Semenjak dua menjak ni, ada beberapa barang aku yang hilang,pening gak nak mencari...
mula2 nota aku yang berkaitan dengan checklist kerja pejabat n personal life hilang, then thumdrive 1G pulak hilang selepas aku siapkan watikah perlantikan Nisa'....
selepas tu dengan tidak semena2 butang baju kesayangan aku pulak hilang masa miting di IT, ntah kat mana jatuh...
nampak kecik je, tapi penting... semuanya ada kaitan dengan gerakerja semasa aku... jammed gak bila semua maklumat yang diperlukan hilang....
isk geram gak ngan kecuaian diri sendiri...
Adakah aku perlu bersedih dengan kehilangan barang2 ini?
Wednesday, January 31, 2007
Saturday, January 27, 2007
Catatan perjalanan hidup 2,3 hari ni
Balik dari Dabong hari khamis tu - masuk pejabat - balik rumah - pastu keluar ke Pantai Melawi, hadiri prog, tido kat sana - esoknya balik rumah - malamnya hadir miting Nisa' Games d VN, tido kat sana - pepagi lagi lepas hujan, balik rumah - petangnya pula hadir miting lagi d KB pasal Nisa' Games lagi
habis miting pun dah masuk maghrib, mak aku suruh beli barang kat KB Mall, ingatkan nak gi jap je ngan tumpang KHuss alih2 meka ajak g makan pizza hut kat situ.... nasib baik bawa duit lebih sket... kalo tak aku minta permisi dulu.... akhirnya kul 10 lebih baru aku balik lepas window shopping sambil beli hp untuk adik aku...
apa perasaan korang bila baca diari aku ni... macam sibuk je minah ni.... ke sana ke situ ke sini... tapi dalam sibuk2 siap dapat round mall plak... hehehe
tapi bila dimuhasabahkan balik... tak de lah sibuk sangat aku berbanding dengan orang2 zaman dulu... tak setanding dengan perjuangan mereka yang telah mereka curahkan.... mereka yang menanam, tapi aku senang2 petik hasil dr perjuangan mereka, sempat lagi tuh curi masa untuk bersenang2... hurmmmm
kekadang bila jumpa orang2 lama ni, aku jadi malu... malu kerna kerja tidak sekeras mereka.... Nak jadi citer, masa di Manek Urai, kitaorang mengeluh sebab penat berkejar2 masa n kerja... tapi PTMW dengan steadynya criter, setiap hari mereka terpaksa keluar pagi, balik dkt maghrib untuk ziarah rakyat dlm DUN... adusss malunyer... dengan geografi di situ, aku sendiri rasanya tak mampu nak buat... waduh semangatnya mereka dalam bekerja... aiii tak standing la aku ngan mereka dlm meraih pahala....
hurmmmm adakah aku d uji dgn kesenangan...?

Thursday, January 25, 2007
di Dabong
Seperti yang dijangkakan, perjalanan ke Dabong semalam membuatkan kami lewat sampai. Kira2 jam 6.30petang (drama Mutiara Hati dah start tapi tak boleh tengok huwaaaa)
Kami menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Kuala Krai Selatan (sekarang telah ditukar nama Majlis Daerah Dabong). Rumah Rehat ni dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohamad Yaakob dalam bulan Disember 1982. Agak selesa dan terjaga, kami disambut oleh Kak Yah (isteri penjaga rumah rehat).
Malamnya, kami dijamu sekali lagi... kali ni oleh Penyelia MTD Dabong pulak... aduss
nak tido lepas tu pun susah...
Keesokan pagi, kami terus ke tempat cadangan untuk projek PPWK Fasa 3 selepas sarapan. Dalam perjalanan, kami sempat snap gambar Air Terjun tertinggi di Asia, Air Terjun Gunung Stong dari jauh, tak sempat nak gi sana, maklumlah kami ke sana bukan untuk leisure tapi untuk kerja.
Menurut CMat (driver) yang pernah 2 kali naik Gunung Stong, ada rumah rehat mewah yang duk atas bukit menghadap air terjun milik seorang pemimpin tersohor. Haaa...gambar rumah tu bakal aku tunjuk nanti... Siapakah pemiliknya...? bolehlah ke Dabong untuk bertanya khabar =)
Selepas selesai urusan di Dabong... kami terus balik
sampai pejabat pada waktu tghari, dan seluruh staff berkumpul di Bilik Mesyuarat bagi meraikan Wida' seorang staff di sini yang bakal ke Kuantan kerana mengikut suami....
lepas ucapan2 oleh mereka yang diminta berucap...
agenda makan sekali lagi... aku tak larat dah nak makan walaupun menu nasi ulam memang nampak best

