Friday, January 31, 2014

Catatan pertama @CNY 2014

Assalamualaikum wrt wbt

Walaupun semua orang bersetuju untuk menubuhkan blog ini untuk ahli rumah kami, tiada siapa yang mahu mulakan yang catatan pertama ini :D... malu agaknya

Jadi saya mulakan dulu sambil menunggu turn saya pulak untuk cikgu datang mengajar sysMap. Malam ini saya, Nik Fillah dan AI serta TZ (bekas ahli rumah) menghadiri kelas mengunakan aplikasi google di sebuah hotel yang tak ternama di dalam bandar Kota Bharu yang biasanya jammed sesak jika di waktu hari kerja. Namun alhamdulillah malam ni keadaan di pusat bandar nampaknya lengang kerna warga jajahan KB banyak tertumpu di pasaraya besar di pinggir-pinggir bandar.


Khusyuk nampaknya mereka bertiga tu, saya masih terkontang kanting macamana nak buat dengan aplikasi ni... huhu

Sempena catatan pertama ini, saya dan warga Resident Nisa' Point ingin mengucapkan Happy Chinese New Year kepada teman-teman yang berbangsa Cina walau di mana anda berada... Semoga yang belum Muslim, anda mendapat hidayah dariNya... ameen



********************************************************************************

Beberapa hari lepas, saya menghadapi masalah dengan wordpress, terlintas nak tengok blogspot. Rupanya banyak catatan ambo yang sekarang kalau baca... aduh, lejen betul. Jadi ambo kumpul semua catatan beberapa blogspot yang dah tak aktif ke blog yang ini.

Mungkin ada yang pening dengan catatan kat atas. Sebenarnya inilah posting yang pertama dan satu-satunya tentang kami penghuni Nisa' Point. Dan ada satu posting yang tak sempat nak publish. Selepas ini, saya akan tutup blog tu disebabkan tak dak siapa yang nak aktifkannya.





























Wednesday, August 14, 2013

buatmu MUSLIMIN

Adib menggerakkan kesepuluh jarinya ke belakang, menyisir rambut di kepala. Ikalnya seketika kusut. Wajahnya pula sedikit sugul. Satu helaan nafas panjang, menandakan kegelisahan hatinya, juga tatapan mata yang hanya berputar-putar tanpa ada titik perhatian yang bererti.

" Aku penat, Muaz", keluh Adib.

Muaz, sahabat baik Adib yang sekarang menjadi `tong sampah' menatap Adib dengan kasihan.

" Kau menyesal?"tanya Muaz.

Adib mengangkat wajahnya. Matanya menerawang sesaat. Ragu.

" Entahlah. Kalau ya sekalipun…untuk apa lagi. Aku tidak mungkin akan meninggalkannya. Semua orang akan mentertawakanku, menghinaku", keluh Adib lagi. " Aku…"

" Dia pilihan kau sendiri. Aku masih ingat lagi, kau cakap…kau terlanjur menaruh hati. Kamu berdua terlalu dekat. Sebab tu kau nak sangat berkahwin dengan dia. Malah kau berusaha sungguh-sungguh agar dia akrab dengan akhawat-akhawat yang sudah sekian lama berkecimpung dalam dakwah. Kau mengharap sangat dia menjadi seperti mereka, minimum mungkin, dan mula faham dunia itu. Kau juga menolak keras ketika aku dan juga sahabat-sahabat kita yang lain, bahkan ustaz sendiri,
menawarkan pilihan lain", Muaz seolah-olah mengingatkan kembali peristiwa itu.

" Ya. Aku tidak lupa semua tu. Habis macam mana? Kami dah lama kenal, sama-sama menjadi ahli jawatankuasa belia kat kampung kami tu, dan terlanjur hubungan kami pula terlalu akrab. Malah aku terlanjur bertanya tentang kesudiannya menjadi pendampingku. Dia pula tidak menolak. Keluarganya pula sudah tahu kalau aku ni berniat untuk itu. Mereka tidak lagi menganggap kami ini sekadar teman biasa, tapi lebih dari itu. Habis…kalau aku berkahwin dengan orang lain macam mana pula…", Adib menisir rambutnya lagi.

