... layanan akak2 Nisa' mjdikan kami bsmgt & ceria ( 014-8453713)

Saturday, February 10, 2007

Di Pulau Melaka

Pagi ni aku dikejutkan dengan alarm henset baru (yang terpaksa aku beli.... coz henset yang lama terkena ombak masa jalan2 di PCB hari tu)...

erm dah kul 5 pagi... rasa malas bercampuraduk dengan sakit kepala tambahan pulak sejuk... lagi lah malas nak bangun...

mengingatkan pagi ni semua pimpinan Nisa' Kelantan diwajibkan berjemaah di Masjid Pulau Melaka...aku kuatkan hati melawan rasa sejuk + malas...

aku pun tak tahu, apa yang menyebabkan aku berani turun sorang2 ambik motor kat garaj yang gelam gelita... bukan ape, aku dah lewat... dalam kepala ingat nak berkejar dengan kelajuan 80km/jam untuk berimamkan Tok Guru Menteri Besar je... hehehe

tapi akhirnya...mak aku berleter panjang sebab keluar dgn tak kejutkan dia dan tak bawa adik lelaki aku sebagai peneman.... dengar jelah...

lepas solat dan dengar tazkirah Tok Guru mengenai adab dlm berdoa, kami terus ke rumah beliau berhampiran dengan masjid. Kami disambut oleh Datin Sabariah @ lebih mesra membahasakan dirinya dgn panggilan Che Yah.

Kemudian Tok Guru muncul selepas selesai urusan dengan rakyat yang berjumpa dengan beliau di masjid. Kesian Tok Guru, beliau nampak keletihan tambahan pulang baru sampai di rumah jam 3 pagi tadi dari Terengganu... namun sempat lagi menyambut kami dengan senyuman mesra dan menyampaikan sedikit amanat untuk kami. Malah sempat mempelawa kami bersarapan di rumah beliau =)

Best kan kalo korang pun dapat peluang yang sama macam kitaorang kan? Aku sendiri rasa berbaloi walaupun turit telinga menahan leteran mak aku... hehehe

Wednesday, January 31, 2007

Antara Hilang & Kehilangan

Semenjak dua menjak ni, ada beberapa barang aku yang hilang,pening gak nak mencari...

mula2 nota aku yang berkaitan dengan checklist kerja pejabat n personal life hilang, then thumdrive 1G pulak hilang selepas aku siapkan watikah perlantikan Nisa'....

selepas tu dengan tidak semena2 butang baju kesayangan aku pulak hilang masa miting di IT, ntah kat mana jatuh...

nampak kecik je, tapi penting... semuanya ada kaitan dengan gerakerja semasa aku... jammed gak bila semua maklumat yang diperlukan hilang....

isk geram gak ngan kecuaian diri sendiri...

Adakah aku perlu bersedih dengan kehilangan barang2 ini?

Saturday, January 27, 2007

Catatan perjalanan hidup 2,3 hari ni

Balik dari Dabong hari khamis tu - masuk pejabat - balik rumah - pastu keluar ke Pantai Melawi, hadiri prog, tido kat sana - esoknya balik rumah - malamnya hadir miting Nisa' Games d VN, tido kat sana - pepagi lagi lepas hujan, balik rumah - petangnya pula hadir miting lagi d KB pasal Nisa' Games lagi

habis miting pun dah masuk maghrib, mak aku suruh beli barang kat KB Mall, ingatkan nak gi jap je ngan tumpang KHuss alih2 meka ajak g makan pizza hut kat situ.... nasib baik bawa duit lebih sket... kalo tak aku minta permisi dulu.... akhirnya kul 10 lebih baru aku balik lepas window shopping sambil beli hp untuk adik aku...