Wednesday, January 24, 2007
yang pertama
Assalamualaikum wrt wbt =)
Ini merupakan posting yang pertama dari aku bagi blog ini... Blog ini bukanlah yang pertama yang aku create...
aku sendiri pun tak tahu dah brapa banyak blog yang aku buat... kebanyakannya untuk member2... erm...tak ingat sungguh, jika ada masa untuk kira, aku akan bagitahu dlm posting nati
Hasrat untuk berblog sudah lama terbenam di sudut hati tapi aku sendiri tak tahu apakah yang nak aku kongsi dengan bakal pelawat2 blog ni... sekurang2nya aku mahu sesuatu yang bermanfaat untuk diberikan... ko gane?
sepanjang minggu ini, aku banyak habiskan masa dengan tido dalam kenderaan 4x4... samada menyertai misi bantuan banjir ke Johor @ survey tempat bakal projek di setiap DUN... bila dah selalu sangat keluar daerah ni, banyak pengalaman n tempat2 menarik yang aku pergi... kekadang tak sempat nak berkongsi dengan sahabat2 aku di pejabat mahupun di alam maya.. so aku ceritakan di sini untuk mereka....
Semalam...
minum pagi di KB,
lunch di Guchil,
makan petang di Manek Urai dan
dinner di Dabong...
rasa nak pecah perut kitaorang (aku, c.na & driver) tapi apakan daya orang bersungguh nak menjamu terpaksa tunjuk ssungguh make
minggu depan ada beberapa tpt lagi yang kena gi.... aku rasa, lepas ni dlm jangkasama terdekat, berat badan aku akan naik... wah menakutkan....

Tuesday, January 23, 2007
100 sukarelawan Kelantan bantu mangsa banjir
Misi yang disertai Nisa' Negeri Kelantan dan ambo.
*********************************************************************************************************************
KOTA BHARU, 19 Jan – Kesungguhan kerajaan Kelantan membantu mangsa-
mangsa banjir di Johor tidak terhenti setakat menyalur sumbangan RM1
juta sahaja, malah hari ini lebih 100 sukarelawannya bertolak ke
negeri terbabit.
Mereka menaiki 30 kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori yang
dikenali sebagai Misi Bantuan Banjir Briged Kebajikan Perdana
Kerajaan Negeri Kelantan.
Misi tersebut diketuai Ketua Briged Perdana Kelantan, Yuganu Yunus
dilepaskan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
di JKR 10 pagi tadi.
Selain mendapat kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat misi itu turut disertai 12 badan bukan kerajaan termasuk
Pupuk Nilai Murni Bhd, Gabungan Kelab 4 x 4 Kelantan.
Kelab Sahabat Penyayang Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah,
Persatuan Intelek dan Graduan Kelantan, Pandu Puteri dan Nisa' Negeri
Kelantan. Turut serta tiga doktor dan lima pembantu perubatan
daripada Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia.
Yuganu berkata, mereka akan berada di Kota Tinggi dengan menumpukan
aktiviti membantu penduduk melalui gotong royong, perkhidmatan
kesihatan dan penyediaan makanan.
"Kami juga mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan dan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sepanjang
berada di sana kita mengikut jadual ditetapkan pihak berkuasa
tempatan," katanya.
Menurutnya juga sepanjang berada di Kota Tinggi sukarelawan akan
tidur di dalam khemah disediakan dalam kenderaan masing-masing.
Ketika banjir gelombang pertama melanda Johor sebelum ini kerajaan
negeri menghantar dua kumpulan sukarelawan bagi membantu mangsa-
mangsa banjir.
Badan Perhubungan PAS Kelantan juga turut menyalurkan bantuan
sebanyak RM49,000 dan makanan yang dihantar menggunakan lori.
Sementara itu, Menteri Besar melahirkan sokongan penuh terhadap usaha
dilakukan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Johor kerana mereka
berdepan dengan kesusahan.
Katanya, adalah menjadi kewajiban untuk membantu mereka yang ditimpa
kesusahan.
"Rakyat Kelantan mempunyai pengalaman berdepan dengan banjir kerana
sebelum ini mereka sering mengalaminya. Kita boleh rasai apa yang
dialami rakyat Johor sekarang.
"Biar pun berlainan fahaman politik ia tidak akan menghalang usaha
dilakukan kerana semua manusia adalah berasal daripada Nabi Adam,"
ujarnya.
Kenderaan misi bantuan itu dilengkap dengan bendera dan pelekat yang
berlatarbelakang bendera Kelantan dan wajah Menteri Besar.
Tanpa menghiraukan hujan renyai-renyai Tuan Guru Nik Abdul Aziz
melepaskan setiap kenderaan tersebut yang turut disaksikan anggota
Exco, Dato' Husam Musa dan pegawai kerajaan negeri. //Hrkh

Subscribe to:
Posts (Atom)