Muaz semakin kasihan. Ah, satu pelajaran paling berharga untuknya yang masih belum menggenapkan dien. Jangan sebarangan melakukan hubungan dengan perempuan, lebih-lebih lagi memberikan harapan. Yang jelas jangan sebarang memilih pasangan.

Adib sudah mendirikan rumah tangga. Isterinya walaupun bertudung rapi, namun bukanlah seorang yang faham tentang dinamika dakwah dan pergerakannya. Dia tidak mampu memahami segala kesibukan suaminya yang kadang-kadang perlu pulang lewat malam malah kadang-kadang perlu
menginap di tempat lain. Dia juga sukar diajak ke program-program dakwah yang digerakkan oleh bekas aktivis dakwah kampus. Malah dia tidak suka berbual soal fenomena dan keadaan dakwah apatah lagi tentang permasalahan umat. Itulah yang Adib keluhkan ketika ini. Dia berasa bosan dan penat untuk berhadapan dengan semua itu.

" Kau ni pelik", rungut Muaz.

" Maksud kau", kening tebal Adib bertemu seolah-olah pelik dengan kata-kata Muaz.

" Sepatutnya bila kau dah tahu ini jadinya, Kenapa pula kau nak mengeluh sekarang? Tugas dan tanggungjawab kaulah nak memahamkan dia, nak fahamkan dunia dakwah kau tu", tegas Muaz.

Adib menghela nafas panjang. Dia juga tahu semua itu. Tetapi sekarang tugas tersebut terasa begitu berat dan terlalu membebaninya. Wahida bukanlah isteri yang tidak cekap mengurus rumah tangga, juga bukan seorang yang suka membangkang. Cuma dia hanya berasa cukup dengan itu sahaja. Padahal Adib mahukan isterinya berubah. Dia mahukan isterinya seperti akhawat-akhawat yang dia kenal, yang mempunyai visi tentang dakwah, aktif, dan sudah pasti mampu berkomunikasi dengannya tentang permasalahan dakwah.


" Kau tak kasihankan aku ke, Muaz? Ketika ikhwah-ikhwah lain sudah bergerak ke sana ke mari. Aku masih lagi perlu menjelaskan pada Wahida, mengapa aku perlu begini. Ketika kamu semua sedang sibuk membangunkan mimpi. Aku masih lagi terkujat dengan partnerku yang juga kuajak membangun mimpi. Seandainya…"

" Seandainya kau berkahwin dengan akhawat yang memahami, yang se idea, jelas kau tidak perlu melakukan semua itu. Malah boleh jadi, isteri kau membuatkan kau semakin laju. Begitu?" Muaz terus menyambung kalimat Adib yang tergantung.

" Ya. Bukan fikiran yang salah, kan? Kesempatanku masih ada lagi tiga kali", kata Adib dengan nada putus asa.

Muaz menggeleng-gelengka n kepalanya.

" Ta'adud bukan pelarian. Dalam keadaan sebegini. Aku sangsi kau tidak mampu berlaku adil. Lupakan semua itu dulu", tegur Muaz.

Sekumpulan akhawat melintas di hadapan mereka. Kata-kata ustaz ketika dia mengkhabarkan tentang perkahwinannya, seketika terngiang-ngiang di telinga Adib.

" Mengapa dia? Antum mahukan akhawat yang macam mana? Insya Allah ana akan carikan. Yang kaya? Yang cantik? Yang cerdas? Yang sudah bekerja?" tanya ustaz.

" Afwan, ustaz, Saya sudah ada pilihan", tegas Adib.

" Akh Adib…akhawat kita yang sudah berumur dan sudah bersedia berkahwin, ramai. Mereka menunggu kamu semua, para ikhwah. Antum tahu, secara kuantitinya, perkembangan kader ikhwah dan akhawat, selalunya lebih ramai di kalangan akhawat. Sebab itu…seharusnya setiap ikhwah
bersedia untuk berkahwin dengan mereka", jelas ustaz sabar.