apa perasaan korang bila baca diari aku ni... macam sibuk je minah ni.... ke sana ke situ ke sini... tapi dalam sibuk2 siap dapat round mall plak... hehehe

tapi bila dimuhasabahkan balik... tak de lah sibuk sangat aku berbanding dengan orang2 zaman dulu... tak setanding dengan perjuangan mereka yang telah mereka curahkan.... mereka yang menanam, tapi aku senang2 petik hasil dr perjuangan mereka, sempat lagi tuh curi masa untuk bersenang2... hurmmmm

kekadang bila jumpa orang2 lama ni, aku jadi malu... malu kerna kerja tidak sekeras mereka.... Nak jadi citer, masa di Manek Urai, kitaorang mengeluh sebab penat berkejar2 masa n kerja... tapi PTMW dengan steadynya criter, setiap hari mereka terpaksa keluar pagi, balik dkt maghrib untuk ziarah rakyat dlm DUN... adusss malunyer... dengan geografi di situ, aku sendiri rasanya tak mampu nak buat... waduh semangatnya mereka dalam bekerja... aiii tak standing la aku ngan mereka dlm meraih pahala....

hurmmmm adakah aku d uji dgn kesenangan...?

Thursday, January 25, 2007

di Dabong

Seperti yang dijangkakan, perjalanan ke Dabong semalam membuatkan kami lewat sampai. Kira2 jam 6.30petang (drama Mutiara Hati dah start tapi tak boleh tengok huwaaaa)

Kami menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Kuala Krai Selatan (sekarang telah ditukar nama Majlis Daerah Dabong). Rumah Rehat ni dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohamad Yaakob dalam bulan Disember 1982. Agak selesa dan terjaga, kami disambut oleh Kak Yah (isteri penjaga rumah rehat).

Malamnya, kami dijamu sekali lagi... kali ni oleh Penyelia MTD Dabong pulak... aduss
nak tido lepas tu pun susah...
Keesokan pagi, kami terus ke tempat cadangan untuk projek PPWK Fasa 3 selepas sarapan. Dalam perjalanan, kami sempat snap gambar Air Terjun tertinggi di Asia, Air Terjun Gunung Stong dari jauh, tak sempat nak gi sana, maklumlah kami ke sana bukan untuk leisure tapi untuk kerja.

Menurut CMat (driver) yang pernah 2 kali naik Gunung Stong, ada rumah rehat mewah yang duk atas bukit menghadap air terjun milik seorang pemimpin tersohor. Haaa...gambar rumah tu bakal aku tunjuk nanti... Siapakah pemiliknya...? bolehlah ke Dabong untuk bertanya khabar =)

Selepas selesai urusan di Dabong... kami terus balik
sampai pejabat pada waktu tghari, dan seluruh staff berkumpul di Bilik Mesyuarat bagi meraikan Wida' seorang staff di sini yang bakal ke Kuantan kerana mengikut suami....

lepas ucapan2 oleh mereka yang diminta berucap...
agenda makan sekali lagi... aku tak larat dah nak makan walaupun menu nasi ulam memang nampak best

Wednesday, January 24, 2007

yang pertama

Assalamualaikum wrt wbt =)

Ini merupakan posting yang pertama dari aku bagi blog ini... Blog ini bukanlah yang pertama yang aku create...

aku sendiri pun tak tahu dah brapa banyak blog yang aku buat... kebanyakannya untuk member2... erm...tak ingat sungguh, jika ada masa untuk kira, aku akan bagitahu dlm posting nati

Hasrat untuk berblog sudah lama terbenam di sudut hati tapi aku sendiri tak tahu apakah yang nak aku kongsi dengan bakal pelawat2 blog ni... sekurang2nya aku mahu sesuatu yang bermanfaat untuk diberikan... ko gane?

sepanjang minggu ini, aku banyak habiskan masa dengan tido dalam kenderaan 4x4... samada menyertai misi bantuan banjir ke Johor @ survey tempat bakal projek di setiap DUN... bila dah selalu sangat keluar daerah ni, banyak pengalaman n tempat2 menarik yang aku pergi... kekadang tak sempat nak berkongsi dengan sahabat2 aku di pejabat mahupun di alam maya.. so aku ceritakan di sini untuk mereka....