" Wahida memang tidak seperti akhawat-akhawat lain, tapi dia sangat baik", jelas Adib.

Ustaz tersenyum. Beginilah kalau terlalu mengikutkan hati.

" Ana tidak menolak itu semua. Tetapi sebuah rumah tangga dakwah harakiyah, memerlukan lebih dari sekadar baik. Baik sahaja tidak cukup. Isteri antum perlu orang yang faham konsep tersebut. Dia
sentiasa bersiap sedia bersama antum di dalam dakwah dan pergerakan. Malah dia bersedia menanggung beban dan pengorbanan. Ini bukan dalam tempoh masa setahun dua tahun, Akh. Proses membentuk karakter seperti ini juga memerlukan waktu yang panjang. Antum perlu menyediakan sesuatu input dan waktu khusus untuk membawa isteri antum ke sana. Entah berapa lama. Jadi…mengapa tidak menikahi sahaja yang sudah jelas kualitinya?" desak ustaz.

" Afwan ustaz. Sekali lagi, saya sudah menetapkan pilihan. Saya dating ke mari bukan untuk minta pertimbangan tetapi sekadar pemberitahuan" , tegas Adib.

Sekarang? Kata-kata ustaz terbukti sudah. Walaupun Adib yakin ustaz tidak mengolok-olokkan dia, malah dia mahu membantu, tetapi Adib tidak ada keberanian untuk datang dan menceritakan masalahnya. Rasanya…seperti tidak tahu mahu letak mukanya di mana. Sebab itu dia
mencari Muaz.

" Kalau kau tak terlalu mengikut perasaan dan berfikir labih jauh, juga mempunyai keberanian, kamu mampu sahaja mebatalkan pinangan tidak rasmi kamu tu dulu.kau bagitau sajalah kau dah ada kriteria tertentu tentang calon isteri, ya memang agak risiko. Tapi itu akan seiring berjalannya waktu. Yang jelas kamu bukan seperti sekarang", Muaz berandai-0andai.

" Muaz, itu cerita lama. Sekarang ni aku mahukan penyelesaian untuk keadaan diriku sekarang!", ujar Adib kecewa.

Muaz ketawa. Hati Adib benar-benar menjadi marah.

Deringan telefon berbunyi membuatkan Adib tersentak seketika. Wajahnya berubah tiba-tiba ketika menatap skrin telefonnya.

" Waalaikumusslam. Abang dengan Muaz ni. Kenapa? Ya, lepas abang selesaikan urusan abang, abang kan balik. Walaikumusslam" , Adib mengakhiri perbualannya.

" Siapa? Isteri kau ye?"tanya Muaz.

Adib mengangguk.

" Dia selalu saja mahu tahu ke mana aku pergi. Manja. Mahu aku ni bersama dengan dia saja", keluh Adib.

" Kau ni mengeluh lagi. Bagaimana dengan cinta yang dulu yang kau jadikan alasan? Kau masih mencintainya, kan? Begitu juga dia?" pancing Muaz.

Adib tersenyum samar. Cinta. Benarkah? Apakah dulu layak disebut cinta? Jangan-jangan hanya sekadar suka. Yang ada waktunya itu hanya perasaan ingin menjadikan orang yang setiap ketika dia mendekati. Bisa ia dipandangi. Entah apa itu namanya.

" Jangan bicara soal cinta. Aku juga sedang mencarinya", jelas Adib pasrah.

Suara azan Asar mengejutkan kedua-duanya. Muaz menepuk bahu Adib, mengajaknya segera solat. Semoga selesai menghadapNya, mereka mampu melihat jalan keluar dan titik yang lebih terang dalam permasalahan ini. Ternyata selepas solat, Adib mengambil keputusan untuk pulang.
Dia tidak mahu isterinya merajuk kerana terlalu lama menunggu. Dalam keadaan normal, Adib biasa pulang darin pejabatnya pukul satu, bertepatan dengan waktu makan. Muaz hanya mengangkat bahunya.

" Kalau kau masih mahu menceritakan masalah kau. Aku bersedia untuk mendengarnya, Adib! ", Jerit Muaz ketika motorsikal Adib laju meninggalkan halaman masjid. Adib hanya melambaikan tangan.

Malam berjalan menuju separuhnya. Suara cengkerik dan sesekali selaan bunyi burung hantu, menimbulkan suasana khas yang terkadang menegangkan. Adib menyandar ke dinding, menatap sosok tubuh yang sedang nyenyak tidur.

Wajah itu belum banyak berubah. Juga senyumannya. Sesuatu yang sempat menggetarkan perasaan Adib. Bahkan menimbulkan keinginannya untuk selalu menatap. Sekarang? Entahlah. Padahal, mereka baru sahaja berkahwin diua tahun.

Mungkinkah kerana Wahida tidak lagi berubah seperti yang diharapkan? Atau Adib mula penat dengan semua hal yang dia fikir mampu dimaklumkan? Atau….Adib mula putus harapan? Bukankah dia sering iri hati ketika melihat pasangan ikhwah dan akhawat yang bersemangat datang ke program-program meraka. Juga ketika melihat ummahat yang aktif menguruskan yayasan, lembaga, atau sarana dakwah lainnya. Oh, bahkan dia sempat bergetar perasaannya ketika bekerja sama dengan akhawat yang masih bujang, ketika sama-sama menguruskan beberapa kerja dalam program dakwah. Kadang-kadang dia rasa macam mahu menutup telingannya ketika teman-teman sepengajiannya bercerita tentang dinamika rumah tangga mereka yang tidak pernah terlepas dari dakwah dan ibadah. Adib mengeleng-geleng. Resah.

Ditatapnya wajah Wahida kembali. Wajah yang sering mengundang rasa sayang. Perasaan yang tidak pernah tega. Bukan seperti wajah para akhawat yang dia kenal. Wajah mereka tegas dan penuh kepercayan pada diri. Hanya kadang-kadang saja dia mampu menikmati kelembutan atau kemanjaan yang seolah-olah sengaja disembunyikan.

Astaghfirullah… Adib mengusap wajahnya. Mengapa aku tidak mampu bersyukur? Mengapa aku menumpahkan semua penyebab kerisauan hati kepada Wahida? Benarkah dia tidak bersalah sama sekali? Tidak. Jangan–jangan , sikap Wahida yang begitu lambat berubah, kerana sikap Adib
sendiri. Boleh jadi Adiblah yang terkesan memaksakan kehendaknya. Mengajaknya menembusi dunia yang jauh berbeza, tanpa ada tahapan. Benar kata ustaz, Adib perlu menyediakan input terbaik dan
waktu yang lebih, jika benar-benar mahu Wahida seperti yang dia kehendaki. Dan, kesabaran adalah kunci utama dalam proses panjang itu. Sebagaimana Adib sendiri mengalaminya sejak sekolah menengah dulu.

Jelas, Adib mengenal Islam lebih mendalam sejak di tingkatan enam rendah di sekolah menengah, kemudian mula aktif di kampus sehinggalah sekarang , dalam dunia pekerjaan. Proses itu terus berjalan. Berapa tahun? Tujuh tahun! Bagaimana mungkin dia mahuklan Wahida sepertinya
dalam hitungan satu dua tahu ini? Secerdas dan seaktif apapun Wahida, dia tetap tidak akan mampu dipenuhi.Kata- kata Ustaz benar.Kenapa kita perlu memilih akhawat yang sudah menjadi? Yang sudah sama siap berlari? Ini untuk matlamat dakwah yang panjang…

Tiba-tiba…

Satu tepukan lembut memutuskan perenungan Adib. Wahida menatapnya penuh tanda tanya. Adib tersenyum tipis.

" Abang tak dapat tidur, Penat sangat rasanya.Tadi tengah bersih-bersihkan komputer", jelas Adib sebelum Wahida sempat membuka mulut.

" Abang nak Wahida picit? Atau abang nak minum?" tawar Wahida dan siap sedia bangun.