Semalam...
minum pagi di KB,
lunch di Guchil,
makan petang di Manek Urai dan
dinner di Dabong...

rasa nak pecah perut kitaorang (aku, c.na & driver) tapi apakan daya orang bersungguh nak menjamu terpaksa tunjuk ssungguh make

minggu depan ada beberapa tpt lagi yang kena gi.... aku rasa, lepas ni dlm jangkasama terdekat, berat badan aku akan naik... wah menakutkan....

Tuesday, January 23, 2007

100 sukarelawan Kelantan bantu mangsa banjir

Misi yang disertai Nisa' Negeri Kelantan dan ambo.
*********************************************************************************************************************
KOTA BHARU, 19 Jan – Kesungguhan kerajaan Kelantan membantu mangsa-

mangsa banjir di Johor tidak terhenti setakat menyalur sumbangan RM1 
juta sahaja, malah hari ini lebih 100 sukarelawannya bertolak ke 
negeri terbabit. 

Mereka menaiki 30 kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori yang 
dikenali sebagai Misi Bantuan Banjir Briged Kebajikan Perdana 
Kerajaan Negeri Kelantan. 

Misi tersebut diketuai Ketua Briged Perdana Kelantan, Yuganu Yunus 
dilepaskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 
di JKR 10 pagi tadi. 

Selain mendapat kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Kebajikan 
Masyarakat misi itu turut disertai 12 badan bukan kerajaan termasuk 
Pupuk Nilai Murni Bhd, Gabungan Kelab 4 x 4 Kelantan. 

Kelab Sahabat Penyayang Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, 
Persatuan Intelek dan Graduan Kelantan, Pandu Puteri dan Nisa' Negeri
Kelantan
. Turut serta tiga doktor dan lima pembantu perubatan 
daripada Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia. 

Yuganu berkata, mereka akan berada di Kota Tinggi dengan menumpukan 
aktiviti membantu penduduk melalui gotong royong, perkhidmatan 
kesihatan dan penyediaan makanan. 

"Kami juga mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan dan 
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sepanjang 
berada di sana kita mengikut jadual ditetapkan pihak berkuasa 
tempatan," katanya. 

Menurutnya juga sepanjang berada di Kota Tinggi sukarelawan akan 
tidur di dalam khemah disediakan dalam kenderaan masing-masing. 

Ketika banjir gelombang pertama melanda Johor sebelum ini kerajaan 
negeri menghantar dua kumpulan sukarelawan bagi membantu mangsa-
mangsa banjir. 

Badan Perhubungan PAS Kelantan juga turut menyalurkan bantuan 
sebanyak RM49,000 dan makanan yang dihantar menggunakan lori. 

Sementara itu, Menteri Besar melahirkan sokongan penuh terhadap usaha 
dilakukan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Johor kerana mereka 
berdepan dengan kesusahan. 

Katanya, adalah menjadi kewajiban untuk membantu mereka yang ditimpa 
kesusahan. 

"Rakyat Kelantan mempunyai pengalaman berdepan dengan banjir kerana 
sebelum ini mereka sering mengalaminya. Kita boleh rasai apa yang 
dialami rakyat Johor sekarang. 

"Biar pun berlainan fahaman politik ia tidak akan menghalang usaha 
dilakukan kerana semua manusia adalah berasal daripada Nabi Adam," 
ujarnya. 

Kenderaan misi bantuan itu dilengkap dengan bendera dan pelekat yang 
berlatarbelakang bendera Kelantan dan wajah Menteri Besar. 

Tanpa menghiraukan hujan renyai-renyai Tuan Guru Nik Abdul Aziz 
melepaskan setiap kenderaan tersebut yang turut disaksikan anggota 
Exco, Dato' Husam Musa dan pegawai kerajaan negeri. //Hrkh