" Tak payahlah. Abang…nak solat. Insya Allah lepas ni lebih bersemangat" . Adib menepuk bahu isterinya dan bergegas ke bilik mandi.

" Wahida nak ikut", Wahida menyusul. " Wahida nak solat sama-sama dengan abang. Mudah-mudahan kita cepat dikurniakan anak", ujar Wahida manja.

Adib tersenyum lalu mengangguk.

Wahida berdoa agar mereka dikurniakan zuriat penyambung generasi rabbani. Adib berdoa agar diberikan kesabaran dan kekuatan dalam usaha membimbing keluarganya. Lebih-lebih lagi apabila nanti mereka benar-benar mendapatkan amanah. Dia sudah tahu, tidak ada lagi jalan mundur. Dia harus maju. Dan sebagai seorang qowwam, dia tidak mungkin maju sendiri-sendiri. Itulah bentuk tanggungjawabnya.

Malam semakin pekat dan dingin. Bunyi cengkerik berirama layaknya seperti okestra. Adib merasakan dadanya lebih lapang dan tenang.

Monday, September 17, 2012

Qurban aqiqah Nisa' Kelantan 1433H


Assalamaualaikum wrt wbt

Nisa' Kelantan dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia akan melaksanakan misi Qurban Aqiqah di Vietnam. Sebarang pertanyaan boleh SMS/Call ke 019 9898207.

Bersama ini disertakan pamplet untuk rujukan Tuan/Puan. Terima kasih 

Tuesday, August 14, 2012

sayang-sayang


sayang-sayang
orang "hansome" tak sembahyang
nabi yusuf hansome juga
pun sembahyang..............
sayang-sayang
orang cantik tak sembahyang
siti fatimah cantik
pun sembahyang..................


sayang-sayang
orang kaya tak sembahyang
nabi sulaiman juga kaya
pun sembahyang............
sayang-sayang
orang miskin tak sembahyang
nabi isa miskin
pun sembahyang..........................

sayang-sayang
orang tua tak sembahyang
nabi adam miskin
pun sembahyang...............
sayang-sayang
budak budak taksembahyang
hasan dan husin budak juga
pun sembahyang..............

sayang sayang
panglima perang tak sembahyang
khalid bin walid panglima perang
pun sembahyang...............

Wednesday, September 8, 2010

SUKARELAWAN DIPERLUKAN MELIBATKAN PENGURUSAN LOGISTIK, KOMUNIKASI, ACARA, SAMBUTAN, PROTOKOL, PERSEGARAN, PENGANGKUTAN, SEMINAR, TEKNIKAL, SIARAYA, CENDERAMATA DAN PERSEMBAHAN.

Borang boleh diambil di pejabat saya. Ikuti maklumat lanjut di Cheng Ho Volunteer






Tuesday, May 11, 2010

WEB BARU NISA' KELANTAN

Salam...

Kepada semua sahabat2 Nisa, anda di jemput untk melawat ke laman wen Nisa' Kelantan yang baru

www.nisakelantan.com.

Sebarang komen dan pandangan dari shbt2 amat2lah di alu2kn..boleh komen disini @ terus komen di chatbox di web nisa tersebut...TQ.
__


Friday, April 9, 2010

Fwd: [Alumni_ESQ165] Kerja Kosong Urgent

---------- Forwarded message ----------
From: Nuries Nurlida <nuries1@yahoo.com>
Date: 2010/3/10
Subject: [Alumni_ESQ165] Kerja Kosong Urgent
To: Alumni_ESQ165@yahoogroups.com


 
Harap Moderator membenarkan iklan ini di hantar untuk rakan2 kita semua

ASSALAMUALAIKUM

UNTUK MAKLUMAN RAKAN2, Aku menolong sahabat aku nie juga menolong korang. kepada sesiapa yang berminat terutama lepasan grad, bahagian IT terutama software. sahabat aku tengah cari pekerja baru. syarikat swasta untuk projek IT, Tugasan buat software. sila hantar maklumat peribadi dan resume anda kepada mfirdaus79@gmail.com kalau korang nak tau lebih lanjut tanya ah kawan aku tetapi katanya sesiapa yang terpilih akan selalu mengadap PM Dato' Seri Najib

Kalau rasa tiada kelayakan mungkin ada adik beradik atau sahabat handai yang memerlukan... Hanya untuk Info...

__

VACANCY

VACANCY: .Position. Personal Assistant. RM1500 permonth. + Bonus on performance [monthly]. Owned a transport. Not related to Photography. More on scheduling and documentation. Qualification at least Diploma or Cert. Basic Computing. Speak+Write Malay and English. Email or Cv to agmnhob@gmail.com

Seminar etika pakaian


Monday, March 1, 2010

Kerja KOSONG di Kelantan

Salam,

Ada 2 kerja KOSONG di Kelantan skrg ni;-

kreteria nak yg pandai grafik, multimedia, video editing, dll

sesiapa berminat roger2 ko ambo dan mana2 shbt yang terlibatlah.

semoga suksess blako :)

Syam Ghaz
013-2199643

p/s; kalu tak dapat telefon SMS pun ok

Wednesday, February 24, 2010

Nisa' Kelantan invited you to the event "SUARA NISA...suara UNGU"...

Nisa' invited you to "SUARA NISA...suara UNGU" on Friday, March 19 at 8:35am.

Event: SUARA NISA...suara UNGU
What: Performance
Start Time: Friday, March 19 at 8:35am
End Time: Saturday, March 20 at 11:35pm
Where: Dewan Sri Kenanga, Hotel Raudhah

To see more details and RSVP, follow the link below:
http://www.facebook.com/p.php?i=100000712339643&k=Z6E3Y5PZW44NYFGJPC4YRSRSR4IB42XD3PDVG&oid=331479163943

Facebook helps you keep in touch with your friends and family and reconnect with people you lost touch with. You can share unlimited photos, plan events and join discussion groups. It's free and everyone can join. To register, go to:
http://www.facebook.com/p.php?i=100000712339643&k=Z6E3Y5PZW44NYFGJPC4YRSRSR4IB42XD3PDVG&r

Thanks,
The Facebook Team

___________________
was invited to join Facebook by Nisa' Kelantan. If you do not wish to receive this type of email from Facebook in the future, please click on the link below to unsubscribe.
http://www.facebook.com/o.php?k=ceaab0&u=1125373018&mid=1f02dd0G4313d45aGe7d451G7
Facebook's offices are located at 1601 S. California Ave., Palo Alto, CA 94304.


Mencari Pengasuh bayi ke Norwish, UK

Assalamualaikum wbt..
Saya mewakili seorang sahabat sedang mencari seorang pengasuh wanita yang berminat untuk menjaga bayi perempuannya yang berusia enam bulan.
Sedikit maklumat berkaitan :
- Beliau (bakal majikan) merupakan pelajar PhD di UK.
- Kerja bermula pada Mac 2010 sehingga Ogos 2010. Dijangka bertolak pada 3 Mac 2010.
- Bayaran gaji sebanyak 250 pound sebulan (dalam kadar RM1,500). Makan-minum, penginapan dan tiket pergi balik (sekali) ditanggung.
- Tempat : Norwish,United Kingdom
- Tidak perlu membuat visa. Hanya perlu ada pasport sahaja kerana menggunakan tiket pelancong. (Hanya layak dalam tempoh enam bulan)
Kriteria bakal pengasuh yang diperlukan :
- Wanita Muslimah yang menutup aurat
- Boleh menjaga bayi berusia enam bulan
Sesiapa yang berminat diharapkan dapat segera memberi respon dengan menelefon saya (Samhani) di talian berikut : 019-9503103 dengan kadar segera bagi urusan pembelian tiket.
Terima kasih

Samhani Ismail ^_^
Tutor of Medicine,
Faculty of Medicine and Health Sciences,
Universiti Darul Iman Malaysia,
Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Currently pursuing MSc in Neurogenetics,
Department of Neurosciences,
Universiti Sains Malaysia,
Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia.

__._